Tun Abdul Hamid Omar, bekas ketua hakim negara yang kontroversi, meninggal dunia hari ini akibat kegagalan ginjal. Allahyarham berusia 80 tahun.
Hamid dianggap kontroversi kerana peranannya dalam prosiding memecat Tun Salleh Abas pada 1988.
Beliau, waktu itu sebagai pemangku ketua hakim, mengetuai panel yang mendengar proses memecat Salleh.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 10 pagi ini di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sementara itu, anak sulungnya, Azizuddin, 51, memberitahu Bernama berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu 8 pagi semalam setelah mengalami demam dan selesema yang kronik.
Katanya doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman pada pinggang yang menyebabkan kegagalan ginjal bapanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Bukit Tunku di ibunegara dan akan disembahyangkan di Masjid Damansara selepas Asar hari ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham meningglkan seorang balu Toh Puan Azian Aiyub Ghazali dan empat orang anak iaitu Azizuddin, Ainuddin, Hanizah dan Hanizan.
MalaysiaKini/-

6 ulasan:
info tentang kegagalan ginjal kat sini - Kegagalan Ginjal
hang terimalah azab tuhan dalm kubur atas dosa dan rasuah yang hang terima kalau hang tak tobat sebelum mati
MC ( Sijil sakit ) Bukan "Hak mutlak" untuk pelepasan cuti. Cuma amalan biasanya bos dgn kuasa "budi bicara" akan membenarkan cuti.
Maka itu jika ingin pelepasan cuti sakit kena mohon maklum pada bos dulu, bila bos kata ok barulah cuti dan kemudian baru beri MC pada bos.Kalau bos kata kena hadir wajib hadir kerja le.
Apapun kena maklum pada bos dulu utk kebenaran.
Kerana hak memberi cuti adalah kuasa mutlak bos... fikir-fikir isu semasa tentang KUASA DAN POWER MC ( Sijil sakit)
semua akan bertemu menghadap hakim yang maha adil, allah tuhan sekelian alam...bukanya hakim dunia atau hakim BN...
baguihla mati sorang lagi hakim lukaq
asalamulaikum.
kita sepatut nye medoakan arwah bukan nye berasa seronok akan kematian dia. kalu kita berseronok bagai nak rak buat apa xpasal pasal dapat dosa kering..balasan nye hanya dia Dan ALLAH s.w.t. jgn ikut emosi ya..sabat dibulan pose ni k .wasalam
Catat Ulasan