23 Ogos 2009

Bismillah……

Oleh : mohd naim mohd zain

Segala puji-pujian adalah dirafa’kan kepada 4JJl pencipta alam ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., Rasul pilihan yang mempunyai sifat dan akhlak yang terpuji lagi mulia, salam juga kepada ahli keluarga Rasulullah, para sahabat, kaum muslimin dan muslimat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yg disembah selain Allah, yg esa Tunggal, tiada sekutu bagiNYA dan Nabi Muhammad pesuruhNYA.

Ya Allah, Engkau pernah berfirman dan firman-MU adalah benar sekali. Sesungguhnya jikakala mereka di ketika menganiaya dirinya, datang kepadaMU, lalu memohon keampunan kepada Allah dan Rasul pun memohonkan keampunan untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang. Ya Allah aku mohon syafaat NAbi dan Rasul-MU Nabi Muhammad di hari yang tidak berguna harta dan anak-pinak. Kecuali siapa yang datang menemui Allah dengan hati yang sejahtera. Ya Allah, engkau kurniakanlah daku pengampunan, bagaimana Engkau janjikan terhadap sesiapa yang menemui baginda semasa ada hayatnya dulu, jadi engkau ampunilah segala dosa-dosaku yang lampau dan dosa-dosaku akan datang yang secara sengaja atau tidak sengaja yang dilakukan. Tetapkanlah iman aku, matikanlah aku dalam islam,.

Ya Allah, Engkau berikanlah kepadaku hati yang khusyuk, lidah yang mampu menyebutMU, rezeki yang luas melimpah ruah, halal dan murni. Aku mohon amal yang soleh dan diterima disisiMU, aku berlindung kepadaMU daripada perbuatan syirik, syak was2, kufur ingkar, muka dua, cerai-berai, buruk budi perkerti dan jahat pandangan terhadap ahli keluarga dan harta benda. Dan perdagangan yang tidak akan mengalami kerugian selama-lamanya. Ya Allah, Engkau lapangkanlah dada aku. Kuatkan semangat aku, tenangkan jiwa aku. Engkau tutupkanlah keaiban aku. Ampunkanlah dosa-dosa aku. Tenangkanlah kekhuatiran aku. Sudahilah dengan sebaik-baiknya segala amal perbuatan aku. Terimalah kunjungan aku ke sini, kemudian kembalikanlah aku dari perantauan ini ke pangkuan sanak keluarga aku dengan selamat dan penuh kelabaan. Himpunkanlah aku dlm kalangan hamba2MU yang beramal soleh iaitu dari golongan mereka yg tidak pernah merasa gentar dan berdukacita. Ya Tuhanku, kurniakanlah aku dengan kebaikan di dalam dunia ini, dan juga kebaikan di akhirat serta peliharalah aku dari azab seksa api neraka yang sifatnya panas menbakar. Ya Tuhanku, janganlah Engkau cabut kembali hidayat dari hati nurani aku stelah Engkau tunjukinya kepadaku. Dan kurniakanlah rahmatMu untuk aku dari limpah KurniaMU. Kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang maha pengurnia. Ya Tuhanku, ampunilah daku da kedua ibubapaku serta sekalian orang2 yang beriman pada hari perhitungan nanti. Maha Suci MU, Tuhan yang bersih dari segala yang disifatkan.

Ya Allah, ya Tuhanku, lindungi aku ini dibawah arasyMU, pada hari yang tidak ada naungan selain dari naunganMU. Ya Allah, tuhanku, berilah minum aku ini dengan delas Nabi Muhammad, sesuatu minuman yang aku tidak akan dahaga selama-lamanya. Bukakanlah pintu hati aku supaya dapat menerima taufit dan hidayah dariMU, pemudahkan urusan hidupku, jangan engkau sibukkan diriku dengan urusan dunia, sibukkanlah diriku dengan urusan akhirat. Berikanlah pada aku daya ingatan yang kuat, bijaksana dan berikan aku kefahaman ilmu agama supaya aku dapat mengamalkannya dalam kehidupan harianku dan untuk tujuan kebaikan. Jadikanlah aku alim dalam urusan agama.

Ya Allah, ya tuhanku, berilah kpd baginda kemuliaan dan martabat yg tinggi serta bangkitkanlah Rasulullah di tempat tg terpuji yg telah Engkau janjikan padanya. Sesungguhnya Engkau tdk memungkiri janji.

Nukilan Rasa

Naim82

Umrah Ramadhan

Mekah, 15 September 2007

Mekah Hotel

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

allah, ar Rahman, ar Rahim..........