23 Ogos 2009

Salleh janji beri khidmat terbaik

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos: Calon PAS, Ustaz Salleh Man beriltizam untuk memberikan khidmat terbaik kepada pengundi Permatang Pasir jika diberi peluang menjadi wakil rakyat mereka.

Dalam satu temubual bersama wartawan Harakah semalam, Salleh memberitahu antara fokus beliau termasuklah memperjuang hak rakyat khususnya dalam hal berkaitan keperluan asas. Selain itu beliau juga akan merangka pendekatan bagi meningkatkan taraf ekonomi masyarakat setempat supaya lebih baik dari apa yang diperolehi sekarang.

Ianya sebagai satu kesinambungan kepada perjuangan dan usaha murni yang telah dipelopori Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN terdahulu Allahyarham Dato� Hamdan Abdul Rahman sehingga jasa dan pengorbanan Allahyarham sentiasa dingat masyarakat di kawasan itu.

Ikuti temubual oleh wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob bersama Calon PAS PRK Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man di pejabat pusat khidmat Dun Permatang Pasir pada semalam.

S: Boleh ustaz ceritakan sedikit perjalanan harian ustaz sebaik sahaja dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir?

J: Alhamdulillah, biasanya awal pagi saya keluar dari pejabat ini yang juga menjadi tempat penginapan saya, dan terus ke masjid untuk bersolat subuh. Selepas itu saya terus ke tempat yang telah ditetapkan, bermula dari Pekan Permatang Pauh hinggalah jam 11.00 pagi tadi kemudia saya melawat kawasan lain pula, hari ini sahaja enam tempat dah saya lawat, sampailah ke maghrib. Dan malam ini pula akan ikut ceramah seperti yang dijadualkan, biasanya satu malam ada lapan tempat semuanya.

Image S: Bagaimana dengan sambutan yang dipamerkan pengundi di setiap tempat yang ustaz lawati?

J: Di antara lawatan saya, sepetang suntuk kita berkunjung di Bukit Merah, iaitu kawasan yang padat dengan penduduk cina. Sambutan mereka terhadap saya sangat membanggakan, mereka sangat mesra dengan saya. Yang lebih menarik kunjungan saya biasanya diiringi exco kerajaan negeri. Manakala di kawasan Pasar pula kita disambut dengan laugan semangat menyokong kita menunjukkan tanda kejayaan awal kita.

S: Apa yang menjadi pembakar sengarat ustaz sehingga mampu mengatasi segala kepenatan ustaz untuk menjalankan aktiviti kempen setiap hari?

J :Dari Awal lagi, saya sangat memahami, lumrah tugas sebagai seorang calon lebih lebih lagi jiga menjadi wakil rakyat. Tentunya perlu mengikuti jadual yang padat dan pasti menimbulkan kepenatan. Namun kepenatan itu tidak menjadi ukuran pada saya. Ianya terubat apabila melihat kesungguhan dan bakti yang ditunjukkan oleh jentera kita, sokongan yang tinggi dari segi moral dan sambutan kemesraan yang kita dapat dari para pengundi. Mereka telah memberi harapan yang tinggi pada saya untuk teruskan apa yang Pak Hamdan (Allahyarham Dato'Hamdan Abdul Rahman) buat sebelum ini.

Dari segi pengalaman, kita selama ini sudah terdedah dengan semangat juang yang tinggi ditunjukan petugas yang bekerja tanpa penat lelah, disamping itu sokongan dari rakan rakan parti pakatan lain juga telah memberikan kita satu momentum yang sangat baik. Kerjasama padu inilah sangat berharga pada saya.

S: Apakah agenda atau tawaran Ustaz kepada golongan muda, warga emas dan pelbagai kaum di sini?

J: Soalan ini menjadi jadi tumpuan, ramai wartawan yang tanya apa visi saya?. Tentunya saya ingin memberikan khidmat terbaik kepada pengundi saya. Visi saya yang pertama ialah mengambil berat soal kebajikan rakyat seperti yang telah diperjuangkan Almarhum sebelum ini. Mereka dikalangan pengundi mahu menerima almarhum sebagai satu ikon disebabkan soal kebajikan yang ditekankan Almarhum.

Saya juga akan memperjuangkan hal hal berkaitan keperluan asas, berusaha meningkatkan taraf ekonomi rakyat tempatan. Kawasan Permatang Pasir ini agak berebza dengan Manek Urai sebab di sini kawasan pinggir Bandar. Kita tiak rasai sangat kawasan ini dahagakan pembangunan kiri kanan kawasan ini sudah dapat rasai pembangunan dan infrastruktur yang baik, jalan raya yang baik, saya lihat kebanyakannya sudah dibagunkan.

Saya anggap MCA dan GERAKAN telah memfitnah apabila mengatakan masyarakat Cina disini dipinggirkan, sedangkan sejak Pak Hamdan pegang lagi mereka sudah dapat hasil yang baik. Tidak timbul soal mahukan pembangunan yang lebih pesat. Walaupun pembangunan penting tetapi kita tak jadikan satu isu besar. Kita dah ada kerajaan di pulau pinang ini, mereka tahu mainkan peranannya. Dan di kawasan Permatang Pasir ini tiada masalah sangat.

Saya akan teruskan kesinambungan khidmat Pak Hamdan, saya tidak mahu menabur janji tetapi insyaAllah kita akan teruskan amanah yang telah ditinggalkan dan banyak lagi agenda yang belum selesai, inilah agenda kita. Kita akan beri nilai tambah yang kita rasa kita boleh buat.

S: Selain itu ustaz?

J : Kemudian selain itu kita juga mahu realisasikan perpaduan kalangan pengundi pelbagai kaum yang ada, khususnya di kawasan ini yang ada Cina,India dan Melayu, kita mahu kekalkan keamanan sejahtera dan hubungan baik. Ini yang kita mahu harapkan kepada semua bangsa ini, maknyanya kita mahu kekalkan hal ini, suasana unik di Permatang Pasir, hubungan kaum di sini baik, ada toleransi yang baik yang patut di pertahankan.

Selain itu yang agak penting ialah, walaupun PAS satu kerusi dalam kerajaan negeri, tetapi satu kerusi ini adalah istimewa, jika tiada sudah tentulah sukar untuk kita nak bantu rakyat dan bekerja dengan kerajaan yang boleh berperanan, sebab itu PAS perlu kekalkan kemenangan ini untuk kukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di sini.

S: Jika terpilih, suara rakyat akan menjadi satu suara yang boleh dibawa terus kepada kerajaan?

J: Kita sudah ada tempat dalam,kerajaan ini.

S: PAS dengan satu kerusi adakah boleh berfungsi dengan baik, lebih lebih lagi bedepan banyak isu membabitkan permasalahan agama Islam?

J: Kita akan buat tumpuan khusus, walaupun dalam pakatan kita berbeza ideology namun kita ada peranan tersendiri. Biarpun hanya dengan satu kerusi, kita parti yang berjuang atas dasar Islam dan kita mesti menggunakan peluang dan ruang ini selama berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat di negeri ini.

S: Bagaimana pandangan Ustaz terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Adakah dia mesra dengan ustaz dan masyarakat Melayu?

J: Beliau lebih terbuka dan senang terima pandangan dan idea. Saya kenal dia dan sangat dekat dengan dia. Saya boleh anggap dia dengan saya kawan yang baik, hubungan saya dengan dia atas dasar pentadbiran kerajaan. Macam Mohamad Sabu dengan dia, rakan dalam penjara. Di luar pun hubungan saya dengan dia sangat baik.

S: Sruan Ustaz kepada jentera dan pengundi?

J: Saya mengharapkan jentera meningkatkan kekuatan kempen dan berhati-hati dengan strategi Umno/BN. Kepada pengundi saya harapkan pilihlah dengan rasional, calon yang boleh mewakili suara hati rakyat.

HarakahDaily.Net/-

3 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam YB,
Jgn ckap aja brdegar-dgr. Bila mnang nnti abuk pun tarak. Org kmpung boleh la di klentong. Tgk kat Perak. bila calun PAS jd MB byk tanah kasi Cina. Sampai 999 tahun.

Pastu dia org buat ajaran songsang. Adakah 28+3 lebih kecil dari 28....apalah punya orang.

Puak2 ni bukannya boleh harap... sanggup guna apa saja untuk menang. Samapi ada yang putar belit hukum Allah...

Ckup2 la tu... marilah kita bersatu semula. Dah terbukti UMNO lah bole membela bangsa Melayu dan agama Islam.

Jgn lagi diperkudakan oleh puak2 ni... Dah lah bodo pastu kena tipu lagi... ksian budak2 ni

Tanpa Nama berkata...

Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa Barisan Nasional sengaja meletakkan calon bermasalah di Permatang Pauh? Ini adalah untuk membuatkan PR sibuk mencari kesalahan calon BN. Lepas kes Bar Council, skrg timbul pula isu isteri kedua calon BN.

Sedarlah PR bahawa target sebenar BN adalah Selangor. Yang terkini adalah MB Sngor kena bayar 60 juta lebih kepada Bank Islam. Buku-buku juga diedarkan di seluruh Sngor. Belajarlah apa yang berlaku di negeri Perak. Menang sorak hari ini tapi esok kampung tergadai.

Tanpa Nama berkata...

Betul ke apa yang hang kate tu... dol kakirempit..
kalau setakat maklumat bh dan um tak payah jadi faktalah..melayu lingkup kerana umno..wahai orguaumno..umno ndi tubohkan olih sapa...semua talibarut british..di pinang sapa bagi hilang 25000 pengundi melayu pas ke..sape buka parlimen/dun bagi kat cina..aper punya buteprut