06 Ogos 2009

Himpunan Aman 1: Malay Union 1946/1947.

Oleh : hamdy

Salam,

Perasaan saya terbakar melihat kawan kawan dihujani dengan gas puaka FRU dan air hina FRU yang kononnya cuba menyuraikan kelompok himpunan aman mansuh ISA 1 Ogos 2009. Perasaan itu bertambah keras bila ada percubaan dari FRU hina yg cuba memukul Presiden PAS tapi sempat dihalang oleh pemuda Unit Amal dengan badannya. Bagi mereka yang bertuankan fahaman nasionalis dan segala galanya mesti melayu, merasakan tindakan semua adalah berpatutan kerana perhimpunan itu digelar haram. Bagi kami yg turun, kami telah membuktikan bahawa sesuatu perhimpunan itu akan aman apabila polis menjadi penjaga rakyat. Sesuatu perhimpunan itu akan kecoh apabila polis menjadi penyerang kepada rakyat.

Beberapa tulisan yg saya utarakan disini, ingin menunjukkan bahawa kekecohan itu dilakukan oleh polis dan fru yg bukan ditugaskan untuk mengawal rakyat tetapi ditugas untuk menyerang rakyat. Itulah KPI terbaru PM Najib. Beberapa tulisan ini akan menunjukkan bahawa, apabila satu perhimpunan itu dibenarkan dan polis bertindak sebagai penjaga rakyat, maka satu perhimpunan itu akan berjalan dgn aman dan lancar.

Sebelum saya meneruskan tulisan ini, saya mendoakan org org seperti Mahathir, Pak Lah, Najib, dan ketua ketua polis pelbagai peringkat yang telah menyerang rakyat sebelum ini dan masa akan datang, akan tercungap cungap dimasa waktu waktu hampir kematian mereka, supaya mereka dapat merasakan disaat saat akhir hidup mereka bahawa itulah cungapan yg diterima rakyat semasa mereka menyerang rakyat dalam perhimpunan himpunan aman.

Saya membuka semula buku sejarah tingkatan 3 anak saya. Diberitakan semasa penentangan Malayan union, perhimpunan aman telah digunakan. Orang melayu pada masa itu telah bangun untuk menentang MacMichael dengan berkumpul beramai ramai. Buku teks itu memaparkan bahawa 50ribu org telah berkumpul di Alor Star, 10ribu di Kota Baru dan org ramai berkumpul di masjid Sultan Abu Bakar Johor Baru.

(Saya tetap terus meneliti buku teks itu walaupun saya meluat apabila melihat seorg dari penyusunnya adalah Ramlah Adam.)

Saya percaya pada masa perhimpunan menentang Malayan union itu, polis menjadi sebagai penjaga rakyat dengan mengawal keadaan, memerhatikan agen provokasi dan mengawal lalulintas. Saya percaya jika polis pada masa itu adalah polis masakini, ada kemungkinan besar parang panjang akan berterbangan menebas leher leher polis. Alhamdulillah, ketua2 polis dimasa itu adalah ketua2 yg waras yg berjiwa menjaga rakyat. Berlainan pada hari ini, polis polis bukan lagi menjaga rakyat dlm perhimpunan aman, tetapi menjadi penyerang kepada rakyat dgn menghamburkan gas puaka dan air asid yg hina.

Adakah air dan gas yang hina atau Najib, Hishamudin, dan ketua ketua polis yang hina? Mudah mudahan mereka mereka ini akan tercungap cungap disaat saat akhir kematian mereka dan moga moga dapat diperhatikan oleh orang disekeliling.

Saya menutup bab ini dengan mengatakan perhimpunan aman yg dijaga dan dikawal rapi oleh polis adalah satu cara yg digunakan dlm menentang Malayan union.


Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com

Buku Saya:
1. Rancang Hidup Rancang Wang Remaja RM15+pos Rm3
2. Satu Allah Tiga Aqidah RM17+pos rm3
3. Miang Miang Lelaki (sepatutnya berisi) RM16 + posRM2
4. RancangHidup RancangWang RM18 + posRM2

Boleh juga didapati di Kinokuniya KLCC, MPH, Nufair. Sila bertanya di Kaunter Pelanggan.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga sesiapa yang memutarbelit fakta sejarah cepat2 bertaubat.. kelak di sana tak ada peluang lagi