06 Ogos 2009

Melayu Hari Ini?

Email Oleh : Shah Bundy

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

By,
Someone
Somewhere

3 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,Antara semalam,hari ini ataupun esuk,Sikap itu masih bisa dibentuk.Bukan salah ibu mengandung.Sayang batang tubuh tak tahu di untung..Yg pasti akal budi itu diperhati.Seiring wahyu illahi turut dihayati.Yg penting kerjasama."Amal Makruf nahi mungkar" Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

hantu pun tak lari sebliknya bertambah banyak lagi.. akibat baca al_quran tapi tak memahami jauh lg mengamalkan

Awanama berkata...

TERIMA KASIH RAKAN KARIBKU
NASIB MELAYU MEMANG BEGITU
TERPEKIK TERLOLONG MACAM HANTU
TAK TAKUT POLIS DAN FRU

POLIS DATANG DEPA SERBU
ADA LANGKAH SILAT ADA LANGKAH KUNG FU
NAK TENTANG ISA BERTALU-TALU
KENA SEMBUR AYAQ LARI BERDUDU

ITULAH NASIB ORANG MELAYU
DATANG PULA MERAYU-RAYU
MINTA INI MINTA ITU
LEPA SIKIT HAK ORANG DIA NAK SAPU