06 Ogos 2009

Permatang Pasir: Speaker serah surat kepada SPR

PULAU PINANG, 4 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain telah menyerahkan notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR )Pulau Pinang.

Penyerahan notis tersebut adalah ekoran kematian Adun kawasan tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman baru-baru ini.

Menurut Abdul Halim, SPR akan memaklumkan tindakan seterusnya selepas menerima makluman dan notis dari pihak Speaker.

"Kita menyerahkan keputusan kepada SPR untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir," katanya kepada media semalam.

Tarikh penamaan calon dan tarikh akan diadakan pilihan raya kecil tersebut adalah tertakluk kepada keputusan yang akan dibuat oleh SPR kelak.

"Kita telah melaksanakan tugas kita sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut kepada SPR," katanya.

Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia Jumaat 31 Julai lepas di IJN Kuala Lumpur akibat sakit jantung.

SPR mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil kawasan itu ekoran kekosongan kerusi ini.

SiasahDaily/-

Tiada ulasan: