08 Ogos 2009

Kematian H1N1 ke-15: PM isytihar ancaman serius

Jumlah kematian akibat influenza A(H1N1) meningkat lagi dengan seorang lelaki berusia 40 disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Dengan kematian itu, Malaysia telah merekodkan 15 kematian setakat pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula pada hari ini mengisytiharkan wabak A(H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.

5 ulasan:

spyperak berkata...

Salam.

Agak sukar membendung H1N1.

Kesedaran dan tindakan individu sahaja yang dapat membantu dalam mengekang perebakannya.

Tanpa Nama berkata...

Didalam Al-Quran menyuruh kita samak.Ada gunanya air tanah liat ini.Buatlah kajian.

Hamba Allah berkata...

Assalamualaikum H1N1 tu datang dari allah dan kita berserah pada allah dengan doa dan solat hajat,kita lakukan di masjid atau di rumah

dan...
segala musibah yg Allah turunkan ade hikmah and petunjuk utk umat islam seluruhnya

kadang2 sifat tidak kisah dan tidak endah terhadap sesuatu hukum Allah datangnya dari kita sebagai Umat Islam

tapi Allah maha adil,setiap penyakit ade ubatnya

berusaha,berubah,berdoa & tawakal

zackeye berkata...

Dalam keadaan yang kritikal seperti ini hanya kepada Allah kita minta pertolongan. Katakanlah "Allah adalah penolong kami dan sesungguhnya Allah lah sebaik-baik penolong".
Buat solat hajat minta dijauhi wabak yang melanda kita ini. Segera tinggalkan maksiat. Jaga kebersihan diri dan persekitaran kita.

Tanpa Nama berkata...

Menteri Kesihatan harus letak jawatan..