06 Ogos 2009

Macamana Polis, FRU solat ketika bertugas ?

Oleh :Rozmal bin Malakan

Walaupun Hidup Seribu Tahun , Kalau Tak Sembahyang Apa Gunanya.

Agaknya macamana Polis dan FRU menunaikan solat ketika bertugas ? Kalau askar pun boleh solat ketika dalam perang , takkan polis dan FRU tak boleh solat ketika bertugas ?

Seorang muslimat sedang solat dalam trak. Dari Blog Srikandi Melayu (Ibu & Isteri Mithali)

"Ketika kami sembahyang Zohor ditepi jalan, lori sembur kami dengan air asid. Pedih seluruh badan. Bila kami selesai sembahyang, polis pula tangkap kami dan paksa masuk dalam terak..." kata Puan M dari Kedah.

Harap-harap sahabat saya dalam BAKA PDRM buat kursus solat ketika bertugas untuk saudara seIslam dan sebangsa kita dalam PDRM.

Juga harap-harap sahabat saya dalam Jemaah Tabligh banyak buat gash, tasykil dan bayan di surau-surau dan masjid-masjid PDRM. Kalau Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dah iktiraf Jemaah Tabligh takkan PDRM tak boleh iktiraf ?

HIDUP DI DUNIA TAK SAMPAI SEKELIP MATA
HIDUP DI AKHIRAT KEKAL SELAMA LAMANYA


13 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

kalau reti agama.
depa tak bertindak zalim camtu.
depa tu mana la reti agama.

abu muaz berkata...

Bila fikirkan kewajipan mempertahankan tanah air itu penting aku teringin sangat untuk melihat salah seorang anak aku menjadi seorang anggota pDRM.Tetapi bila timbul perkara seumpama diatas hati aku jadi hambar dan tawar untuk memberi semangat dan peransang pd anak-anak untuk menyertai PDRM.Dalam tentera ada KAGAT . Ada pegawai pemerintahnya.... tapi PDRM kekurangan itu semua.Buku Islam dan Manusia masih diguna pakai ke lagi kini?

Tanpa Nama berkata...

depa tak semayang, imam jumaat belum habis bagi salam depa dah tercegat nak saman orang tak pakia helmet

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni kalau tengok polis aku benci sangat terutama yang topi merah...dalam hati aku sentiasa doakan dema ni tak senang hidup

Unknown berkata...

Kepada saudara Abu Muaz. Fikirkan semula sebab kalau tidak anak2 anda yg berilmu agama masuk polis sapa lagi nak jadi polis?? Tak kan nak bagi kat mat2 sapu tu..? Lagi haru nantinya

Kekacang berkata...

Topi Merah solat, bila ada masa lapang je la. Kalau tak keje dia pukul orang.
Mungkin kalau Si Topi Merah mati, kita g solatkan kalau ada masa lapang je la. Boleh tak? Kena tanya ustaz.

david ahmad muniandy berkata...

Jgn menilai orang.begitu.

Tentu polis fru tu kuat sembahyang.
Mana kita tau di hatinya juga tak suka apa yang.berlaku.,
Tapi kerana tugas(syariat mendapatkan rezki)die terpaksa buat.

kesian pun ada tegnok kakak polis fru ni...kita tak tau apa ada dalam hati dia...mungkin dia penyokong PR tapi terpaksa menjalankan tugas untuk menyara anak ataupun ibu tunggal...dia xde (xbanyak) pilihan sebab dia ditakdirkan menjadi seorang polis yg terpaksa menghalang demo GMI semalam...kalau dia ada pilihan, mungkin dia xkan terlibat menyekat kemahuan rakyat...begitu juga dgn situasi anggota2 polis lain yg bertugas semalam...mungkin mereka terpaksa demi rezeki...anyway rezeki dari Allah. Kalau dia dan polis2 lain xsokong PR (sbb kepentingan tugas), kita doakan satu hari nanti mereka akan sokong, dan semoga Allah merahmati mereka...mereka mungkin akan menjadi aset yg berguna kepada PR nanti sebagaimana ramai bekas2 anggota polis yg telah menyokong PR setelah mereka pencen...siapa tahu kan, sbb Allah Maha Berkuasa.

Kan begitu??????.

Tanpa Nama berkata...

polis tak sembahyang pun. aku yang kena tangkap kat pGA cheras pun nampak. hanya setakat 20 orang saja yang sembahyang. yang depa buat ialah jaga kami pi sembahyang. depa tak sembahyang.

Tanpa Nama berkata...

PDRM tidak ambil orang dari aliran agama, itu yang pasti.

Tanpa Nama berkata...

kepada david ahmad muniandy alim awak tak bertempat....yg jadi polis tu mungkin ada yg Islam tp mereka tak beriman sbb kalau mereka beriman mereka takan sokong kerajaan sekular, kalau mereka beriman mereka takan menyakiti sedara seislam mereka, kalau mereka beriman mereka akan ikut perintah ALLAH bukan arahan cabuk orang atasan...apabila tak beriman hidup mereka dan kamu tak ubah dgn kafir yg lain walau pun kamu Islam...kerana Islam itu tegak atas dasar IMAN DAN TAQWA.

Tanpa Nama berkata...

TAK USAHLAH PETIKAIKAN SOLAT ORANG.YG PENTING JAGA SOLAT KITA.LUBUK KUBUR BUKAN BERSAMA DGN FRU

david ahmad muniandy berkata...

kepada tanpa nama 8/05/2009 11:55 AM

tanpa nama berkata: kepada david ahmad muniandy alim awak tak bertempat....

david ahmad muniandy: macamana awak tau saya tak bertempat? kalau tak bertempat pun hati kena sentiasa ingatkan Allah walaupun buat kesilapan. Saya sendiri tak berani nak kata orang-orang yang beri komen sebab diri kita sendiri pun tak betul.

tanpa nama berkata: yg jadi polis tu mungkin ada yg Islam tp mereka tak beriman sbb kalau mereka beriman mereka takan sokong kerajaan sekular, kalau mereka beriman mereka takan menyakiti sedara seislam mereka, kalau mereka beriman mereka akan ikut perintah ALLAH bukan arahan cabuk orang atasan...

david ahmad muniandy: Tapi kerana tugas(syariat mendapatkan rezki)die terpaksa buat. mungkin dia penyokong PR tapi terpaksa menjalankan tugas untuk menyara anak ataupun ibu tunggal...dia xde (xbanyak) pilihan sebab dia ditakdirkan menjadi seorang polis yg terpaksa menghalang demo GMI semalam...kalau dia ada pilihan, mungkin dia xkan terlibat menyekat kemahuan rakyat...begitu juga dgn situasi anggota2 polis lain yg bertugas semalam...mungkin mereka terpaksa demi rezeki...anyway rezeki dari Allah. Kawan aku pun sorang anggota polis di cawangan balai polis Jawi Nibong Tebal dia terpaksa ikut prosidur kerja demi rezeki janji jangan ambil rasuah yang salah orang atasan sekali.

tanpa nama berkata: apabila tak beriman hidup mereka dan kamu tak ubah dgn kafir yg lain walau pun kamu Islam...kerana Islam itu tegak atas dasar IMAN DAN TAQWA.

david ahmad muniandy: polis bawahan tu sekurang-kurangnya ingatkan Allah janji tak langgar syariat 5 waktu, aku sendiri pun bukannya baik orang tetapi sekurang-kurangnya kita jangan sesuka hati pandai lihat orang, pandai hukumkan orang dan sesuka hati keluarkan fatwa sendiri.
Aku kata begitu bukannya kehendak aku tetapi kita sesama Islam harus ingat memperingatkan sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri merendahkan diri apatah lagi dengan kita sebagai umat dia.
Kalau apa-apa kesilapan aku minta ampun jer.

Sosialis Hijau berkata...

Lagu kalau hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya patut di tukar kepada begini WALAUPUN BERJUANG DALAM PARTI ISLAM KALAU TAK SEMBAHYANG APA GUNANYA... Betul tak?????