27 Ogos 2009

Peratus merosot, SPR digesa ubah hari mengundi ke hari cuti

BUKIT MERTAJAM, 26 Ogos: Pengarah Pilihanraya PAS Permatang Pasir Dato' Mahfuz Omar meminta Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) mengambil pengajaran dan mengkaji semula pemilihan hari mengundi pada hari bekerja berikutan kemerosotan peratus keluar mengundi pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS dalam satu sidang media di markas induk malam tadi berkata, kesannya telah mengakibatkan kesukaran mereka yang bekerja untuk pulang membuang undi.

Jumlah keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

Sementara itu, Ustaz Salleh Man dengan kemenangannya itu berjanji akan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat yang telah memilihnya sebagai wakil mereka dan menganggap kemenangannya hasil kerja kuat Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera Umno dan juga jentera kerajaan.

Pengerusi PKR Pulau Pinang Dato' Seri Zaharin Hashim pula berkata, kemenangan Pakatan Rakyat kali ini sekali lagi membuktikan parti-parti dalam Pakatan dapat bekerjasama dengan baik, tidak seperti yang digembar-gemburkan media milik BN selama ini bahawa Pakatan Rakyat semakin rapuh dan sering bertelagah sesama sendiri.

Ujarnya,kemenangan itu juga menggambarkan rakyat kini menaruh harapan terhadap Pakatan Rakyat dan tidak dapat lagi diperbodohkan BN setiapkali dalam kempen pilihanraya mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, menewaskan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882 dari majoriti yang diperoleh Bekas ADUN Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang mendapat majoriti 5,433 undi.

Ini merupakan kemenangan PAS buat kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

HarakahDaily.Net/-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB Idham .. bila YB tak da di N!! permatang pasir tak best rasenya.... selalunya ana pergi blog anta dulu untuk dapat info terkini setiap PRK.. tapi kali ni tak da seri lah... terpaksa pegi blog lain... bila anta tak da di prk permatang pasir... rasa maklumat dari sana tak dapat info terkini....

Tanpa Nama berkata...

YA...saya bersetuju dgn pendapat ini..elok kita kumpul data, hari mengundi hari bekerja dgn hari mengundi waktu cuti...dan kita mintak setiap kali Pilihan Raya, mintak SPR buat KPI target kuar mengundi, dan benchmark balik adakah KPI itu tercapai...dari perkiraan dan pemerhatian saya, Permatang Pasir punya KPI, SPRM failed...sebab hari bekerja...Pilihan Raya yang buat pada hari bercuti lebih realistik untuk capai sasaran keluar mengundi..

apa kata kita DESAK SPR atau buat memorandum kepada SPR agar hari mengundi akan jatuh pada hari sabtu atau ahad atau hari bercuti..

p/s: ini mesti SPR tak mo bayar overtime kat staff dier klo buat pilihanraya hari cuti..
ala, SPR bukan der kerja sangat pown...time pilihanraya sekali sekala, aper salahnya kerja lebih masa tanpa di bayar OT...ehe

anak bagan datok berkata...

dato zahid diharap ambil iktibar atas kekalahan besar BN di Permatang Pasir. Jangan guna harta kerajaan sewenang-wenangnya.Huru hara di Perak antaranya disebabkan tangan2 kamu.Balik Bagan Datok jaga rakyat kamu.

abdul karim berkata...

memang itulah yg SPR-BN harapkan pun..klu cuti, lagi besar la majoriti

Tanpa Nama berkata...

Salam, Semoga dengan kemenangan ini kita tidak terlalu bermegah. Tetapi rasa syukur dan terus tunduk kepada Ilahi tanda mengharapkan ia adalah kemenangan dari Ilahi bukan kerana usaha kita yang tidak seberapa ini. ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH. TAKBIR!!!

Tanpa Nama berkata...

Bubar je SPR ni.. SPRM pun sama..
Nampak sangat tak adilnya...
Takkan itu pun diaorang tak leh pikir..
Buat apa nak mengundi hari SELASA...
SABTU AHAD kan ada..