27 Ogos 2009

Tanda-tanda kecil kiamat

Oleh : mohd naim mohd zain

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)

Tanda-tanda kecil kiamat.

1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
8. Banyak berlaku gempa bumi.
9. Zaman sudah dekat mendekati.
10. Banyak fitnah memfitnah.
11. Banyak pembunuhan.
12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
21. Anak melawan ibubapa.
22. Hujan di musim kemarau.
23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
28. Banyak minuman keras.
29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
36. Orang alim sudah tidak disenangi.
37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri.
39. Banyak kematian secara mendadak.
40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki.
41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
43. Rasuah berleluasa.
44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
45. Ramai orang menjual-beli hukum.
46. Memandang ringan masalah perceraian.
47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.

* Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

· Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masyallah....banyak sungguh tanda2 kecil...gempa bumi pun dah banyak berlaku di negara2 luar....ramai anak muda skrg ni melakukan zina....ramai para suami yg menuruti kata2 isterinya....lepas ni apa pula?????subhanallah.....

Tanpa Nama berkata...

allahuakhbar!!!!sepatutnya orang islam lebih bertanggungjawab selepas ini!!!mendidik anak2 dengan cara yg betul dan lebih sempurna...walaupun kita hanya insan yg tidak sempurna ,setidak-tidak nya kewajipan seperti solat,puasa,dan lain-lain tidak patut dianggap rendah!!!!!semoga setiap muslimin melakukan amar makruf nahi mungkar!!!!waallahualam...

abul hakim berkata...

Sekali sekala elok kita belajar FARDU AIN seperti kalimah NAFI & ISBAT 5 minit sehari di :

http://www.siapaallah.blogspot.com

war-warkan kepada saudara seagama dalam bentuk email, FB, blog dsb sebagai satu metode dakwah.