06 Ogos 2009

PERKARA-PERKARA PELIK DIMALAYSIA..

Oleh : Zailina Mahmud

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia:

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga RM 7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong tetapi sanggup pula bertekak sampai berjam-jam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan di tengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai anak gadis dan remaja ke tempat kerja dan tempat awam dengan pakaian yang xcukup kain.

5. FAM sibuk mencari punca terjadinya pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.

17 ulasan:

mr edz berkata...

tidak perlu beljar tinggi dan buat tesis boleh dapat ijazah cuma perlu jadi isteri PM

uNcLe DeeN berkata...

menarik2......

DurianKampung berkata...

Anda boleh menjadi jutawan dan memiliki mansion bernilai RM24 juta hanya dengan menjadi seorang doktor gigi

Seorang ahli politik di halang dr bertanding jawatan tertinggi UMNO kerana rasuah aka politik wang, tetapi tidak pula diambil tindakan oleh SPRM.

Tanpa Nama berkata...

belajar dapat phd buat tesis politik tapi tak reti politik dan langgar perlembagaan perak itulah namanya zabri kadir mb haram perak sekarang ni.Zahid hamidi pun serupa,dapat phd perangai mcm budak tak sekolah...

Tanpa Nama berkata...

itulah bertuahnya jadi warga negara Msia. Rakyat berbilang kaum dan agama, mereka hidup dgn budaya mereka sendiri tanpa perlu tukar identiti spt negara jiran. kepelbagaian ini mungkin mengundang ego yang melampau. bagi saya mendidik warga negara mesti dipupuk sejak dari bangku sekolah dan penguatkuasaan mesti konsisten tanpa pilih bulu. kalau anak raja buat onar maka jangan takut buat hukuman. didik rakyat agar berani berjuang untuk kebenaran dan berani menyanggah kebatilan. pastikan setiap pemimpin atasan hingga peringkat akar umbi jenis berjiwa manusia dan bukan berjiwa kebinatangan. kalau saya jadi PM, saya akan pastikan semua pemimpin utama melalui ujian KPI yang tinggi. mana-mana yang bersifat kebinatangan perlu dicantas dan dinyahkan supaya belajar jadi manusia. kata orang ikan busuk bermula dari kepalanya. idea ini sukar dilaksanakan tetapi setiap orang semua terfikir untuk mencari jalan untuk jadi 'superman' dalam haru-biru melandan negara kita sekarang. kalau saya jadi superman dah lama saya tibai muka-muka pemimpin umno yang hidup atas najis rasuah, kuasa dan betina!!!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
zuhairy berkata...

tu degree cap ayam! hahaha

masuksuku berkata...

1.cabul atau rogol tu sama saja maksudnya..apa pun tetap syok itu sebab pakai tak cukup kain dan tak dengar nasihat..he..he..he..2. dalam fam semua gelaran binatang..jadi yang main bola tu kira binatang le..itu yang tak pandai pandai..sebab tak guna otak..3 kakitangan kerajaan menengking sebab piagam arahan boss.depa kerja tak dapat gaji..itu yang macam perangai binatang

ZAMRI kecik's berkata...

kalau laki?

Tanpa Nama berkata...

itulah.. selagi mereka yang berkuasa memikirkan keseronokan sendiri dan orang2 yang tidak berfikir menyokong mereka selagi itulah keadaan begini berlanjutan.. semoga akhirnya dengan pertolongan Allah jua kita dapat mengubahnya.

Tanpa Nama berkata...

dunia nak kiamat...

Tanpa Nama berkata...

pelik...pelik,

Tanpa Nama berkata...

sampai la ni tak dpt jawapan. beli lotus & ferari berjuta, kelajuan hingga450km. nak pandu dimana?
hiway mana? pelik3...

Tanpa Nama berkata...

Isteri PM adalah pegawai kerajaan, sila lihat alamat website nya. Pelik tapi benar

Tanpa Nama berkata...

????

Tanpa Nama berkata...

hmmm pa lr...

Tanpa Nama berkata...

Permain bola yg gaji tinggi tu kenapa kita nk pertikaikan tu kan rezeki diorg... Apa yg penting FAM dan jurulatih serta kita sendiri sebagai rakyat malaysia memainkan peranan... Ni pantang ada banda yg tk kena semua tk puas hati... Adakah and tidak bersyukur akan nikmat yg telah diberikan... Hidup dalam sebuah negara yg tidak berperang walaupon pelbagai kaum dan agama ada dlm negara ini... Kalau berkenaan gaji graduan permulaan RM 1,250 menjadi isu kenapa org warga asing yang kerje kat negara ni leh dapat gaji banyak tanpa kelulusan???? Sebabnya senang je... Kerana mereka pandai mencari ruang dan peluang dalam negara kita... So kita sebagai rakyat Malaysia kenapa tk guna kan segala peluang dan ruang yang ada??? Jangan kata graduan tk dapat gaji yg setimpal dgn kelulusan diorang kerana sekarang ini banyak cara yg blh digunakan untuk mencari pekerjaan yang bagus dan setimpal.... Kalau rasa gaji RM 1,250 kecik dan tk padan dgn ijazah yg diperolehi cari lah yg lain tk akan satu je kut kerje kat malaysia ni... Dan setahu saya kerje angkat call ( call center ) pon gaji dah RM 1,500 itu belum termasuk dengan alaun dan tambahan OT....