14 Ogos 2009

Ustaz Asri Ibrahim Meninggal Dunia - al-Fatihah

Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun, itu sahaja yang boleh diucapkan dengan pemergian ustaz Asri bin Ibrahim. Beliau yang terjatuh di RTM di satu persembahan sempena sambutan Idulfitri pagi ini disahkan meninggal di Hospital Pantai jam 10.30 pagi.
Pemergiannya tidak disangka-sangkakan kerana tidak pernah tahu bahawa beliau sakit jantung. Saya mengenali beliau sewaktu masih kecil sebagai budak baik sewaktu mengajarnya di sekolah dahulu. Beliau adalah anak murid paling baik dan berakhlak. Tetapi setelah menjadi terkenal dalam kumpulan nasyid dia adalah rakan saya yang amat dikagumi.

Menurut rakan-rakannya yang lain beliau adalah seorang yang warak, tidak pernah dilihat meninggalkan solat malam walaupun sibuk dan letih dengan persembahan.
Al-Fatihah buat, Ustaz Asri Bin Ibrahim - Rabbani semoga rohnya dirahmati Allah.
Kepada isteri dan anak-anaknya, bersabarlah dengan ujian ini dan ingatlah Allah sayangkannya.

14 ulasan:

Radix berkata...

Setiap yang hidup akan mati...

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya terpanggil untuk memberi maklumbalas apabila terbaca berita sedih pemergian saudara Asri dari kumpulan Rabbani.

Hakikatnya kematian itu adalah pasti untuk setiap makhluk kejadian tuhan. Sedar atau tidak setiap dari kita sedang berbondong-bondong menuju kearas satu pintu iaitu pintu kematian.

Suatu yang terlintas di hati saya ketika mendengar berita kematian tersebut adalah..., Betapa indahnya kematian yang menimpa Ustaz Asri. Ketika ini para malaikat sedang mempersiapkan hamparan untuk menyambut Roh....beliau yang kembali kepada Azali.

Zikir-zikir... serta lagu -lagu nasyid yang beliau telah tinggalkan dibelakang untuk rujukan dan sebagai halwa telinga kita akan terus menjadi saham yang memberikan keuntungan yang berterusan kepada beliau Insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan ditinggalkan
hanya amalan akan dibawa
Berpisah sudah segalanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiringi doa dan airmata
yang pergi takkan kembali lagi..

Vokalis:Asri Ibrahim
RABBANI

UMNO berkata...

Semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman...Amin...ALfatihah

Tanpa Nama berkata...

" Seperti semalam kau masih bersama kami,sekalung doa,juga fatihah ku kirimkan"

fozi berkata...

Sekurang2 dia pergi dgn meninggalkan bbrp album kompilasi zikir/nasyid yg membasahkan bibir dan menenangkan hati banyak org. Pahalanya sentiasa berpanjangan...Insyallah.

mr edz berkata...

selamat tinggal kepada semua,
berpisah kita selamanya..

Tanpa Nama berkata...

innalillahi wa inna lillahi raaji'uun. smoga allah SWT merahmati beliau^^

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Tuhanku,ampunkanlah segala dosanya dan berikanlah rohmatMu ke atas rohnya...aamiiiiiin......ya robbal'alamin.

KudaPerang berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiouun, pergi sudah Ustaz Asri eninggalkan kita semua. Sedih terasa menghadapi perpisahan dengannya, namun apakan daya Tuhan lebih menyayanginya. Tinggallah kita semua meneruskan sisa-sisa hidup di dunia akhir zaman yang sangat semakin menakutkan ini.. Semoga rohnya ditempatkan bersama arwah para anbiya' dan solehin.. amin Ya Allah.

pn nor berkata...

kesedihan di atas kehilangan ini dikongsi bersama. moga Allah tabahkan hati, diberi kekuatan pd isteri, anak2 & ahli keluarga..Alangkah syhdunya bila alunan zikir brgema dr ust asri, moga anak2ku juga demikian sentiasa mngutamakan hubungan dgn Allah walau di atas sebab apa sekalipun, aminnn...

Tanpa Nama berkata...

Inn lilah hi wainna ileyhi rojiuun.
iktibar yang mesti diambil. Janji Allah itu benar, hayat setiap insan sentiasa dalam "gengamanNya" tanpa terlewat atau tercepat. setiasalah dalam Taqwa..

Tanpa Nama berkata...

x sangka beliau sudah prgi utk slama lmanya..

takziah buat keluarga arwah ustaz asri ibrahim

Tanpa Nama berkata...

Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raaji'un...itulah hakikatnya...takkan boleh lari daripada maut...Ustaz seorang yang pejuang...Usia hidupnya diisi dengan perjuangan....Dan kembali nya dalam keadaan berjuang...Memang "Indah Hidup Ini Bila Hidup Bersama Ilahi"...