Oleh : Rozmal bin Malakan
Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al Fatihah
Dharmala NS meninggal dunia
Aug 12, 09 4:01pm
Sasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.
Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak - empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.
Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.
"Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini," katanya kepada agensi berita itu.
Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).
Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.
Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.
Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.

1 ulasan:
Walaupun Pak Dharma hidup serba sederhana, tetapi beliau kaya dengan lenggok bahasa..Setiap butir kata penuh dgn makna tersirat, kadngkala tak terlintas langsung logiknya kata-kata beliau...beberapa kali bersua muka, tak sempat langsung bermesra kata..Al-Fatihah
Catat Ulasan