Oleh : mohd hafez sabri
Baru-baru ini saya telah dikunjingi oleh pimpinan kelab penyokong PAS Perak, dalam lawatan mesra kelab penyokong PAS bersama pesuruhjaya PAS Perak.Saya melihat kelab penyokong PAS Perak semakin mantap dan aktif,para ahli kelab penyokong PAS Perak khususnya sentiasa menghadiri program dakwah dan politik yang dianjurkan oleh PAS dan membantu mencari ahli baru untuk Kelab Penyokong PAS.Kita juga dapat melihat kelab penyokong PAS di Perak sentiasa aktif berkempen untuk PAS semasa pilihanraya umum yang lalu. Dan pilihanraya kecil yang berturutan berlaku sebelum ini, perkara ini menunjukkan bahawa kelab penyokong PAS kini sangat berkeyakinan sekiranya PAS mengambil alih pemerintahan Malaysia, penduduk bukan Islam akan menjadi sangat gembira kerana tidak ada lagi rasuah dan Malaysia akan berada dalam kedaaan yang baik.
Kelab Penyokong PAS bagi bukan Islam telah ditubuhkan pada 2004 dengan hanya 100 orang ahli, dan selepas itu ia berkembang menjadi banyak dan kini sudah mencapai jumlah puluhan ribu, Alhamdulillah atas keizinan Allah SWT, PAS kini menjadi pilihan rakyat Malaysia pelbagai agama dan bangsa dalam membina Negara yang makmur lagi mendapat keampunan Allah SWT.
Dikesempatan ini saya merakamkan ribuan terima kasih kepada kelab penyokong PAS Perak, kerana memberi ikrar agar terus bersama bergerak membantu PAS Perak dalam perjuangan menetang kezaliman umno/bn dalam memastikan PAS dan pakatan rakyat Perak terus teguh memimpin rakyat Perak, semoga kesatuan perjuangan menentang kezaliman dan penindasan yang dilakukan umno/bn ini akan membuahkan kejayaan yang besar buat rakyat Perak.
Ustaz Abu Bakar Hussain
Pesuruhjaya PAS Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan