30 September 2009

Bagan Pinang: Dewan Harian PAS putus calon petang ini

Dewan Harian PAS pusat akan bermesyuarat petang ini untuk memuktamad pemilihan calonnya bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober depan.'

Nama calon tersebut akan diumumkan malam ini bertempat di markas PAS Batu 9, Jalan Pantai Teluk Kemang oleh presiden parti, Datuk Seri Abdul Had Awang.

Calon BN pula akan diumumkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini di Markas Gerakan BN di Batu 6, Bagan Pinang.

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Mesyuarat petang ini akan memuktamadkan pemilihan untuk diumumkan malam ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga ditanya sama ada mesyuarat itu akan turut membincang teguran Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) dirombak.

Menurut Dr Hatta, setahu beliau, ia tiada dalam agenda mesyuarat petang ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.

Ramli yang juga yang dipertua PAS kawasan tersebut, adalah antara tiga calon PAS yang disebut-sebut akan dipilih bertanding dalam pillihan raya kecil tersebut.

Dua lagi nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar dan bekas ketua Dewan Ulama PAS negeri itu, Kassim Tahir.

Manakala BN pula besar kemungkinan mencalonkan ketua Umno bahagian Teluk Kemang, Tan Seri Isa Samad.

Sehingga ini, beliau mendapat sokongan padu Umno bahagian itu untuk dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Malaysiakini/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.satiranasional.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

calon BN, Isa, rakyat tolak ISA, rakyat tolak UBN.

Tanpa Nama berkata...

calon PAS tak penting, cuma orang yang beriman dan boleh bekerja.....

Tanpa Nama berkata...

calon BN tak penting, kalau yang atas tak betul, bagaimana yang bawah nak betul..... Rasullallah s.a.w adalah ikutan kita, menjadi contoh dan teladan kepada umat...

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak ketandusan pemimpin hingga memilih perasuah dulu, kini dan selamanya.