30 September 2009

GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN, PJ PAS PERAK

Oleh : mohd hafez sabri

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan sekali lagi bahawa Yb V. Sivakumar adalah speaker yang sah, manakala Ganesan dengan jelas adalah speaker yang tidak sah kerana cara Ganesan dilantik sebagai speaker adalah tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.

Beliau menegaskan bahawa “Kedudukan Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telah melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Ganesan bukannya Yb V.Sivakumar.”

“Kita juga sedia maklum apa yang diputuskan dalam Sidang DUN 2 september baru-baru ini adalah sah dan sama statusnya dengan sidang yang diadakan dibawah pokok kerana dihalang oleh umno/bn untuk adun-adun PR masuk bersidang secara baik di dalam dewan sebelum ini dan ianya adalah sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah kerana kuasa mempengerusikan sidang DUN masih di bawah Yb V.Sivakumar,” katanya.

Tambah beliau lagi “ Seluruh rakyat Perak mengetahui bahawa Yb V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN, sememangnya insiden mengusung keluar secara paksa speaker dari dalam dewan adalah tindakan ganas umno/bn yang telah memalukan seluruh rakyat Negeri Perak”

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Artikel yang menarik tuan..
Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

dol kakirempit berkata...

Salam YB
Bila bercakap pasal hak... apa hak mamat tu nak bercakap pasal YB Ganesan tak ada hak panggil sidang dun. Mamat tu Adun mana. Nak cakap pasal hak speaker tak ada hak...

Tanyala pada orang yang berhak untuk bercakap pasal hak...Bila dah cfrm ada hak...baru lah bercakap pasak orang lain tak ada hak.

Jgn Ingat smua orang tak tahu pasal hak... budaak2 kampung tu bole la kena tipu...

Satu lagi... yang mamat sorang lagi tu buat iklan jual ubat kat sini ada hak ke...Pi la pasar malam... idak pun pi lah bukak gerai masa ada ceramah...

Masa ceramah nanti...baru ada hak cakap pasal hak... nak buka gelanggang Nasrul Haq pun ada hak....nak nyanyi lagu Haq pun boleh...Nak jerit hak..hak..hak..hak pun boleh. Jgn nak berkahak mcam kaum tu sudah. Diaorng tu masa makan pun boleh berkahak... itu hak katanya.

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat bubarkan DUN perak, Bubarkan parlimen, pemerintahan UBN tak dapat sokongan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

SPR pun tiada hak tak buat pilihanraya...

Nur Wajdan berkata...

Saya mushkil la. nak pilih nickname, tak boleh ke pilih nama yg baik. ini dol kakirempit. kalau jugah berdegar2 tapi nama tak melambangkan org yg berpekerti mulia, siapa yg nak terima hujah tu? jangan namakan anak macam tu yer... pilih la nama yang baik2...

Tanpa Nama berkata...

dol kaki rempit ni la aku rase orang yang tak sekolah.dia dah tanye la baru dia cakap cik dol hoiiiiiiiii...

Tanpa Nama berkata...

pasal speaker haram, dua orang wakil rakyat haram, makan duit rasuah haram, teringin nak masuk parti yang ahli minta diharamkan... diikuti ahli yang suka makan duit rakyat tak kira halal haram