Oleh : mohd hafez sabri
Baru-baru ini, Dato’ Seri Zambry Abd Kadir telah mengeluarkan kenyataan di dalam ucapan beliau yang begitu angkuh, dengan mengatakan bahawa jasa BN tidak boleh dipersoalkan. Beliau berkata di dalam ucapannya pada Majlis Dividen Kepada Rancangan Tanam Baru Berkelompok dan Tanam Semula Komersial, RISDA Negeri Perak.
Mengulas lanjut tentang ucapan beliau itu, Ajk Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun, saudara Mohd Hafez Sabri, membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa BN tidak pernah berjasa. Sebaliknya apa yang dilakukannya selama ini adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh mereka, dan ia adalah satu kewajipan.
Beliau berkata lagi, adakah seseorang Islam itu boleh mendabik dada dengan amalannya yang dikatakannya sebagai banyak, dengan hanya mengerjakan solat-solat fardhu semata-mata? Hakikatnya dia hanya melakukan sesuatu yang diwajibkan keatasnya semata-mata.
Sekiranya kita melihat sejarah yang telah diceritakan kepada kita di dalam al Quran, Allah SWT telah menceritakan tentang kisah seorang pemerintah yang mendakwa dirinya sudah begitu hebat, iaitu Firaun. Keangkuhan Firaun ini telah diceritakan di dalam al Quran begitu banyak sekali. Antara yang diceritakan ialah :
Firman Allah SWT
Dan sesungguhnya Kami telah menghukum Firaun dan kaumnya dengan (mendatangkan musim kemarau) bertahun-tahun dan kekurangan buah-buahan, agar mereka mengambil pengajaran. Kemudian, apabila kebaikan (kemakmuran) datang kepada mereka, mereka berkata, ”Ini adalah kerana usaha (jasa) kami,” dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka lemparkan sebab kesialan tersebut kepada Musa dan pengikutnya... (Surah al A’raf : 130-131)
Beginilah keangkuhan Kerajaan Firaun. Mereka mendabik dada bahawa rezeki yang diperolehi oleh rakyat Mesir adalah disebabkan jasa dan usaha Kerajaan Firaun. Sekiranya berlaku kesusahan, mereka melemparkan kesialan tersebut kepada pejuang Islam.
Menurut Saudara Mohd Hafez Sabri, rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT jangan dilupai. Bahkan, ia adalah milik Allah SWT semata-mata. Kita sebagai manusia dilarang sama sekali mendabik dada mengatakan bahawa ia adalah usaha aku, itu adalah jasa aku, sedangkan dia terlupa siapakah yang memberi nikmat sedemikian kepadanya.
Bahkan, kisah Kerajaan Firaun ini jelas membuktikan bahawa mereka sudah lupa dan mereka sendiri cuba untuk menafikan kekuasaan Allah SWT yang memberikan rezeki dan kemudahan kepada mereka. Sebaliknya mereka mendakwa bahawa merekalah yang memberikan rezeki itu.
Beliau menambah lagi, akhirnya, disebabkan keangkuhan Kerajaan Firaun, Allah ST telah menurunkan taufan, belalang, kutu, katak dan darah sebagai azab kepada mereka. Air-air yang sepatutnya menjadi sumber minuman mereka, telah dipenuhi dengan darah, sehingga mereka tidak dapat meminumnya.
Apabila hendak membuka hidangan di meja, puluhan katak dan belalang sudahpun berada di dalam pinggan mangkuk. Apatah lagi kutu-kutu yang merayap di setiap sudut dan ruang. Inilah azab Allah SWT yang diturunkan kepada Kerajaan Firaun yang angkuh. Segalanya sudah tertulis di dalam al Quran.
Hari ini, kita sudah melihat wabak yang hampir sama dengan apa yang diceritakan oleh Allah SWT tentang balasan bagi Kerajaan Firaun ini. H1N1 ini adalah sebagai satu amaran pertama kepada kerajaan hari ini. Kalau mereka masih lagi angkuh dengan kekuasaannya, maka sudah pasti azab Allah SWT akan menimpa pada mereka yang zalimm jelas beliau.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan