09 September 2009

306 murid sekolah rendah positif dadah

Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran. Demikian seperti satu laporan berita bernama

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini.

2 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

Hmmm...
Saya dan kawan2 baru je lepas urine test tadi(9:30am).
Alhamdulullah...
semuanya negatif...

Tanpa Nama berkata...

Pencapaian yang cemerlang, dahulukan rakyat dengan dadah supaya rakyat terima padah (melayu la tu). Nanti bila mereka dah khayal senang nak kelentong... undilah BN! mesti diikut. Pasukan polis ramai-ramai tak payah benteras budak-budak dadah ni, biar mereka terus punah tapi kerahkan mereka jaga pembankang.... Ingat agenda jangka panjang rosakkan Melayu dan cemerlangkan Melayu dengan DADAH