Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku semalam disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.
Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly, gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.
"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini (24 Sept) dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.
"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.
Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.
Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas. BERNAMA

12 ulasan:
patutlaaa....
leceh betul semalam....
Alasan bila kompeni udah kaut untung berbilion ringgit. Patutnya, bila udah ramai guna perkhidmatan, kenalah buat 'upgrade' pada sistem. Asyik nak bagi alasan yang loklak.
GAJI CEO BERPULUH RIBU. GAJI KULI-KULI BERAPA DUIT SANGAT.KALAU ROSAK CEO LAH REPAIR SENDIRI.KALAU SETAKAT RAYA AIDIL FITRI DAH CELCOM KELAM KABUT. ELOK LELONG SAJALAH CELCOM TU.ATAU TUKAR NAMA BARU CELKERING(ORANG TUA DULU SEBUT UBAT TORCH LIGHT CAP KAMBING)COM TU UBAH JADI KOMKOM(ORG TUA DULU KATA SEJENIS HANTU)KESIMPULANNYA IALAH CELKERINGKOMKOM.
setahu aku celcom sudah keluar dari TM berhad tiada join venture lagi dgn telekom malaysia berhad.
mungkin masaalah lain, nampaknya celcom cuba menyembunyikan sesuatu....
bukan sekali ni saja musim perayaan, takkan celcom tak bersedia, rasanya ada kaitan dengan.....
Celcom perlu lebih 'sensitive' terhadap gangguan perkhidmatannya. Di luar musim perayaan juga selalu berlaku gangguan. Pernah berlaku pada saya suatu ketika- Akibat satu pemancarnya bermasalah (area stesen bas geliga kemaman), saya terpaksa 'keluar' (pergi ke tunas manja kemaman), kira-kira 1 KM.
kecewanya saya dengan celcom... dah la 24 sept rumah saya ada majlis............. nak call kwn pun susah.. hampeh
Kalu Celcom betul kaya jiwa
- hantarlah makluman awai
- hantarlah sms mohon maaf kepada semua pelanggannya.
- buatlah rebet panggilan/sms akibat masalah pada hari tu.
Khamis 24/8. Apasal x boleh buat panggilan lagi? Mak, abg, kak dan kawan aku nak mai kenduri rumah mertua aku x dapat call aku. Guna public phone pun x bleh. Kawan aku terus balik. Aku x maafkan kesilapan ini.
CELCOM MOST STU*ID!!
Shazali mesti bukak mata la!
da KAYA patut upgrade lama dah.
MAXIS dulu masa majoriti pakai xjadi ceni pon!
Ingat mtk maap ja ada guna?customer maapkan??
kalo korg bagi discount 80% or tambah kredit 200 ringgit pon kami tetap xmaafkan.
24hb rumah ada majlis, ada yg balek ja xtau jalan, xley cal.
memang kecewa dgn celcom.
dala salu line putus-putus.
malu ja.
aku convert 017 ak p celcom, n tambah lagi 1 line celcom, ingat nk tolong company melayu tapi ceni plak balas kat kami.
harap iklan ja bagus.
CEO kena cerdik lagi, mtk maap ja buat orang lagi meluat.
kalo jadi lagi ramai yang nak tukar line.
harap CELCOM belajar.
buat apa yang patut skg.
ada oang tu pangkat tinggi, rambut panjang, tapi sayangnya akal x panjang macam rambut dia.
kami pengguna celcom kecewa.
harap CELCOM jadi lebih baik.
kalo jadi lagi tiada maaf bagimu.
company dah kaye lagi nak kedekot . cube bg mase raye ke bile2 ke call free . asik nak tgu birthday je . lame la . setahun sekalije pulak tu ,
bg la call free setiap tahun . takan birthday je . lame la nak tgu werh
Catat Ulasan