KUALA LUMPUR, 25 Sept: PAS tidak pernah membuat keputusan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) di semua peringkat, tegas Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.
"Oleh kerana PAS tidak pernah membuat keputusan sedemikian, perkara itu tidak timbul sama sekali dan tidak harus ditimbulkan sama sekali," tegas beliau.
PAS, kata beliau, tetap dengan komitmen untuk bersama-sama PR.
"Jika ada masalah yang berlaku, ia adalah perkara biasa. Dalam keluarga dua tiga orang pun ada masalah, apa lagi pakatan yang besar," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Sebarang masalah yang berlaku, katanya lagi, boleh diselesaikan dengan semangat setiakawan serta musyawarah dan bukannya melalui media.
Salahuddin bagaimanapun yakin rakyat tidak akan terpengaruh dengan sebarang spekulasi dan manipulasi yang cuba mendakwa kononnya PAS akan mengkaji semula kedudukannya di dalam PR.
"Apa jua keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh mesyuarat peringkat tertinggi PAS," kata beliau.
PAS, katanya, tidak ada kaitan dengan sebarang dakwaan yang kononnya mahu mengkaji perkara itu.
Harakahdaily/-

2 ulasan:
sedikit perselisehan dan salah faham adalah biasa dalam pakatan, sedangkan lidah lagikan tergigit.
Lidah tergigit kerana ada penyakit tuan punya badan.Ia tidak berlaku dengan sengaja. Jika kita mengambil sikap "tak apa" pasti akan merbahaya.
Demikian juga dengan sedikit perselisihan yang berlaku dalam PAS selangor.Bukan selangor sahaja yang terbabit, malah PAS pusat turut terpalit.
Pasti ada penyakit yang dihidapi.kalau tidak macam mana boleh jadi begitu. Jika ambil sikap "tak apa" pasti akan mengundang bahaya.
termasuk bahaya akidah yang PAS pegang selama ini, kerana setuju dengan perkara yang dilarang oleh Allah.
Soal halal haram bukan macam UMNO. Bagi UMNO halal haram tiada perbezaan. PAS tidak demikian.
Kalau PAS buat macam UMNO, kerana berada dalam pakatan terpaksa tolak ansur dalam sebarang kes tunggulah masanya.nahaslah.
Catat Ulasan