Oleh : newsforwarder®™
Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya kerahmattullah calon penyandangnya dari Barisan Nasional yang mendapat undi 6, 430 dalam PRU12 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS mendapat undi 4,097 satu lawan satu. Majoriti calon BN 2,333.
Mood politik PRU12 dikawasan DUN Bagan Pinang ketika itu tentunya condong kepada UMNO dan Barisan Nasionaldimana pengundi masih belum nampak isu dan kepincangan UMNO dan BN serta kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak begitu menyerlah dan diyakini oleh pengundi.
Ada kah senario politik PRU12 masih lagi kekal dipihak UMNO dan BN atau sebaliknya? Mungkin sahaja keputusan PRK Bagan Pinang nanti boleh buat satu kejutan seperti PRK Parlimen diKuala Trengganu dimana kerusi UMNO dan Barisan Nasional dirampas oleh calon PAS. Ada kah nasib calon UMNO dan Barisan Nasional di Bagan Pinang itu juga akan senasib dengan calon Parlimen BN di Kuala Trengganu? Walaupun UMNO dan BN mendapat majoriti berjumlah 2,333 undi mengalahkan calon PAS, ia bergantung kepada cara berkempen, strategi dan isu Pakatan Rakyat. Antara 14 dalil berkenaan ialah :-
1. KENAIKAN HARGA PETROL
Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos tambang taksi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar. Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah diterima oleh pengundi.
2. KOS HIDUP RAKYAT YANG TINGGI
Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol mendapat subsidi 30 sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30 sen tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan sistem double standard?
3. KRISIS POLITIK DIPERAK
Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,
4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK
Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara. Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan dengan permasahan politik negara. Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.
5. MAHKAMAH HENDAKLAH BEBAS
Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan dibawah Perdana Menteri Malaysia.
6.. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE
Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri. Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang disiasatnya menerima budi.
7. POLIS PUN MESTI BERKECUALI
Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan, polis cuma jaga keselamatan mereka.
8. RASUAH POLITIK WANG
SPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk Seri Mohd. Ali Rustam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin didapati merasuah wang? Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang. Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa? Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?
9. PERANAN MEDIA ARUS PERDANA
Media Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional. Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya. Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.
10. KONTROVERSI KES LIWAT ANWAR
Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal Saiful Bukhari Azlan pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah. Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh politik UMNO.
11. AKTA ZALIM ISA TERUS DIKEKALKAN
ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara. Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.
12. KRISIS DALAM KOMPONEN BN, MCA
Krisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut dibekukan accountnya dan disiasat. Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut andaian Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran negatif.
13. SIKAP SURUHANJAYA PILIHANARAYA
SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para pengundi.
14. SEMANGAT PERKAUMAN MAINAN BN
Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu. Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa asing. Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi. Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan, kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka tahu mereka akan kalah..

10 ulasan:
salam,Bagan Pinang merupakan kwsn selamat BN, salah satu faktornya kerana terdapat penempatan tentera di kwsn tersebut. kalau PR hendak menang, perlulah menampilkan calon yg berwibawa dan menengahkan isu-isu tempatan. saya sbgai pengundi di kwsn tersebut percaya banyak isu yg blh diketengahkan. Cetusan rasa tidk puashati trhdp BN memang ada. Pandai2lah mengeksplotasikannya.
Insyaallah.....PR akan menang di kerusi DUN Bagan Pinang ni.... "apa yang penting???"..kerjasama dlm PR......
BN perlu ditumbangkan......
Be End perlu kalah d Bagan Pinang. Wahai pengundi semua x sedar ke bhw Be End menang hnya krn undi tipu iaitu undi pos. Dah 52 thn gna taktik undi pos utk memenangkan Be End.Habis camno. Tolong bg penyelesaian??
SEMASA HARGA PETROL US40 SETONG, SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERMASUKLAH PENYOKONG BE-END KHUSUSNYA PENYOKONG UMum-NO MEMBAYAR SUBSIDI PETROL (LEBIH DARI RM0.30) KEPADA KERA'JAAN TANPA SEDAR. DAN MUNGKIN ADA JUGA PENYOKONG BE-END YANG SEDAR DITIPU HIDUP-HIDUP OLEH PEMERINTAH. TAPI... MACAM BIASALAH KENYATAAN DENGGAL PENYOKONG BE-END NI "KALAU RASA HARGA MINYAK DAN BARANG MAHAL, JANGAN DUDUK MALAYSIA LAA...". TAK PERCAYA...?? TANYALAH SOALAN INI PADA PENYOKONG BE-END, CONFIRM MEREKA AKAN JAWAB MACAM TU....
hahaha BN perlu ditumbangkn..
biar PR yg conquer Malaysia ni..ti baru la cepat ckit jahahanamnye org melyu kat Malaysia ni..klu org melayu dah jahanam..yg mempimpin kena cucuk idong ngn DAP..nescaya la..apalah nasib agama islam ketika itu...
ARTIKEL INI DIDIPETIK DARI BLOGGER "BIAQPILA";
Penipuan pertama, ujar Azan adalah kenyataan Ismail kononnya harga petrol tidak naik semata-mata kerana pengenalan petrol RON95 yang dijual pada harga RM1.80 seliter, padahal harga RM1.80 ini sebelum ini adalah untuk petrol RON97 yang sekarang berharga RM2.05 seliter, petrol yang telah diguna sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia.
Penipuan kedua tentang petrol adalah kononnya seperti didakwa Ismail, kenaikan harga petrol tidak akan memberi kesan. Sementara penipuan ketiga dan paling ketara tentang harga petrol ialah ketika pengumuman kenaikan harga petrol dibuat, Ismail mengatakan yang harga petrol mentah dunia waktu itu adalah US$82 setong, sedangkan harga sebenarnya adalah US$71.35.
Tentang gula pula, Azan memberitahu The Malaysian Insider yang dakwaan bekalan gula mencukupi adalah satu penipuan kerana pada masa yang sama belian rakyat dicatu untuk 2kg gula sahaja setiap belian.
Jaminan Ismail yang tiada kenaikan harga gula dianggap tersasar kerana catuan ketika permintaan mendadak naik di musim perayaan memungkinkan wujudnya pasaran gelap gula. Dalam pasaran gelap, harga gula boleh sahaja naik sehingga 100 peratus.
Bila diaju soalan apa natijahnya kepada rakyat akibat dari keadaan ini, Azan cuba menggariskan fakta sebenar. Harga petrol, RON97, yang digunakan oleh rakyat Malaysia selama ini naik RM0.25, atau 13.89 peratus.
Kenaikan harga petrol jelas Azan akan menghasilkan kesan berganda, kenaikan 1 peratus dalam harga petrol akan mengakibatkan kenaikan 3 – 5 peratus dalam Indeks Harga Pengguna (CPI). Ini kerana petroleum kini telah menjadi komoditi utama dalam mengukur CPI. Jadi kenaikan RM0.25 petrol sebenarnya telah membawa CPI naik ke sekitar 50 peratus.
cucuk idung mu la,main sangat dgn kepala lembu,cara berfikir pun dah macam haiwan itu,
bagi Bagan Pinang, peluang PR untuk menang susah sikit kerana beribu undi pos kat sana. BN menang dulu kerana undi pos dan berpuluh tahun mereka menang atas tiket 'Wakil Pos'. PR perlu memikirkan strategi bgm nak mengalihkan fikiran tentera utk terfikir memangkah 'bulan'. Tak mustahil Najib tgh merancang nak bagi bonus raya sbg umpan memandangkan mood rakyat semakin tipis terhadap kerajaan. Tengoklah kempen pasang bendera bulan kemerdekaan yg dipulau oleh rakyat sekarang sgt jelas. Peniaga di bandar besar mengulu kerana kurang pembeli dahdekat raya nih. Sepatutnya PR guna peluang ini untuk mengasak BN.
Masing2 ada akal...dah besar panjang lak tu!
Taraf pendidikan pun hebat2 belaka, jadi "Lu pikirlah sendiri...!"
Nak pilih syurga ke neraka...
Catat Ulasan