09 September 2009

Tapak baru kuil di Seksyen 23

Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk.

"Lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan," kata satu kenyataan pejabat menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini juga meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.

Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam.

"Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini.

"Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai," kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik.

11 ulasan:

dol kakirempit berkata...

Salam Yb

Siapa yg sokong projek ni akan dapat saham la nnti. Slagi kuil tu brfungsi, slagi itu lah dapat saham. Bruntunglah bagi mreka2 yg mmangkah mamat2 dan puak2 ni. Dapat saham freee....

Tak ada pun puak2 ni kasi komen pun fasal projek ni.. kalau Umno Islam palastik... Pr ni Islam apa pulak. Islam coklat kot. Bole d makan2

Tak nak guna, 'La kum Deen Nukum Wali Yaddeen'. Biasanya puak2 ni pandai guna Nas untuk kpentingan politik. akan di cari segala hukm dan nas untuk kasi putar belit budak2 kampung yg bodoh untuk dapat sokongan.

Myrupai sesatu bangsa atau agamapun Allah larang/laknat... apatah lagi brskongkol dengan mmbina pusat ibadat mereka. Tak taulah betapa besarnya dosa tu. Rasanya kalau tak sempat taubat... Jahanam lah tempat yg aula bagi mereka...Wallauhua'lam....

Kalau Umno masih berkuasa, tak kan jadi teruk macam ni. Oleh itu mari lah kita bersatu smula di bawah payung Umno demi bangsa dan Agama kita.

Tak baca sirah Nabi Ibrahim ke... bwak2 lah dengar tazkirah kat masjid atau ngaji agama dalam bulan ramdhan ni. Brganda pahalanya

Jgn jadi mcam sebahagian drpd puak2 ni.. Spatutnya di Bulan Ramadahn sebuk cari pahala..tapi sebuk buat mniaga...

Adam berkata...

Meluatnya aku baca komen si Dol ni...dalam islamkan harus ada sama rata ( keadilan )...ko tgk x video si Manaf pijak kepala lembu...sian aku tgk...mcm budak2...malunya aku...mana la kaum2 non-islam nak hormat...tiada tolenrasi...yg bestnya boleh buat pd hari yg mulia ( jumaat )...bulan ramadhan..aku rasa klu bukan ramadhn lagi gila kut....islam apa? hadhari?...apatah..hak tuih!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Usaha ini untuk membantu saudara-saudara kita di seksyen 19 dimana kedudukan kuil tersebut berdekatan dengan rumah mereka dan mereka menyuarakan masalah dah lam sejak kerajaan BN tetapi tiada tindakan. So PR menyambutnya dan sedia membantu mencari alternative lain kerana masalah tu terlalu ketara. Rasulullah sendiri menghormati agama lain hatta dalam peperangan pun diminta tidak mengapa-apakan kan tempat peribadatan mereka. Kerajaan sediakan tapak dan yang bina duit diaorang. Selesai masalah seksyen 19.

Tanpa Nama berkata...

Tinggalah kau seorang dalam ameno tu.Gerombolan yang dah nak sampai tarikh lupus.Saya tak sokong buat kuil tetapi hak agama lain kena diambil kira juga.Mereka pun bayar cukai juga.Cuma saya harap duit agama lain jangan dicampur dengan duit yang Islam.Akan memudahkan untuk diguna semula.

Tanpa Nama berkata...

woi Dol..

apa salahnya bina kuil untuk orang hindu?
islamkan agama yg adil.. adil kepada muslim dan non-muslim.. non-muslim pon ada hak nak bina kuil depa..
kita yang muslim, masjid je banyak, tapi tak ramai yg g.. nak dapat satu sof penuh pon susah..
hg tu g masjid ka? atau time puasa ngan raya je pi? boleh solat ka? tau baca Al-Quran ka?
hampeh lu Dol..

isu bina kuil ko kecoh..
yg UMNoNGok bina disko, rumah pelacur, tempat judi, jual arak ko tak berani nak kecoh..
lu cakap je pandai, tapi otak tak guna..
lu letak otak kat mana r? lutut kan?
nape? takut nanti tak dapat naik pangkat ka kalo sokong pr?haha

Tanpa Nama berkata...

ala.. dol, pegi la merempit jauh2. x npak ke kilang arak sebesar2nya kt s.alam n sg way tu. tepi highway apa.. kerajaan mana yg luluskan. mmg dasar kaki rempit n budak kampung.. tak pernah masuk negeri selangor kot... ha.. ha..

PESARA POLIS berkata...

SAUDARA DOL KAKIREMPIT (JAM 8.28PM) sebelum saudara mengeluarkan fatwa saudara sendiri, saudara perlu ambil tahu sejarah awal kuil tersebut.Usia kuil tersebut hampir 100tahun berapa lama kerjaaan UMNO/BN memerintah Selangor dan bila pula Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor.Dari sini kita dapat nilai sendiri UMNO/BN ke yang Pakatan Rakyat yang bina kuil tu. Maka buat Saudara Dol bawa2lah bertaubat jangan dok jadi macam si mamat yang bawa kepala lembu tu. Islam ugama yang adil dan Nabi kita Muhammad tidak pernah membezakan umatnya dengan kaum lain. Pada Saudara Dol belajar sejarah islam dan fahami isi kandungan AL-Quran saudara akan dapat pertunjuknya. Jangan saudara jadi macam mufti perak dah lahh.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....
bawa bertenang...jgn di marah pada Dol tu,orang umno ni kita bimbing dia,diorang tak faham sangat bab2 agama ni....
sian kat diorang kalau kita tak bimbing,sapa lagi nak bimbing....
diorang belajar agama pun takat wuduk,haid dan nifas je...
so kita lah ajar mereka,,,,jgn dimarah
tak gitu Dol....

Tanpa Nama berkata...

Umno bina??

lawak ker ape??

bila Umno nak runtuhkan rumah pelacuran tempat arak dan judi atau mengekang aktiviti mcm tu siapa pulak yang bantah??

bukan puak2 Penipu Rakyat ni jugak ker terutama DAP???

sudah2 la tu menipu rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Kepada dol kakirempit
Kenapa Allah suruh kita baca Bismillah...rahim sebgai permulaan bagi sesuatu pekerjaan?. Kenapa Allah tekankan kita tentang kasih sayang?.Allah melaknati kepada mereka yang farakkan nafi dengan isbat. Fikir2kan.........

Tanpa Nama berkata...

kepada dol kakirempit dan tanpa nama 8.30am, bwk2 la membaca..korg mane nak baca Quran, nak percaya Quran jauh sekali..tp baca la juga buku2 sejarah karangan umno tu...kalau bkn umno yg bina kuil kat sek 19, sape bina? PAS?PKR?PR?YB Khalid Samad yg bina?? pk pakai la akal,bukan lutut...BIle plak UMNO nak robohkan Pub,Kelab Mlm,Disko??? Mufti tangkap Ratu cantik pun kene pecat, keje sape???? Korg kongsi2 la saham ek...