21 Oktober 2009

Ekspo China-ASEAN ke-6 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-6 Dirasmikan

Ekspo China-ASEAN Ke-6 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-6 dirasmikan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China kelmarin.


Lebih 4600 gerai pameran tersedia dalam ekspo ini yang mempamerkan produk-produk dari China dan 10 negara ASEAN serta beberapa negara di rantau yang lain, termasuk Jepun, Republik Korea dan Perancis. Enam buah negara ASEAN, iaitu Malaysia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam antara yang mempunyai ruang pameran sendiri. Sementara itu, lebih 80 aktiviti akan diadakan alam Ekspo China-ASEAN Ke-6 yang berlangsung selama 5 hari ini bagi meneroka ruang kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pertanian dan perdagangan. Ini termasuk Pameran Industri Perniagaan dan Pameran Perkhidmatan Kewangan yang buat pertama kalinya ditawarkan dalam ekspo ini.

Dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-6 pula, 1500 orang peserta termasuk pegawai kerajaan, tokoh-tokoh perniagaan dan sarjana dari China dan negara ASEAN akan mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat tentang topik utama sidang kemuncak tersebut, iaitu "kerjasama ke arah penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan Integrasi ASEAN". Sidang kemuncak kali ini disempurnakan dengan beberapa jenis aktiviti seperti, mesyuarat meja bulat, seminar dan forum. Ia memfokuskan kepada kerjasama menangani krisis kewangan global dan meneroka peluang perniagaan yang baru.

Tiada ulasan: