21 Oktober 2009

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO : JELAS UMNO BUKAN PARTI ISLAM

Oleh : mohd hafez sabri

Perhimpunan Agung UMNO ke-60 jelas menunjukkan UMNO bukan parti yang ingin membawa Islam. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein menyatakan, Malaysia yang berasal dari Tanah Melayu telah diterajui kebangkitannya oleh ulama’ yang tidak ingin melihat Islam jatuh di tanah air sendiri. Akan tetapi, hari ini, di Perhimpunan Agung UMNO yang menyatakan ingin memartabatkan tanah air, mereka membawa politik dalam negara yang tidak pernah membawa unsur Islam. Di dalam al-Quran, Allah SWT menyatakan

”Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” – Al Baqarah : 208

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam itu wajib diamalkan dari segala aspek kehidupan samada politik, ekonomi, sosial, kewangan, sukan dan lain-lain lagi.

Selain itu, beliau turut mengulas perhimpunan agung UMNO yang disifatkan bersejarah itu, langsung tidak mengandungi unsur dakwah. Dakwah merupakan nadi penggerak yang memastikan keadilan Islam yang tidak mengenal sempadan kaum dan warna kulit terus dilaksanakan di muka bumi ini, di Malaysia khususnya. Sepanjang 52 tahun UMNO memerintah, tidak ada langsung gerak kerja yang signifikan telah dilakukan oleh UMNO untuk menerangkan kebaikan Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Hal ini menyebabkan rakyat tidak langsung tertarik dengan sistem hidup yang telah ditunjukkan oleh Islam bukan kerana mereka tidak mahukan cara hidup Islam, tetapi kerana masyarakat tidak mendapat maklumat yang tepat dari kerajaan di bawah pimpinan UMNO. Katanya lagi, kita boleh melihat bagaimana orang Melayu sehingga kini masih ada lagi yang meminum arak, malah menjadi peneraju syarikat arak. Malah, katanya lagi, meninggalkan solat yang merupakan tiang agama, menjadi perkara biasa bagi anak-anak muda kini. ”Kita di dalam PAS memandang serius soal aqidah umat Islam di negara ini”, katanya.

Menambah mengenai perhimpunan agung UMNO, katanya, mereka jelas sekali tidak menjaga soal tarbiyah. Tarbiyah merupakan tunjang kekuatan jatidiri umat Islam. Ia juga merupakan aspek terpenting dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Kehilangan roh tarbiyah menyebabkan ahli-ahli UMNO tidak dapat merasai kekuatan perjuangan yang sebenar. Perjuangan mereka hanya bersempadankan Malaysia dan kaum Melayu. Mengulas mengenai ucapan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tidak ramai sukarelawan di dalam UMNO, katanya, di dalam PAS, semua orang bekerja secara sukarela. Semuanya bercita-cita untuk syahid demi menegakkan Islam di muka bumi Allah SWT. ”UMNO jadi begitu sebab politik wang dah tepu di dalam UMNO”, beliau menambah mengenai kegagalan UMNO melahirkan ahli yang bekerja secara sukarela.

Perhimpunan agung UMNO yang berlangsung pada tahun ini bukanlah sesuatu yang berjaya buat UMNO. Jelas sekali, transformasi yang ingin dilakukan itu tidak menjanjikan masa depan yang cerah buat Malaysia. ”PAS selaku parti Islam tunggal di Malaysia, jelas sekali merupakan harapan buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan pemerintahan yang jauh lebih beramanah dan adil buat semua tanpa mengira batas kaum dan warna kulit. PAS juga merupakan harapan rakyat untuk terus memperjuangkan Islam agar Islam terus hidup mekar di di muka bumi Malaysia”, katanya lagi mengulas mengenai peranan PAS yang harus dimainkan pada hari ini.

8 ulasan:

Unknown berkata...

UMNO memang BUKAN parti Islam, UMNO itdak pernah sebut ianya sebuah parti Islam. Sama juga macam PAS ianya ada juga memperjuangkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

cikgu dah lupa ke, dah banyak kali pemimpim umno sebut dia parti islam malah terbesar didunia, kalau nak samakan dengan pas ...komen ni tolong tanya anak murid cikgu betul ke pas sama dengan umno......

man dego kg bendera berkata...

Pas menggunakan perkataan islam. Islam sekarang ini dipermain-mainkan oleh baik orang PAS, Umno atau orang bukan islam. Ini semua kerana perkataan islam pada parti.

Tanpa Nama berkata...

salam..

sama tapi tak serupa... sama sebab ahlinya ramai "melayu"... tak serupa sebab, banyak sebabnya...

Tanpa Nama berkata...

majoriti ahli PAS masih lg dgn prangai MELAYU mereka..
tlg la brubah sikap kpd ISLAM, jgn biarkn diri anda melayu brsma MELAYU...

Tanpa Nama berkata...

salam..aku tengok skang ni pemimpin kita suma pandai cakap jer...cakap senangla tapi nak buat..huh haprak...sama je PR or BN...

pas nama je islam...tapi ada beberapa pemimpinnya xmencerminkan islam langsung... Badrul Amin dalam ceramahnya penuh emosi..bapa setan la..penuh emosi..umpana sudah dipengaruhi oleh syaitan dalam ucapannya...statement yang dikeluarkan pun tidak berdasrkan fakta sebenar menyebabkan perkara sebenar disalah tafsir...inikah yang diperjuangkan islam?

tapi BN pun sama...banyak kalo nak diberitahu sini..cuma aku tekankan pas sebab kononya dia akui bawa label islam..

sekarang ini kalo nak pilih pemimpin aku rasa serba salah...faktor penentu adalah yang mana satu paling Kurang teruknya...kerana kedua-duanya pun hampeh...

tapi tak semua pemimpin pas dan bn yang teruk, ada jugak yang bagus..

kesimpulannya...aku sekarang ni..berhati-hati mempercayai sesuatu perkara yang dikatakan oleh ahli politik sama ada dalam tv or internet... kedua-dua mempunyai agenda tersendiri jadi ulasan fakta berat sebelah...dan dulu aku sokong pas tp lepas nie..aku pilih calon yang sesuai bukan partinya demi hanya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi yang adil..

maaf jika luahan ku ini menyingung perasaan sesiapa...adiosz..

Tanpa Nama berkata...

Salam, nasihat saya banyakkan ikut program tarbiyyah yang dibuat oleh PAS, usrah, liqo', dan sebagainya, umno bukan tak bawa islam bahkan menghina islam pun ada tengoklah kenyataan pemimpin2 mereka, tgklah isteri najib orang no 1 dlm bn isteri pn tk pakai tudung mcm mana seorang pemimpin no 1 yang tak taat perintah ALLAH SWT, nak ditaati kita sebagai hamba ALLAH SWT, lihat bagaimana Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji abdul Hadi mendeidik isteri dan keluarga anak2, aurat terjaga akhlak terpelihara, dua pemimpin tertinggi pas ini taat perintah ALLAH SWT, maka kita kena sokong dan bantu perjuangan Pas untuk menang, najib,rais yatim,mahathir isteri tk tutup aurat anak tak terdidik dgn acuan islam memang tak mereka ini kena bertaubat sebelum tiba waktu pintu taubat ditutup....

PeNgEmiS dUniA berkata...

mgkn btul apa yang saudara perkatakan...mungkin PAS juga ada kelemahan2 pemimpin2 nya...kedua parti ada,tetapi kita perlu melihat mana yg lebih banyak kelemahan,mana yg lebih banyak korupsi pabila kita sebagai umat Islam wajib mengambil thu mengenai politik.oleh itu,pilihlah yg lebih byk memperjuangkan Islam.kita sendiri nampak parti mana yg terlalu banyak korupsi,yg mm xlgsg memperjuangkn Islam...jadi pilihla pemimpin yg masih memperjuangkn Islam....tiada org yg sempurna kecuali nabi...kita manusia,pemimpin juga manusia...tidak terlepas dr dosa...mgkn slh silp pasti ada...pasti kalo 24jm silp,itu bkn slp,tu nk msk neraka namanya