21 Oktober 2009

Semuga mendapat haji mabrur : ADUN Titi Serong raikan 84 bakal haji dan hajjah.

Drs. Khalil bertanyakan sesuatu kepada salah orang bakal haji semasa jamuan selepas majlis baca yassin.


PARIT BUNTAR , 19 Okt.:- Saya mendoakan semua jemaah yang akan berangkat dibekalkan dengan sifat sabar dan memperolihi kesempurnaan ibadah haji yang mabrur, demikian antara ucapan ringkas ADUN Titi, Drs. Khalil idham Lim dalam Majlis Bacaan Yassin bagi meraikan keberangkatan 84 orang bakal haji dan hajaah dalam DUN Titi Serong untuk tahun 2009 di Surau Al Irsyaddiah, Taman Kerian di sini.

Beliau juga melahirkan rasa syukurnya kerana sejumlah 84 orang dari penduduk DUN Titi Serong telah terpilih untuk menjadi tetamu Allah dari jumlah keseluruhan 26,000 diseluruh negara.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Isteri ADUN berkenaan, Naib YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Sdr. Azhar Shahrin dan dan Timbalan pengerusi Surau, Ust. Zaizul Chik.

Manakala majlis bacaan Yaasin dikepalai oleh Ust. Ahmad Ismail.


Drs. Khalil memberikan ucapan ringkas sebelum majlis baca yassin.

Antara yang hadir.

Tiada ulasan: