03 Oktober 2009

UMNO/BN DISARAN TINGGALKAN AMALAN RASUAH- PESURUHJAYA PAS PERAK

Oleh : mohd hafez sabri

Ipoh, 1/10/09, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan bahawa rasuah merupakan satu fenomena dalam UMNO/BN yang sukar untuk diubati lagi .Ia satu cerita lama yang belum selesai walaupun siapa yang naik menjadi PM di kalangan mereka.

Tambah beliau lagi gejala rasuah ini semakin parah dan membarah sehingga sukar untuk diubati.Hari ini rasuah bukan hanya membabitkan ratusan ringgit malah jutaan dan ada yang mencecah billion ringgit.

Beliau juga menyatakan bahawa rasuah merupakan satu jenayah terkutuk dan ditegah oleh Islam kerana ia termasuk dalam kaedah memakan harta secara bathil.

Beliau turut menyeru agar seluruh umat Islam beriman dengan Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 188 yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menyeru agar seluruh rakyat memahami dan menyedari bahawa Allah SWT akan menurunkan azabnya kepada umat manusia, dengan ditarik keredhaan, keberkatan, kemajuan, keamanan, kegemilangan Negara serta masyarakat akan dilanda kemusnahan disebabkan pemimpin Negara yang merosakkan Negara denagan amalan rasuah.

Beliau menyatakan lagi “Bagaimana Negara akan maju dan masyarakat akan aman, andainya rasuah bermaharajalela? Bilik sekolah menjadi roboh,jambatan menjadi bengkok,stadium roboh,tempoh 2 tahun menjadi 5 tahun.semuanya tidak mengikut spesipikasi yang ditetapkan kerana rasuah”.”Sebab itu tidak hairanlah bahawa di antara faktor bala Allah SWT ke atas negara kita ialah berlakunya gejala sosial, pembunuhan, pemerasan, dadah, rogol, kenaikan harga barang yang ada kaitannya dengan gejala rasuah yang sedang menyeliputi pemimpin Negara”

Beliau turut mempersoalkan lagi “mampukah UMNO/BN membenteras rasuah sedangkan mereka terkenal pasukan yang bergelomang dengan rasuah?”. “Mampukah perasuah membenteras rasuah sama seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul?”.

Beliau juga turut mencabar agar kerajaan umno/bn segera menaikkan semula imej Negara di mata dunia selepas Malaysia terus merudum dalam indeks persepsi rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah apa yang lebih memalukan, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram,yang mana Israel berada pada kedudukan ke-33, jelas beliau.

4 ulasan:

masuksuku berkata...

Salam yb serta pembaca semua
Pada pendapat saya semua ini tidak akan berlaku..mustahil berlaku..selagi kefahaman islam tidak dihayati sepenuhnya..islam hanya pada nama saja sekarang..lihat saja berita dari media media..halal haram dah tak diambil peduli..jika ada ulama yang bertegas akan di pancung begitu saja..ini daripada dulu lagi dah umno praktikkan..lihat saja wanita yang mengaku islam sanggup berzina dengan lelaki lain..pesalah sebat arak bangga dengan kesnya nak disebat..ibu ibu berlumba lumba untuk anak jadi penyanyi dan pelakon..malah opah opah berlumba untuk masuk tv dengan lagu rayanya..pemimpin bangga dan riak jadi gambar depan semasa hulurkan derma yang dicuri dari hak rakyat..cerita dan drama menunjukkan sikap kurang ajar anak pada ibu bapa..kisah dan scene sembahyang hanya dalam drama orang miskin..orang kaya punya drama tak pernah tunjukkan sedang solat contohnya..semua kerana pegangan ugama yang tiada..hanya pada nama..islam keturunan..kita lihat saja pada sambutan hari raya ini..tak da beza dengan krismas contohnya..macam tahun baru cina saja..sebab apa..hanya kerana pemerintahan sekarang yang mengenepikan islam..pemimpin kaki judi..kaki tonggang..kaki perempuan..duit tak pernah berkat..jadi rasuah menjadi pilihan..kuasa ada..rembat apa saja..makan apa saja..jerung yang tak akan ditangkap..
cakaplah apa saja..rasuah tetap rasuah cuma ALLAH saja yang akan mengubah..jadi satu kali malapetaka besar..mungkin ada menyesal sikit..tapi cuma sekejap je..apa nak dimalukan dengan kejatuhan index rasuah..takda makna untuk pemimpin islam..mereka tahu banyak rakyat yang masih lagi boleh diperbodohkan yang sanggup melindungi mereka dengan sedikit bayaran yang diberikan..
mereka tahu rakyat tidak boleh buat apa apa pun..sebab undang undang mereka punya di dunia ini..
mereka tidak pernah memikirkan nasib generasi akan datang..anak cucu mereka contohnya sebab 7 keturunan pun masih boleh hidup hasil rasuah yang diamalkan sekarang..
pada mereka hukum ALLAH adalah tiada..
pada mereka cuma dunia..
kaut selagi terdaya..curi selagi boleh..

Tanpa Nama berkata...

rasenye dalam gambar tu ada ADUN LINTANG...DATO' AHAMAD PAKEH ADAM...ADUN UMNO TU...CUBA PERHATI BETUL2...

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nak henti rasuah yang bermula dari atas ke bawah, ganti kerajaan baru yang bersih dari rasuah dalam PRU13.

Tanpa Nama berkata...

setiap kali pemilihan dan pilihanraya UMNO mengamalkan rasuah