03 Oktober 2009

Hana jantung berlubang, ketumbuhan perlu dana

Oleh : Zamri keciks

PARIT BUNTAR, 3 Okt. : Hana Faizah Ismail yang berusia tujuh bulan dan menghidap penyakit jantung berlubang serta ketumbuhan di punggung memerlukan bantuan daripada pelbagai pihak untuk mencukupkan dana bagi kos pembedahan yang diperlukan sebanyak RM28,000.

Bapanya, Ismail Shakrani, 44, berkata, selain kos yang belum mencukupi itu, pembedahan pula akan berlangsung mengikut keputusan doktor yang akan memberitahu tarikhnya nanti.

Ismail yang bekerja sebagai nelayan juga terpaksa menanggung dua lagi anaknya yang bersekolah di tingkatan 3 dan Tahun Enam sementara ibunya seorang suri rumah.
Menurutnya, anaknya itu mengalami dua jenis penyakit sekali gus iaitu jantung berlubang dan ketumbuhan sejak lahir serta memerlukan RM28,000 untuk menampung kos pembedahan.

“Setiap bulan saya berulang alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Hospital Taiping (HT) untuk melakukan pemeriksaan serta rawatan Hana Faizah bagi memastikan perkembangannya.

Katanya, Hospital Gleneagles Medikal Centre pula telah mencadangkan tabung hospital itu mengutip derma orang ramai, tetapi belum mencukupi.

“Saya minta semua pihak membantu mencukupkan dana berjumlah RM28,000 bagi membolehkan pembedahan Hana Faizah dilakukan dan dia menjalani kehidupan sempurna seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Orang ramai yang hendak menyalurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 017-443 8201 atau datang ke rumahnya di No 9, Batu 11 Jalan Pantai, Tanjung Piandang, 34250 Perak atau memasukkannya dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08235-29-000036057.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari turut melawat Adik Hana di rumahnya di Tanjung Piandang dan berkata, pihaknya akan melakukan tindakan susulan dengan aduan ibu bapa yang telah membuat permohonan kepada Baitumal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya akan bertanyakan kepada pegawai berkenaan agar dapat mempercepatkan bantuan yang diperlukan ini. Saya simpati dengan penderitaan adik Hana dan berharap orang ramai dapat membantu mereka,” katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,Lets proceed Hana's application to:Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara.Aras 20,Menara Tun Ismail Mohamad Ali,Jalan Raja Laut,50350 Kuala Lumpur. Phone no:03-26165926,Fax no:26943869.Since Hana come from low income family ,insyaALlah she will be given the priority. Nona Ratana Chulaborn.

Pakar Kanak-Kanak berkata...

Salam,
Sebagai seorang bapa kepada anak saya, saya juga ingin menyuarakan rasa simpati saya terhadap nasib Hana ini.
Tidak dapat dibayangkan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapanya semata-mata hanya untuk melihat anaknya sembuh.
Saya doakan agar Hana sembuh dan dapat menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain...Amin.