TELUK KEMANG, 1 Okt: Naib Presiden PKR, Azmin Ali menyifatkan pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Umno ibarat mengitar semula surat khabar yang sudah lama.
Isa yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua katanya, telah pun diketepikan oleh Umno sendiri pada pemilihan agung lalu akibat rasuah yang telah dibuktikan sendiri mereka.
"Mereka (BN) mencalonkan surat khabar lama untuk dikitar semula yang terbukti sebagai perasuah dan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa," ujarnya ketika berucap pada malam pengumuman calon PAS Selasa lalu.
Tindakan BN mencalonkan Isa juga katanya cubaan menghina dan memperbodohkan pengundi Bagan Pinang.
Namun beliau yakin pengundi tidak akan tertipu dan tidak akan menggadaikan maruah mereka memilih seorang yang terbukti terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa tersebut.
"Yang rasuah adalah Umno. Siapa yang tuduh, bukan PAS, bukan DAP bukan keADILan, yang tuduh adalah Umno, yang jatuhkan hukuman, Umno, yang pilih calon rasuah juga adalah Umno."
ImageUjarnya lagi, sikap Umno BN memelih calon sedemikian bukan perkara baru. Ianya adalah sebagai sikap muafakat dan tolong menolong Umno yang telah diamal sekian lama.
"Inilah satu sikap yang sejak dulu ada dalam Umno. Tolong menolong demi kepentingan politik, aku tutup kes kau, kau tutup kes aku," katanya.
Namun katanya, orang paling bersedih dengan pemilihan Isa tentunya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Vateran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah.
Ini kerana kedua dua tokoh berkenaan antara yang lantang menetang pencalonan seseorang seperti Isa yang boleh dipertikai integritinya.
Tun dan Ku Li juga sebelum ini menasihatkan Umno BN memilih calon yang lain supaya parti mereka tidak terbeban dengan rekod buruk Isa.
"Tentunya orang paling bersedih dengan pemilihan Isa adalah Dr. Mahathir dan Tengku Razaliegh, nasihat mereka telah dibakul sampahkan," katanya.
Pakatan Rakyat meletakkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang 11 Oktober ini.
HarakahDaily.Net/-

4 ulasan:
jilat ludah sendiri........tadak pendirian......muka tak malu........guna semula brg busuk
SALAMYB DAN PEMBACA
Nampak sangat sebenarnya orang orang umno ni tak cerdik..dunggu..atau bodoh macam lembu gila..si tua che det dan tungku zali pun tak sedar sedar lagi ke depa jadi macam tunggul kayu..yang tak di dengar cakap cuma layak jadi kambing hitam je..
tapi percaya lah masih ramai lagi yang tak cerdik dulu,kini dan selamanya yang tetap memangkah BEE END untuk menerajui mereka...mungkin dapat le 50 ringgit dan kain sehelai atau bonus satu beg beras murah..untuk mengadai maruah selama lima tahun lagi..yang mana si isa boleh mengumpul wang paling kurang 500 juta lagi untuk dia dan keturunannya...
seronok le engkau isa..jap lagi dapat TUN ya..
salam,
surat kaba lama ok lagi...
kalu air kumbahan di kitar semula untuk diberi minum kepada penduduk mcm kat singapura tu cne, agak2 diorang nak minum tak.
mcm kat singapura, air kumbahan di tapis tapis... nampak jernih bersih mcm suci...mcm halalan toyyiba
lepas tu beri minum pada orang, ...tup tup dia minum kenyang... cakap kat dia.. air yg awak minum tadi.. air kumbahan yang dah di tapis...kami gerenti tapis banyak tapisan dah... agak2 dia rasa cne agaknya... eii termuntah tak..
Isa ibarat ISA, rakyat mahu mansuhkan ISA
Catat Ulasan