23 Oktober 2009

Gigit polis: Tian Chua hadapi hukuman penjara 6 bulan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret kerana mencederakan penjawat awam dalam satu operasi polis, dua tahun lalu.

Majistret Mohd Faizi Che Abu memutuskan beliau dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3,000.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman tersebut ditangguhkan bagi memberi peluang kepada beliau memfailkan rayuan. Demikian satu berita seperti dilapor oleh Mstar.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diberikan masa selama 14 untuk berbuat demikian.

Tian Chua, atau nama sebenarnya Tian Chua Chang, 46, didakwa mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar ketika beliau sedang menjalankan tugasnya pada satu perhimpunan haram di Parlimen, 11 Disember 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

4 ulasan:

member pencen keramat berkata...

YB tak payah gusar masa aa banyak lagi untuk membuat rayuwan kita lawan biar dia habis penghujung jalan. LAWAN TETAP LAWAN

budak pencen berkata...

yang polis pukul Tian Chua masa perhimpunan aman sampai berdarah2 tu macam mana?gigit sikit
pun kena jel,mana aci.

Tanpa Nama berkata...

tu baru gigit...
yg sprm bunuh org tu takde apa tindakan pon...
kerajaan yg zalim biasanya Allah laknat...
tak guna buat amal ibadat jika Allah tak terima..

Tanpa Nama berkata...

biasanya orang yang jahat ni lambat mampus!!