Email : safarizal saleh
Kenyataan Media (20 Oktober 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyifatkan kenyataan amaran daripada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia berkaitan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 28 Oktober ini nanti memberikan gambaran buruk kejadian yang akan berlaku dan memungkinkan perkara lagi buruk di hadapi oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR).
DPPN Pk merasa bimbang persidangan tersebut akan mengancam keselamatan ADUN PR sepertimana yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu. Polis yang sepatutnya menjaga dan melindungi ADUN, telah dilihat bertindak sebaliknya seperti sidang 7 Mei yang lalu malah mencederakan ADUN dan juga mereka telah bersekongkol mengangkat Speaker dan mengurungnya.
Oleh yang demikian, DPPN Pk akan memohon perkenan untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak bagi memohon supaya kemelut yang akan berlaku pada 28 Oktober ini akan dapat diselesaikan mengikut lunas Undang-Undang dan juga kehormatan demokrasi di negeri Perak agar dapat dipulihkan kembali setelah suasana yang berlaku selepas rampasan kuasa awal Februari lalu.
Apa yang penting sekarang ini adalah keutamaan rakyat di dahulukan iaitu hak rakyat dalam menentukan siapakah yang telah di berikan mandat untuk terus memerintah kerajaan negeri ini. DPPN Pk yakin Paduka Seri Sultan Perak akan memberikan perkenan untuk DPPN Pk merafak sembah mengadap kelak.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan