Email : Safarizal saleh
Kenyataan Media (22 Oktober 2009)
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan kenyataan Datuk G. Ganesan yang mendakwa beliau adalah ‘Speaker’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah dengan tidak memahami Perintah-Perintah Tetap DUN Perak itu sendiri tentang pemegang jawatan Speaker malah cuba membohongi rakyat Perak khasnya.
DPPN Pk meminta supaya Ganesan seorang yang dipertanggungjawabkan mencemar dan merosakkan imej DUN Perak mesti diambil tindakan segera oleh Polis kerana Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan oleh V. Sivakumar telah menjatuhkan hukuman terhadap beliau. Dan Polis adalah bertanggungjawab melaksanakan keputusan tersebut apabila telah diterima oleh sidang DUN.
DPPN Pk kesal jika Polis hanya menerima laporan daripada Ganesan yang bukan melalui keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak terus mengambil tindakan adalah amat malang bagi DUN Perak jika perkara ini berlaku. Malah tindakan tersebut bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak itu sendiri.
Persoalan yang rakyat perlu tahu, bagi seorang Speaker yang akan mempengerusikan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak boleh memanggil mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didapati melanggar peraturan-peraturan berkaitan DUN akan dihadapkan ke jawatankuasa ini. Apa yang menghairankan kita kenapa Ganesan hanya membuat laporan Polis sebanyak 3 kali semata-mata. Kenapa beliau yang mendakwa sebagai seorang ‘Speaker’ yang sah tidak mengambil tindakan mengikut peruntukan yang ada.
Oleh yang demikian, DPPN Pk yang masih menunggu perkenan untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak akan juga memperjelaskan isu Speaker ini dan meminta supaya rakyat menilai sendiri kejadian yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

5 ulasan:
dah la dilantik jd speker x sah ngn aksi2 kartun dlm dun aritue,pastue nk mengaku diri dia speker lak ngn muke x malu,ingt rakyat bodo ke ganesen,hampeh punye bn..
dalam media perdana ganesan n d geng berhujah dan berpegang dengan keputusan mahkamah yg mengatakan bhw beliaulah merupakan speaker yg sah, sementara pihak pakatan pulak berhujah dan berpegang dengan undang2 tubuh kerajaan negeri..yang polis pulak nmpak mcm senget sebelah..pihak istana pulak x respon apa pun...bukan tiga lawan satu ko ni?eh..poning kopalo eden...
Sekarang kita tidak perlu pertikaikan sangat pada apa yang sedang berlaku.
Sebenarnya kita perlu perbaiki dan kemas kan kedudukan hal ehwal dalam Pakatan Rakyat.
PRU13 semakin hampir tiba, kita mesti faham bagai mana kedudukan PR sekarang. Bagan Pinang dan Manik Urai telah memberi isyarat lampu kuning amaran kepada PR supaya berhati. Jangan tunggu nanti sampai lampu merah!
"Mari Pakat Gi Jale"
TIANJIN-BIEJING 6D5N
HARGA DARI RM360.00
betulkah tu al quds. gua interestedlah.
Mahkamah Kangaroo Malaysia tetap akan mengatakan yang Ganesan itu adalah SPEAKER yang SAH>>>TAK BERMORAL MACAM NAJIS dan ZAMMAMAK
Catat Ulasan