03 Oktober 2009

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my

Email : Nik Noor Azman Ghazali

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.



--------------------------------------------------------------------------------

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,CAP adalah sebuah NGOs yg terbukti cemerlang khidmat masyarakat nya.Pengguna yg bijak pasti mengambil iktibar dr hasil kajian yg dibuat.Terima kasih kerna berkongsi maklumat. Nona Ratana Chulaborn.

masuksuku berkata...

Salam yb dan pembaca
Bolehke tolong beri sedikit info bagaimana nak mengatasi perkara tersebut .Dengar pun takut dan risau tapi dah suka sangat camno..Kalau ada yang boleh mencadangkan bagaimana nak mengurangkan atau membebaskan sotong tersebut daripada menjadi terlalu mudarat ..atau membahayakan..sila lah kongsi sama.Thanks.

Tanpa Nama berkata...

saya cuma nak tau...bagaimana kadmium ini boleh berada dalam sotong kering? Adakah dari proses pengeringan di kilang pemprosesan? Atau kadmium itu adalah dari sotong itu sendiri?

Yang ini terkeluar sikit dari topik kadmium, tetapi masih juga berkenaan. Kebanyakkan negara telah mengharamkan penjualan racun serangga (terutama anai-anai)jenis chlopyrifos. Kenapakah ia masih berleluasa di M'sia? Dan ada juga yang menggunanya untuk disembur pada makanan dan sayuran.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya banyak alat solek yang ada dipasaran juga memberi kesan yang sama

siti abdul berkata...

Salam untuk semua,
Pada pandangan saya, caranya sangat mudah tetapi memerlukan pengorbanan yang besar kerana ia melibatkan selera dan kebiasaan kita.

Caranya:

1. tinggalkan amalan memakan makanan yang subhat dan merbahaya.

2.beralih ke makanan yang suci lagi bersih yang semakin banyak sekarang ini. Contoh: kesemua produk HPA dan Rangkaian Kedai Halalan Toyiba.

Tuan-tuan dan puan-puan,
pengalaman saya dan rakan-rakan membuktikan sekiranya anda mengambil makanan HPA selera kita tidak ingin lagi ke makanan yang syubhah. Alhamdulillah dan InshaAllah.

WaAllahhualam.