LUMUT : Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap mendapat sambutan lebih 2,000 orang Pemuda PAS, PKR dan DAP walaupun mendapat kawalan ketat dan halangan yang melampau oleh pihak Polis pagi tadi-demikian jelas Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ustaz Akmal Kamaruddin ketika ditemui selepas majlis perasmian yang bersejarah itu.
Jelasnya lagi lebih separuh rombongan pemuda yang datang dari seluruh pelusuk negeri Perak terpaksa berpatah balik akibat sekatan Polis itu. Malah terdapat bas muslimat dari Bagan Serai yang tidak sampai ke tempat program, jelas beliau.
Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak itu telah disempurnakan oleh Ds. Nizar Jamaluddin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak,Ust. Abu Bakar Hussain, Pengerusi DAP Perak,Dato' Ngeh Khoo Ham, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,Ust. Azman Shapawi dan semua Pemimpin Tertinggi Pemuda PAS, DAP dan PKR Negeri Perak.
"Rencana awal himpunan diadakan disebuah padang, setelah itu dipindah kesebuah tokong di Lumut dan terakhir diadakan di Markaz bt.8 Lekir kerana mendapat halangan dari Polis.
Ust. Akmal juga melahirkan kekesalannya kerana pada 12hb Okt lalu Pemuda Umno melakukan konvoi dan perhimpunan tetapi tidak diganggu oleh polis malah dikawal pula, ini sikap double standard yang tidak sepatutnya dilakukan oleh polis." Jelas beliau dengan nada kesal.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak dihalang, diperkirakan lebih 5,000 pemuda akan hadir.

4 ulasan:
sambutan rakyat terhadap pakatan rakyat alhamdulillah sangat kuat diperak, tingkatkan usaha dan program sebegini
menunjukkan program mendapat sambutan rakyat, tahniah.
UMNO nak berubah tapi sayap-sayap UMNO mcm Polis Raja Di Malaysia nie tak nak berubah camna rakyat nak sokong hangpa..rakyat bukan bodo la..
semoga tuhan tahu apa yg kita laksanakan
Catat Ulasan