Ahmad Baei Jaafar
Setelah orang ramai dan warga Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut di Pasir Mas, Kelantan gempar dengan kejadian 'sejadah berdiri' di surau sekolah berkenaan, berlaku pula kejadian yang serupa di Surau Al-Rahmaniah di Kampung Teluk Yan, Kedah.
Sebelum itu, dilaporkan di beberapa tempat termasuk di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berlaku di surau sekolah berkenaan. Sebanyak 35 helai sejadah dilihat berdiri mengikut saf iaitu 15 helai di ruang solat lelaki dan 19 helai di ruang solat wanita dengan sehelai daripadanya berada di bahagian hadapan seolah-olah mengimamkan solat.
Mengulas kejadian itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu diberi perhatian kerana terdapat beberapa dakwaan yang serupa sebelum ini terbukti tidak benar.
Beliau berkata, paling dibimbangi umat Islam yang termasuk dalam golongan taksub akan mudah percaya dengan kisah-kisah seperti itu.
Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom mahu semua pihak tidak menjadikan isu sejadah berdiri diperbesar-besarkan kerana hakikat kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini.
Pada masa yang sama Mufti Negeri Perak, Dato’ Seri Harussani Zakarian menyatakan kejadian sejadah berdiri itu adalah mustahil. Maka umat Islam diminta tidak mempercayainya.
Tiga kejadian ini membuatkan tiga tokoh di atas tidak selesa lalu cuba menafikan kemungkinan keajaiban Allah. Mereka risau dengan kejadian itu masyarakat Islam negara ini akan sesat mempercayai tahyul dan khurafat.
DUA daripada tiga 'sejadah berdiri' di surau Al-Rahmaniah ketika penduduk kampung datang untuk menunaikan solat Asar di Kampung Teluk Yan, Alor Setar, semalam.
Saya hairan mengapa tiga tokoh di atas berfikiran begitu, berfikir negatif tentang umat Islam di negara ini. Mengapa mereka tidak yakin dengan keimanan umat Islam selama ini. Adakah setelah 50 lebih merdeka, iman umat Islam masih rendah dan lemah? Mengapa ulama tidak benar-benar mendidik mereka selama ini?
Sepatutnya peristiwa ini memberi peluang kepada tiga tokoh di atas dan ulama segera bangun dengan kuasa yang ada untuk mendidik umat Islam ke arah mempercayai kekuasaan dan keajaiban Allah. Apa yang berlaku itu tidak perlu dinafikan kerana tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Bukankah lebih baik kita ingatkan umat Islam agar segera ingat Allah, menunaikan solat dan perintah Allah yang lain. Mereka harus diingatkan bahawa kejadian itu sebagai sindiran Allah kepada umat Islam yang cuai tentang solat.
Saya percaya kalau isu ini dibesar-besarkan dan dapat menjelaskan mesejnya kepada masyarakat kita, setidak-tidaknya dapat menginsafkan mereka yang cuai. Manakala mereka yang sudah kuat ibadah, akan terus meningkatkan ibadah.
Namun semua itu tidak berlaku kerana fikiran tokoh agama negara ini telah diselaputi bayangan negatif, takut taasuf, khurafat dan sebagainya. Padahal umat Islam tidak akan berasa kagum dengan sejadah itu hanya kerana sejadah itu berdiri. Umat Islam juga tidak sujud kepada sejadah itu kerananya. Bahkan mereka tidak akan berfikir semua itu sebagai mainan ahli sihir mahu pun mainan budak-budak nakal.
Jadi, kenapa difikirkan mereka akan melakukan kerja syirik sedangkan rata-rata umat Islam kini tahu dosa syirik. Kerana difikirkan orang yang melihat kejadian itu akan rasa takut, lalu mereka akan memenuhi surau dan masjid dan pada masa yang sama tidak buat kerja harian?
Selagi tokoh agama kita berfikir sesempit itu, selama itulah umat Islam kita akan mundur.

12 ulasan:
mufti kelantan pun cakap ni perkara khurafat.
jangan la mengkartunkan agama
1. Kenapa ada orang suka cipta virus komputer tanpa dapat imbuhan duit?
2. Kenapa ada orang hacked (godam) website?
3. Kenapa ada orang sambut April Fool?
4. Kenapa ada gambar super imposed Siti berbogel?
Takda faedah dan tak boleh buat duit pun.
Tapi ada orang suka buat sejadah berdiri dan tengok ramai orang dan wartawan datang ambil gambar. Dan dia boleh gelak kuat-kuat.
Orang Melayu ni cukup suka buat kerja pelik dan ramai orang MELAYU yang suka percaya benda pelik-pelik. Zaman ni ramai orang suka menipu.
Takkan lah banyak sangat kes ni berjangkit-jangkit. Kalau satu kes je mungkinlah. Ini macam nak promote kampung dia je.
Orang Kuantan
jgn salah faham...benda ini kita x tahu...mungkin petunjuk mungkin dibuat2...jadi mufti2 mengatakan boleh khurafat sebab takut segelintir masyarakat yg sempit pengetahuan agama islam percaya sejadah tu ada kuasa pula...
ulama2 tu takut kemungkinannya ada atau Harusanasini ada yg menyembah sejadah lak kut.kalau mcm tu permikiran Ulama2 tersebut sama taraf dgn Rasul Melayu dan AYAH PIN.
Walau sejadah terbang sekalipun,sebagai org islam kita tak perlu terkesan.Yg penting,kita perlu taat perintah Allah,ikut cara NABI saw.
Nanti masa al-dajjal mai,dia trick sikit,semua org pakat terpegun dan ikut dia..kita org islam tak perlu terkesan dgn benda2 mcm tu.Kita perlu fikir bagaimana kita,anak isteri kita,mak bapak,adik beradik kita dan seluruh umat manusia dapat selamat dari azab Allah swt di akhirat kelak dan masuk syurga Allah swt.Walaupun hidup atas dunia,fikiran kita kena advance sikit lah..maksud advance,bukan fikir mcmana kita nak dapat pangkat kedudukan dan kuasa..tapi fikir tentang akhirat.Dalam keadaan sekarang mungkar teran-terangan berluluasa,kita org islam kena bersatu fikir bagaimana kerja2 amal ma'ruf dapat dijalankan.Seluruh umat islam perlu disatukan,bukan sekadar di malaysia sahaja,bahkan diseluruh dunia am nya.
yang pastinya setiap yang berlaku ada hikmahnya..dan kita sebagai hambaNya patuh dan dan taat KepadaNya.
kenapalah anda semua mudah melatah bila perkara ini terjadi..banyak lagi perkara yang perlu difikirkan...terutamanya untuk membaiki ummah yang terus longlai..mudah sangatkah anda percaya perkara sebegini tapa dalil & nas yg kukuh,ingatlah..banyak lagi kewajipan yang perlu kita penuhi dengan perkara sebegini..penuhilah iman dengan jihad di dalam diri sendiri..sama-sama kita berusaha membaiki diri ke arah orang berilmu..amin
apa yang paling penting tanya imam atau ustaz mahupun tok siak yang jaga tempat solat tersebut..
dapatkan berita soheh dulu yakni siasat, jangan terus2 kata kurafat macam menghukum org kata bidaah sana sini, kalau benda itu benar maka insaflah kalau tidak, kita minta jauh.. lagipun sekadar percaya tidaklah merosakkan akidah kot..
diakhir zaman ni macam2 ada ...petunjuk dari Allah
Salam,
Allah boleh buat apa saja..
bagi pendapat saya, apa saja yang berlaku..
Kita sentiasa ingat bahawa Allah Maha Berkuasa..
Dia sentiasa ingin kita ingat PadaNya.
Apa pelik dengan sejadah berdiri... Al Quran lagi pelik.. Macam2 ilmu ada dalamnya.. yang relevan sampai bila2 hingga kiamat.. dan setelah beribu tahun masih di kaji sampai sekarang.
PAS pula lebih kurang sama dengan UMNO. PAS sentiasa menganggap orang Terengganu kebanyakannya bodoh. Sebab itu dari zaman dahulu kala PAS tak menang di Terengganu selain dari PRU 1999.
1. Semasa menang PRU 1999, kebanyakan pemimpin dan ahli PAS menganggap ianya menang disebabkan kekuatan PAS. Mereka salah. Mereka selalu duduk dalam bayangan dan tidak berpijak di bumi yang nyata sesuai dengan lambang bulan.
2. Kewujudan pemimpin yang jumud seperti Harun Taib, Hj Hadi dan Mustafa Ali memburukkan suasana bila PAS memerintah Terengganu pada 1999. PAS memerintah Terengganu seperti kera dapa bunga. Pemimpin seperti Harun Taib hanyalah sesuai di zaman Kerajaan Sultan Melaka dulu bukan di zaman moden ini. Adakah TADIKA Kemas diharamkan satu idea yang bagus? Orang Terengganu akan terus mengenang peristiwa ini sebagai titik hitam pemerintahan PAS. Pemimpin yang bangang seperti Harun Taib, Hj Hadi dan Mustafa Ali ini sepatutnya tidak muncul di persada negara sekarang.
3. Sebab itu PAS kalah teruk pada 2004 di Terengganu. PAS tersilap percatoran dan menganggap orang Terengganu masih lagi bodoh, manakala UMNO pula telah sedar dari tidur mereka selama ini.
4. Bila PAS menang besar pada PRU12 bersama PKR dan DAP, penyokong mereka terus saja taksub dan gah. Kalau penyokong PAS adalah golongan yang rasional.. Mereka sepatutnya boleh menilai..mampukah PAS menang dengan sokongan penyokong mereka?
5. Jawapannya adalah TIDAK sama sekali. PAS menang dikebanyakan kerusi mereka, kerana RAKYAT bencikan UMNO. Kerana negara dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang IQ nya tak sampai 50. Rakyat malu mempunyai PM seperti itu. Orang China pula tak puas hati bukan pasal mereka tak dapat banyak..tapi mereka berhasrat untuk dapat lagi banyak..sebab itu mereka mengundi selain dari BN.
6. Malangnya Pemimpin dan penyokong PAS yang hidup di bulan dan bukan di bumi terus beranggapan bahawa kemenangan mereka adalah kerana sokongan rakyat! KESIAN..
7. Bila Najib jadi PM dengan Gagasan 1Malaysia, orang Cina dan India mula menghampiri BN semula disebabkan PM kesayangan mereka tu dah bagi macam2 untuk 1Malaysia dengan mengorbankan banyak hak orang Melayu.
8. 1Malaysia hanya boleh dicapai apabila semua kaum berkorban. Kenapa semua benda mesti 1Malaysia sedangkan dalam bidang PENDIDIKAN masih 3MALAYSIA? Kenapa mesti ada ada SRJK China dan SRJK Tamil dalam 1Malaysia? Kenapa tidak ada 1Malaysia dan 1Aliran Pelajaran iaitu Bahasa Malaysia.
9. Soal ini lah yang pemimpin PAS perlu lihat. Tak usah dibuai mimpi yang PAS akan menang PRU13. Cuba lihat balik..Adakah PAS sepatutnya menang di kawasan2 di Selangor, Perak dan Kedah dengan kekuatan sendiri? NO WAY!
10. Sekiranya PAS nak remain VALID, GET RID OF THOSE LIKE HASAN ALI< HJ HADI< NASA< SETOPA< Harun Taib. Sejarah Dato' Asri akan berulang kembali. Percayalah!
Catat Ulasan