24 Oktober 2009

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah

IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin. Harakahdaily/-

9 ulasan:

masuksuku berkata...

salam yb
apa nak di hairankan sebab semua ini dirancang..sebab mereka memiliki semua agensi dan jabatan..semua kepunyaan mereka dan boleh berbuat apa saja untuk mereka..
apa kata rakyat ..dunia..semua mereka tak peduli..
rakyat tempat 1malaysia dilancarkan terus di perbodohkan selagi boleh..hingga sultan pun mereka buat yang sama..
ini semua politik yang amat kotor yang tidak langsung memikirkan tentang ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN MELIHAT SEGALA YANG TERJADI.
nampak gaya badan kehakiman juga di perkotak katikkan..
apa lagi rakyat yang tiada kuasa..yang terus diperbudak budak kan dari dulu,kini dan selamanya

yop58 berkata...

Nampak sangat ini semua sandiwara Bee End

Tanpa Nama berkata...

Bagi ahli PAS itulah perancangan UMNO/BN dan ALLAH SWT membenarkan ianya terjadi dan sesuatu yang mereka lupa ialah Allah juga ada menjanjikan hikmah yang sangat besar kepada PAS yg tidak diketahui oleh sesiapa pun.

Kepada Zambry dan UMNO/BN serta konco2nya... makanlah segala duit komisyen balak dan duit haram itu sehingga ke anak cucu cicit.Kaya di Dunia hanya sementara.Kalau kuat pun makan nasi 2 pinggan dan roti canai 2 keping je.. minum segelas milo ais... tak lebih dari itu...

Submarine berkata...

Salam YB ,

Nak tanya sikit, Saudara Imran nie tak boleh didakwa atas kesalahan menghina mahkamah ker sebab tidak bercakap benar seperti mana yg mereka bersumpah sebelum memberikan keterangan. tolong check dengan lawyer.

semuanyer nak menyusahkan mahkamah dan menghabiskan masa dan wang saja.

Tanpa Nama berkata...

sudah dijangka cempedak dan nangka, sama-sama membawa getah.

Tanpa Nama berkata...

rasuah budaya UMNO dan sekutunya, umpama iblis dan syaitan.

INSPIRASI RAWATAN KOMPUTER berkata...

Rasanya sudah lama penulis tidak menulis dalam isu politik, bukan malas tetapi kerana kesuntukan masa dan sibuk dengan urusan seharian, lagipun peluang jarang diberikan oleh Inspirasi Team, mungkin juga mereka ingat penulis sudah pencen seperti berlaku pada Tranungkite atau TKO yang masih lagi KO hingga kini.

Kembali pada tajuk artikel ini, menarik untuk kita perkatakan tentang isu Mohd Imran Abdullah dahulu, bagi yang tertanya-tanya siapa dia ini, Imran Abdullah ialah saksi penting dari SPRM dalam kes lompat parti dua Adun PKR dari Perak..

Apa yang menarik tentang manusia bernama Mohd Imran ini? Pertamanya manusia inilah yang menimbulkan huruhara di Perak dengan menuduh kedua-dua Adun berkenaan menerima rasuah.. Untuk mendasatkan lagi tuduhannya dibekalkan pula dengan segala bukti bergambar sehingga akhirnya perlu dibawa ke Mahkamah kerana menurut SPRM memang ada kes!!

Tuduhan yang dibuat oleh manusia ini pada 14 Ogos 2008 sebernarnya ini tidak berhenti setakat itu sahaja, tuduhan manusia ini juga menyebabkan sebuah kerajaan negeri Pimpinan Pakatan Rakyat jatuh tersembab ke bumi hingga tidak mampu bangkit hingga kini. Apabila kerajaan negeri dijatuhkan maka berlakulah perkara-perkara yang kita anggap janggal dan memalukan berlaku di Perak yang melibatkan tercetusnya kecelaruan dan tunggang-langgangnya undang-undang, bukan hanya pada peringkat negeri hingga ke Persekutuan. Hebatkan manusia bernama Mohd Imran bin Abdullah ini !!

TETAPI dalam Mahkamah Sesyen Ipoh kelmarin beliau dengan selamba melakukan satu lawak paling dasat seperti betapa dasatnya yang dilakukan oleh beliau kepada negeri kelahiran penulis Perak..BELIAU MENUKAR PENGAKUAN BAHAWA KEDUA-DUA ADUN YANG DITUDUH DADULU TIDAK MENERIMA APA-APA RASUAH..Mudah bukan kerja beliau!!

Tapi penulis tidak pelik kepada manusia ini..penulis lebih PELIK kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang di Perak khususnya yang sehingga ke saat ini tidak mengambil apa-apa tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh manusia ini..Mungkin juga kerana mereka lebih arif tentang undang-undang,sedangkan penulis tidak!!

Tetapi bila memikirkan kesan dari tindakan manusia ini,sepatutnya kita boleh mengambil tindakan kerana MEMBERI KETERANGAN PALSU..kemungkinan dari segi undang-undang tidak boleh..tetapi jika ikut logik akal penulis isunya begini..

-Semua orang tahu jika kita memberi satu keterangan palsu boleh didakwa terutamanya dakwaan kita itu diserahkan pada badan-badan pengamal undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam dan lainnya..

Itu saja pada pandangan penulis yang buta undeng-undeng ini.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya sultan perak macam tak tahu undang2 langsung ni. Tolonglah Tuanku campur tangan sikit bagi menyelesaikan masalah ini. Takkan Tuanku suka melihat hamba rakyat tak tentu hala.

Tanpa Nama berkata...

banyak nya pakar pakar didalam neraka!!!!peguam yang paling ramai di dalam neraka pemimpin b.n paling ramai. kesalahan nya sikit saja. kerana membiarkan istri istri mendedahkan aurat. sampai tua tak tutup aurat. sebab buta hati.tak belajar ugama sampai tua!! cuba kita lihat.istri2 pak menteri.sampai tua pun tak tutup aurat.kesian dia!!!!!!!!