03 November 2009

Jawatankuasa Ad Hoc Siasatan Tragedi Kuala Dipang - V.Sivakumar

Email : vital vtc

Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 1 November 2009

Tragedi Kuala Dipang telah meragut nyawa 3 kanak-kanak sekolah yang tidak berdosa. Kanak-kanak ini menghadiri ‘Kem 1Malaysia’ yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Sejumlah 298 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam program ini. Program ‘Kem 1Malaysia’ di Kuala Dipang dihentikan setelah berlakunya insiden keruntuhan jambatan tali yang amat menyedihkan pada malam 26 Oktober 2009. Ia tidak boleh dipandang ringan dan perlu penyiasatan yang teliti. Perkara seperti ini tidak boleh berulang di masa-masa akan datang. Oleh itu, ia sewajarnya diberi perhatian yang serius oleh semua pihak yang terlibat.

Pakatan Rakyat telah menubuhkan satu Jawatankuasa Ad Hoc untuk meneliti dan mengkaji secara terperinci berkaitan dengan insiden Kuala Didang. Penyiasatan akan dibuat dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi punca kejadian tersebut. Selepas kajian, satu laporan akan dibuat dan diserahkan kepada Menteri Pelajaran dan pihak-pihak tertentu yang akan ditetapkan kemudian.

Kami akan berunding dengan pakar-pakar tertentu untuk mendapatkan pandangan ikthisas mereka berkaitan keruntuhan jambatan tersebut. Laporan progres akan dibuat melalui media dari masa ke semasa. Dijangka Laporan Jawatan Kuasa Ad Hoc diselesaikan dalam tempoh 2 minggu iaitu pada 15 November 2009. Kerja-kerja penyiasatan akan dimulakan dengan serta-merta. Maklumat asas berkaitan dengan insiden ini sudah pun kita perolehi.

Saya bersama-sama denga YB Thomas Su, YB Chang Lih Kang, YB Keshvinder Singh dan YB Chan Ming Kai berada di tempat kejadian tersebut pada malam itu.

Adalah tidak wajar untuk Kementerian Pelajaran untuk membuat siasatan ini kerana ia adalah pihak yang berkepentingan dan mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan. Oleh itu, satu laporan pihak ketiga adalah perlu untuk memastikan keadilan untuk ketiga-tiga mangsa yang terlibat dan keluarga mereka.

Jawatankuasa Ad Hoc ini akan diketuai oleh V.Sivakumar . Anggota-anggota lain ialahYB Chang Lih Kang, mewakili ADUN Teja, mewakili PKR, YB Thomas Su, ADUN Pasir Pinji, mewakili DAP, YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang mewakili PAS. Keahlian jawatankuasa akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan.

V.Sivakumar

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YB,
Tindakan ini adalah betul dan sejajar dgn tanggungjawap sebagai wakil kerajaan negeri yg sah.
Pastikan ADUN PR sepuloh langkah didepan dgn melakukan perkara yg betul dlm setiap segala aspek pemerintahan demi menjaga kebajikan rakyat Perak.

dan Syabas

hamidcrest berkata...

wa respek tabik spring sama pakatan rakyat, kerana anda masih lagi pemerintah yg sah memerintah Perak Darul Ridzuan. Zambri dan kabinet KUDETA UMNO adalah kerajaan HARAM, tak ader pengiktirafan dari rakyat bahkan tak ikut undang-undang pun. Tahniah buat Tuan Speaker YB Sivakumar, Ganeson boleh belah...