15 Disember 2009

Rampasan kuasa "ibu segala maksiat" di Perak.

Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Perak sentiasa mengharapkan krisis di negeri itu dapat diselesaikan dengan segera. Pertikaian yang berlarutan oleh pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sesuatu yang memang merugikan. Kerana itu apa pun saluran yang digunakan adalah tidak seefektif sebagai saranan dari banyak pihak supaya pembubaran DUN dilakukan demi mengembalikan situasi politik yang lebih aman dan tenteram di Perak.

Menurut satu laporan dari BERNAMA tentang lawatan Menteri Besar Kudeta Perak ke Eropah dan AS , Kelmarin Dr Zambry Abdul Kadir dikatakan menyatakan harapannya supaya semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.

Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.

Semuga sekembalinya beliau dari Eropah dan AS, dia akan memberi laluan kepada penyelesaian krisis yang sekiann lama tertangguh, samada di Dewan dan Mahkamah. Dr. Zambry mestilah menunjukkan tindakan yang sebenar setelah mengeluarkan ucapannya seperti diatas.

Perlu diingat bahawa dakwaan beliau mengenai usaha berterusan menimbulkan isu yang sama berulang kali adalah berpunca dari UMNO/BN itu sendiri. Contohnya dalan isu "Melayu" siapakah yang sengaja menimbulkan onar dan fitnah kepada pemimpin Pakatran Rakyat dengan harapan untuk meraih sokongan rakyat.

UMNOlah yang mengulang-ulang berkali-kali sesuatu isu dan rekod ini adalah sesuatu yang telah umum diketahui oleh rakyat Malaysia.

Sesungguhnya dalam krisis perlembagaan yang belaku di Perak, sebetulnya ianya tidak akan berakhir dengan berlakunya pilihanraya kembali dengan dibubarkan DUN Perak. Tindakan BN yang melakukan kudeta adalah "ibu segala maksiat" yang berlaku di Perak.

Jadi siapakah yang bersalah di Perak. Tidak lain BN dan UMNOlah yang bersalah sehingga timbulnya situasi yang tidak menetu di Perak dan rakyatnya menjadi mangsa.

Malah kekecohan demi kekecohan yang berlaku di Perak adalah hasil dari arahan melampau kepada pihak keselamatan untuk menghalang rakyat berhimpun secara aman dan yang terlebih malang menghalang ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk menghadiri sidang dan untuk mengadakan sidang.

Benarkan ucap seorang rakan apabila dia mengatakan sesuatu yang ada kelebihan kepada UMNO ialah mengaku sesuatu yang dia tidak lakukankan . Sebagai contoh mengaku sebagai pejuanga melayu walaupun dia penghinat Melayu, mengaku pejuang bahasa sedang dia hancurkan bahasa melayu, mengaku pejuang sekolah agama sedang dia yang menutup, berjuang dalam hal tulisan jawi sedangkan menteru UMNOlah yang membunuhnya, menunjukkan usaha membenteras rasuah sedangkan dialah perasuah dan macam-macam lagi.

Dr. Zambry juga dipetik sebagai berkata, "Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London kelmarin.

"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu dikatakan berkaitan dengankrisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Yang kami tetap meragui setiap jawapan yang diberikan olehy Zambry. Termasuk apakah jawapanya bila ada yang bertanya kenapakah hakim mahkamah persekutuan setelah pembicaraan pada 5 November lepas masih tidak memutuskan siapakah MB Perak yang sah?

Saya masih menunggu apakah situasi sebenar yang belaku semasa soal jawab tersebut. Manalah tahu perkara yang belaku semasa rombongan Mufti umno dan rombongannya ke Mesir, Jordan, Syria dan Dubai suatu masa dulu turu sama belaku semasa penerangan krisis Perak dijelaskan dihadapan mahasisiwa di London kelmarin.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku doa kan UMNO dan BN berkubur secara perlahan2 bersama2 dgn pemimpin-pemimpinnya yg zalim..biar mereka berkubur sampai ke satu tahap yg dh x boleh diselamatkan and xboleh ditubuhkan kembali oleh sape2 pon, smp kiamat..aku berdoa agar pemerintahan islam dan syariat Allah tertegak di bumi di malaysia dan bertahan sampai kiamat ng penuh kerahmatan dan keadilan..

from: anak perak..

Unknown berkata...

Sebenarnya tidak pernah berlaku rampasan kuasa di Perak. Kita mesti terima hakikat - dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP keluar parti jadi calun bebas dan menyokong BN.

Dengan ini PR sudah kekurang majoriti nya dalam Dewan. Logiknya BN berkuasa dengan perkenan DYMM Sultan Perak.

Klm berkata...

kesian CIKGU PENCEN..dah ketinggalan zaman.

Undang2 kata kena ada undi tak percaya baru sah.Ini tidak.maknanya rampasan kuasa la..

Jangan memalukan profesion GURU dengan hujah2 dangkal...

Tokwear berkata...

semua org punya hujah cakap dangkal... ko je laa yang betul...

Tokwear berkata...

oh ko sorang je laa semua betul?

Tanpa Nama berkata...

dh mmg dangkal pon..kalo org baru xpela gak nk ckp cmtu, ni dh la cikgu, dh pencen lak tu, still leh xphm lg keadaan di perak ms ni..Bebas tu ttp Bebas, bkn msuk UMno or Bn pon, skng majoriti sama, 28-28, ng 3 org Bebas tu..alaa lg pon kalo ikut lunas undang2 yg btul, 3 kerusi Dun tu dh kosong, buat PRK semula. tp knp UMNO-BN xmau? speaker ada kuasa isytihar kekosongan kerusi DUN, SPR cuma buat PRK..tgk kes kota siputeh di kedah.

from: anak perak