15 Disember 2009

Hebahan Siri Penerangan PAS Kawasan Lenggong bulan disember 2009

Email : HAFIZI ADNAN

salam,terlebih dahulu saya(Hafizi Bin Adnan,Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong/PA YDP PAS Kawasan Lenggong) merakam ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan diatas kesudian pihak pengurusan Blog Yb yang tidak jemu2 menerbitkan posting berkaitan gerak kerja YDP dan PAS Lenggong khususnya,sebagai individu yang diamanahkan oleh YDP untuk memastikan setiap gerak kerja perjuangan beliau dan PAS Kawasan amnya mendapat liputan dan diberi hebahan oleh semua saluran media penerangan baik dari media harian,perdana,maya/siber dan media lisan semua pihak saya akan mengusahakan sebarang bentuk pengkongsian idea dan penyaluran maklumat berkaitan gerak kerja perjuangan tercinta ini,

2. Oleh itu bersama-sama ini saya menyertakan dua siri penerangan untuk tujuan hebahan media maya/siber milik YB dan saya memohon pengurusan Media maya Yb membuat design posting mengikut kreativiti pengurusan media maya Yb berdasarkan keterangan berikut:

2.1. Ceramah Penerangan YB Khalil Idham Lim(Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Perak/Pengerusi Kelab penyokong Kerajaan PR Negeri Perak dan ADUN Titi Serong),YB Speaker DUN Perak Sivakumar(ADUN Tronoh) dan Haji Razman Bin Haji Zakaria(YDP PAS Kawasan Lenggong,Pengerusi Lajnah Pertanian,Peneroka dan Nelayan Badan Perhubungan PAS Perak),bertarikh 14 Disember 2009,masa 9.00 malam Bertempat di Markaz Pas Cawangan Kampung Gua Badak.

2.2. Ceramah Penerangan YAB Dato Seri IR Mohamad Nizar Bin Jamaluddin(Menteri Besar Perak,Ahli Parlimen Bukit Gantang,ADUN Pasir Panjang,Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Perak dan AJK PAS Pusat) bersama Haji Razman Bin Haji Zakaria(YDP PAS Kawasan Lenggong,Pengerusi Lajnah Pertanian,Peneroka dan Nelayan Badan Perhubungan PAS Perak),bertarikh 21 Disember 2009,masa 9.00 malam dan bertempat Di Markaz PAS Cawangan Kampung Malau.

3. Kerjasama dan Perhatian wajar Pihak pengurusan media YB didahului dengan ucapan Jazakumullahu khairan jaza,salam perjuangan dan bergerak ke gerbang jasa.

Sekian,untuk Makluman dan Hebahan,

"PAS FOR ALL/ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"

Melaksanakan Amanah Perjuangan,

difie_xp@yahoo.com.my/difie33@gmail.com http://difie.blogspot.com
Penolong Setiausaha PAS Kawasan Lenggong
PA YDP PAS Kawasan Lenggong.

1 ulasan:

Fiezi H Adn berkata...

salam,mohon maaf kepada pihak Yb kerana terdapat pembetulan lokasi ceramah akibat dari kegagalan mendapatkan permit,ceramah yb khalil,Yb Speaker Sivakumar dan Hj Razman bertukar tempat/lokasi ke Markaz PAS Cawangan Kampung Gua Badak dan Ceramah MB IR Nizar,Gopalakrisnan dan haji razman di ubah ke markaz pas cawangan kampung malau,sekian untuk perhatian dan tindakan pihak yb..hubungi YDP PAS Lenggong untuk makluman lanjut,sekian PA Hj Razman..difie_xp@yahoo.com.my.