11 Disember 2009

Royalti: Nazri tidak perlu khuatir

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam sidang media siang tadi memberitahu Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu khuatir kerana sudah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membawa isu tuntutan royalti ke mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang meminta kerajaan Kelantan menuntutnya di mahkamah berbanding kaedah berdoa yang disifatkannya sebagai doa bukan-bukan.

Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya pagi tadi juga berkata, kerajaan negeri sedang mengusahakan mengikut saluran perundangan setelah melihat tuntutan royalti tidak dapat diselesaikan dengan cara baik dengan kerajaan pusat.

Beliau juga melahirkan rasa ‘bingung’ berhubung cadang terbaru menteri itu, sedangkan sebelum ini Nazri antara yang bersetuju untuk berdebat berhubung perkara yang sama.

“Sekali nak ajak berdebat, sekali suruh bawa ke mahkamah, mana satu yang dia nak ni? Kacau dibuatnya," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang meneliti dari segenap aspek, supaya hak tersebut dapat dikembalikan kepada rakyat negeri itu.

“Kalau nak bawa tuntutan tu ke mahkamah, kita kena ikut peraturan, tak boleh buat sesuka hati sahaja. Cabarannya ni hak mana dia nak? Debat atau mahkamah? Kalau mahkamah bukan sahaja dia yang nak? Kita pun nak, tetapi ada kaedah dia,”ujar Mursyidul Am Pas itu.

HarakahDaily.Net/-

7 ulasan:

ali.alor setar berkata...

Dia tengah pening kepala dok balah dengan bekas bos dia,dulu dia yang bodek lebeh,la nie kutuk yang tu,bodek pula yang nie,lepas nie tak tau la sapa yang nak dia bodek pula.

Tanpa Nama berkata...

perjanjian dah sain
kena bayar royalti
tak pasal pasal bayar wang ehsan
ikut perjanjian mana pulok ???

mat saman bin mat jamin

Tanpa Nama berkata...

apa pun terimakasih pd Nazri sbb tunjuk jalan yg dah terang benderang..

eee..bebulu betul aku tengok gambar anak lelaki Nazri...tgn kanan peluk betina..tgn kiri pegang arak...

Tanpa Nama berkata...

SALAM,
SAYA MENYERU ATAS NAMA ALLAH YANG MAHA MEMBERI, SUPAYA SEMUA RAKYAT KELANTAN KHASNYA DAN ORG2 MELAYU SELURUH MALAYSIA AMNYA, KITA PAKAT2 BUAT SOLAT HAJAT DAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SWT AGAR DUIT HASIL MINYAK INI DI SALURKAN KEPADA KERAJAAN NEGERI UNTUK MANFAAT ORG RAMAI SECARA MAKSIMUM,KEPADA SEMUA TERMASUK ORG UMNO DAN PAS DIBERI DLM BENTUK ROYALTI.
INI HARUS DI FAHAMI SEBAGAI MENGAMBIL IKTIBAR APA YG SUDAH DAN AKAN BERLAKU DI TERENGGANU, JIKA WANG INI DI JADIKAN WANG IHSAN DAN DIGUNAKAN UNTUK PROJEK2 TERTENTU..SAYA SANGAT RISAU, WANG HARAM INI JIKA DI BUAT STADIUM, BANGUNAN ATAU DEWAN SEKOLAH ATAU APA2 SAJA BANGUNAN, BANGUNAN TERSEBUT AKAN RUNTUH MENIMPA KITA...
MAHUKAH PERKARA TERSEBUT TERJADI PADA KITA.
JANGAN KATA SAYA MEREPEK, SUDAH TERJADI DI TERENGGANU...WANG IHSAN LAH TU!

JANGAN KITA BIAR BENDA BERLAKU DAHULU BARU NAK SEDAR, CEGAH DAHULU SEBELUM KECELAKAAN MENIMPA ORG RAMAI. RUNTUH DIA TAK KIRA ATAS ORG UMNO KE PAS KE...

akuumnobangan berkata...

anoni 918pm

aku setuju teramat setuju ape yg kau ulas

Tanpa Nama berkata...

Nazri Aziz Kikis Rambut macam pak lebai otak macam kaldai...

Apa jadahnya melarang orang berdoa untuk kesejahteraan rakyat jelata dan melaknati pemimpin yang berhati dajjal.

Apa lagi yang tak diusaha oleh MB TGNA untuk meletakkan Royaliti minyak kepada kelantan... hantar surat!... hantar wakil berbincang!.... melalui perbahasan di Parlimen...!...

Segala usaha telah ditangani dengan berhemah...dan sambil sembahyang hajat dan berdoa.. apakah senjata terakahir doa dan qunut nazilah itu hak dan budaya hamba allah terhadap yang mencipta dan yang menjaga itu tidak ada dalam islam?

Nazri dinasihat jangan mengajar ajaran baru sesorang itu tidak boleh berdoa..!
Orang yang sedang dizalimi tidak boleh buat apa-apakah dengan perbuatan yang zalim. Kita adalah bangsa yang tidak suka berperang senjata tetapi ada ruang untuk mengadu kepada yang khalid melalui doa, sembahyang hajat dan bermunajat.. apakah Nazri akan melarang semuanya ini.

Renung-renunglah diri kamu Nazri jangan memalukan mak bapa serta moyang yang baik yang suka tolong orang...!

Tanpa Nama berkata...

doa hak orang yang dizalimi...