24 Disember 2009

Umno tertidur 35 tahun

6 Muharram 1431H

Umno sebenarnya tertidur 35 tahun. Sekarang baru dia tersedar bahawa Pulau Pinang sudah terlepas dari gengamannya.

Baru sekarang Umno terhegeh-hegeh menuntut kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang sedangkan sebelum ini tidak berani berbuat demikian.

Sebelum ini Umno sudah beberapa penggal mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang berbanding Gerakan dan MCA namun tidak berani menuntut kerusi tersebut.

Sekarang bila mereka melihat Gerakan lemah dan tewas teruk dalam Pilihanraya Umum lalu barulah mereka tersedar dari mimpi.

Memang benar Umno tidak ada semangat setia kawan dan tidak jujur dalam persahabatan. Bila kawannya kuat Umno jadi 'Yes Man' bila kawan lemah Umno mahu memijak kepala kawan. Inilah perangai Umno yang mengamalkan politik matlamat menghalalkan cara dan politik pecah perintah.

Sebab itulah Umno pernah menerajang PAS dari BN suatu ketika dahulu. Ketika Umno lemah mereka menghulurkan tangan kepada PAS, bila mereka kuat PAS tidak lagi dipandang oleh mereka.

Sama juga dengan isu kerajaan perpaduan baru-baru ini, bila Umno longlai selepas Pilihanraya Umum 2008 mereka cuba meminang PAS untuk 'berkahwin' dalam Kerajaan Perpaduan.

Alhamdulillah PAS sudah mahir dan fasih dengan perangai buruk Umno. Pinangan Umno ditolak.
Kini Gerakan pula mendapat bahana dari kebiadapan Umno.

Maka saya mencadangkan kepada Gerakan dan Presidennya Koh Tsu Kon supaya keluar dari BN dan sertai Pakatan Rakyat kerana Umno dan BN sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Umno kini sedang giat membuli MCA dan Gerakan serta juga MIC.

Apa lagi yang Gerakan hendak tunggu sebelum terlambat sila menyeberang secepat mungkin.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Itulah bezanya permainan politik org2 Cina dgn org2 Melayu (Dibaca:UmnoNgok/PEKEMBARasuah)dan matlamat (apa yg hendak dicapai oleh kedua2 parti ini untuk bangsa mereka juga pastilah berbeza) Umno untuk poket pemimpin Umno sahaja, Gerakan untuk seluruh masyarakat bangsa mereka.

Umno : 35tahun pegang majoriti kerusi DUN Pulau Pinang (semasa Umno kuat dan gagah perkasa bersama-sama Gerakan) tapi dengan rendah hati dan 'ikhlasnya' sebagai menunjukkan semangat setiakawan dan taat setia kepada persahabatan politik, kami tidak nak berebut jawatan Ketua Menteri, asalkan Ketua Menteri dari Be eNd...
Dapat pahala dari Allah SWT sebab baik hati...
(mungkin mcm sedekah kot)

Sekarang tersedar dari lamunan, mengapa jadi mcm ni...
Umno selama ini sepatutnya berjuang untuk siapa?
Ada bezakah perjuangan Be eNd dengan Umno?
Kalau sama kenapa perlu Umno jadi Ketua/pengerusi di Pulau Pinang?

Kenapa tak biarkan saja kepada Gerakan, sebab sama2 Parti Komponen (yg pastinya mestilah mempunyai matlamat yg sama)?

Rupa2nya selama ini Umno rasa "tertipu"...
yang sebenarnya Umno bukanlah bodoh, tapi disebabkan oleh poket/kuasa dan baik hati punya pasal maka jadilah dia Bodoh...

Sekarang Umno baru sedar, rupa2nya tak boleh terlalu baik hati dengan org lain, termasuklah parti Komponen Be eNd...
Rupa2nya parti komponen2 lain hanya berjuang untuk mendapat keuntungan semaksimum mugkin bagi bangsa mereka dan mereka tidak kisah siapa2 pon memerintah asalkan yg memerintah itu menguntungkan bangsa mereka...

Umno sudah terantuk baru tengadah...

Kesian UmnoNgok/PEKEMBARaSUAH