31 Januari 2010

RAZALEIGH BUKAN BACUL, PEJUANG RAKYAT. TAHNIAH!

ISMAILY BUNGSU
16 Safar 1431H

PEMIMPIN yang pak turut adalah pemimpin BACUL dan tak layak jadi pemimpin sebab kerjanya mahu isi perut sendiri dan tidak memikirkan rakyat jelata. Orang semacam itu baik jangan jadi pemimpin kerana tidak layak jadi pemimpin.

Ramai pemimpin sekarang macam IBRAHIM ALI adalah pemimpin Katak yang merapu dan gila publisiti murah dan kelihatannya dia akan menuju ruang mampus di PRU13 akan datang ini.

SAYA kagum dengan sifat kamu duhai Tengku Razaleigh. Kamu dipilih oleh rakyat dan suara kamu adalah suara rakyat dan kamu berhak untuk menyuarakan pandangan tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri itu meski kamu dalam kerajaan Barisan Nasional.

Kamu jangan sekali-kali ikut si kaki bodek yang namanya Mustapha, Ibrahim Ali dan Awg Adik yang jelas menjadi talit barut Najib yang mahu kasih bodoh orang Kelantan.

Mereka ingat orang kelantan bodoh atau bisa dicucuk hidung macam hidup mereka. Mereka salah tingkah dan akan menjahanamkan diri mereka di election yang akan datang. Lihatlah nanti!

Apa yang dilauknan oleh ekas Menteri Kewangan memang betul dan dia bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam itu. Apa hak Najib mahu mempertikai? Suara Tengku adalah suara rakyat dan suara seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Trengganu yang punya minyak. Apa BN ingat rakyat "stupid". Bagus mereka letak jawatan.

Tuduhan BN yang mengatakan tindakan bekas Pengerusi Petronas berbicara mengenai minyak adalah konon sebagai langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang. Inilah kenyataan orang yang sudah muflis untuk berbicara yang sebenarnya dan kelihatan pemimpin BN mencuba bersilat kata, tetapi bangkai gajah tidak akan bisa disembunyikan

Saya memerhati tingkah Tengku dalam dunia politik. Dia bukan jenis pemimpin yang suka menjadi pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia saya perhati tidak pernah menjadi pak turut, malah dia berani melawan arus kalau kepimpinan itu tidak betul, Nah, inilah pemimpin sejati bukan bacul macam Ibrahim Ali.

Iya, itulah yang saya perhatikan bicaranya selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV malam lalu. Rakyat harus mengerti perjuangan seorang Tengku demi rakyat jelata.

Dalam perhimpunan itu seperti yang saya tulis di dua NOTA saya sbeelum ini, jugu turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri. Untuk bukti rakyat hadir seperti semut/lihat fotonya dan BN sila buka mata, hati dan minda

Ceramah Tengku mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas, tetapi yang jelas kehadirannya berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas sejak dulu dan saya kira orang Trengganu, Sabah yang punya minyak pasti bersetuju, malah seluruh rakyat Malaysia akan akur apa yang diperkatakan kecuali Ibrahim Ali yang kerja ikut buntut Najib dan mahu menjadi jaguan tengek.

Tengku adalah orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum dan dia Tan Sri Salleh Abbas tahu yang kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand. Nah, apakah Najib, Ibrahim Ali, Mustapha dll buta mengenai hal ini?

Betullah kata Tengku bahawa kalaulah Kerajaan Pusat tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, adalah lebih baik dicadang supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang berkenaan diuruskan dengan baik, tetapi bukan melalui Wang Ehsan yang dipantau oleh UMNO sendiri. Jelas penipu!

Lewat ucapan malam itu Tengku berkata bahaya beliau sanggup menjadi jambatan kalau kerajaan pusat tidak yakin akan kerajaan Negeri untuk mengurus royalti minyak itu dan sikap BN melengah-lengahkan wang itu adalah satu sikap yang berdolak dalik dan jelas tidak ada keikhlasan untuk memperbaiki kehidupan rakyat yang tersepit.

Rakyat Sabah dan Sarawak harus melihat secara insaf keadaan ini dan tidak hairan kalau Sabah dan Sarawak jatuh ke tangan Pakatan, maka sistem royaliti itu bertukar menjadi WANG EHSAN dan akan dikuasai oleh BN seperti juga penubuhan JPPS masa pemerintahan PBS. Apakah PBS lupa hal ini atau pura-pura buta alias tuli?

Timbalan YDP PAS Kampar masuk hospital.

15 Safar 1431

Lebih kurang jam 10:45 pagi kelmarin saya menerima satu sms dari Penolong Setiausaha PAS Perak, Sdr. Ismad mengenai Timbalan YDP PAS Kampar, Ust. Shuib bin Hussin (gambar) telah dikejarkan ke Hospital Kampar akibat serangan jantung dan telah ditahan didalam Pusat jagaan Rapi (ICU) lebih kurang jam 11:00 pagi kemudian. Dikatakan dia Pengsan.

Kali terakhir saya menemui beliau ialah di Pejabt PAS Perak di Ipoh selepas selesainya Mesyuarat Harian PAS negeri pada khamis lepas. Saya sempat makan bersamnya.

Marilah kita doakan Ust.Shuib yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak cepat sembuh dan kembali bertugas untuk jemaah seperti biasa.

Zambry adalah MB mahkamah pada 9 Feb ini?

15 Safar 1431H.

Kelmarin saya dihubungi oleh wartawan dari Konsep Era Pakatan bertanyakan apakah rumus terakhir mengenai kemungkinan yang akan berlaku di Perak dengan dikaitkan dengan pengumuman Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari akan datang.

Sesuatu yang baru saya katakan kepada wartawan itu. maklumlah apapun kita semua boleh jangkakan dan itulah suasana sekarang, macam macam ada.

Saya katakan bahawa antara yang saya jangka selain jangkaan DUN dibubarkan sebelum 9 Februari, namun kita juga kena fikir bahawa Mahkamah juga kemungkinan akan mengumumkan Zambry adalah Menteri Besar yang mewakilinya di Malaysia, maksud saya satu-satunya MB di malaysia yang naik cara mahkamah hanyalah Zambry.

Sesudah itu demi maruah Zambry akan ke Istana dan memohon perkenan DYMM Sultan Perak untuk pembubaran DUN Perak. Yang jelas kerajaan sementara Perak ditangannya dan dia seperti biasa akan pergunakan semua badan dan agensi untuk jadi komponen UMNO dan BN bagi menentang Pakatan Rakyat.

Apa pun hari 9 Februari semakin menghampiri kita, sehari yang berlalu makin dekat sehari dengan tarikh keramat itu.

Namun manakah rumus yang benar, kita tunggu dan lihat.

30 Januari 2010

Khalid digantung jawatan, Hassan Ali diberi amaran

14 Safar 1431H.


KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

"Jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan penghakiman pada petang ini setelah mengikuti prosedur siasatan.

"Kedua-duanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS Pusat," katanya.

Ekoran hukuman itu, kedua-duanya dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun kedua-duanya boleh membuat rayuan kepada ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dalam masa 30 hari bermula hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu dua lagi ahli jawatankuasa Datuk Abdul Muttalib Embong dan Mohd Baqi Osman.

Muttalib pula berkata, hukuman bagi kesalahan di bawah fasal 75 perlembagaan terbahagi kepada empat iaitu memberi amaran, melucutkan mana-mana hak dalam parti, menggantung keahlian dan dipecat daripada menjadi ahli parti.

"Kedua-duanya didapti bersalah jadi kalau lepas ini mereka buat juga,jawatankuasa disiplin boleh panggil balik dan kita boleh hukum mereka di bawah mana-mana hukuman yang ada pada kita,"katanya.

Khalid bagaimanapun hanya menghantar wakilnya pada pertemuan petang tadi kerana beliau berada di luar negara.

Tuan Ibrahim dalam pada itu berharap agar keputusan yang dibuat itu menjadi satu panduan dan iktibar kepada pimpinan parti yang lain.

"Kita harap keputusan hari ini dapat menjadi panduan dan iktibar kepada pendokong parti bukan sahaja dalam konteks PAS tapi juag dalam konteks Pakatan Rakyat,"katanya.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media yang berlainan, Hasan berkata beliau menerima keptusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap ianya sebagai satu proses pendidikan kepada dirinya.

"Dalam pertemuan selama setengah jam tadi, saya sudah menerima hukuman daripada lembaga disiplin parti dan saya diberi amaran.

"Saya terima dengan hati yang terbuka dan anggap apa yang berlaku ini sebagai proses pendidikan bagi diri saya,"katanya. Harakahdaily/-

Mahkamah Tinggi tiada kuasa bicara isu Raja

14 Safar 1431H.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan negeri itu tidak boleh disemak semula. Demikian berita yang dipetik dari Bernama.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa.

Katanya, ini kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh Sultan.

Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan, mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris yang menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Kelantan pada 16 Sept tahun lalu.

Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan Sultan di negeri itu untuk tempoh lebih dari setahun.

PERSIAPAN JENTERA PILIHANRAYA : HIMPUNAN 10,000 PEMUDA PAS PERAK

14 Safar 1431H
Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (28 Januari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan untuk memperkatakan agenda Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak yang telah di rancang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2010 ini di Darul Taa’lim, Kubu Gajah, Selama, Larut.

Majlis akan bermula dengan perasmian oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak pada jam 10.00 pagi. Pengisian di sebelah pagi ialah persembahan pentas dan juga aturcara pertunjukan. Akan ada juga beberapa gerai pameran yang telah di jemput hadir selain gerai jualan dan juga bahagian derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DPPN Pk juga akan mengadakan majlis kenduri pemuda setelah kita berhenti berehat untuk makan tengahari dan bersolat Zohor jamaah. Pada sebelah petangnya kita akan mendengar beberapa ucapan pimpinan tertinggi kita. Antaranya ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga akan merasmikan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

DPPN Pk yakin dengan program tersebut akan membuktikan bahawa Pemuda PAS telah bersedia untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Ayuh Pemuda bersama kami, gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

DPPN Pk meminta supaya semua yang hadir, memakai baju berwarna hijau, simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran semua pada hari tersebut. Sekian terima kasih.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

TEMBELANG NAJIB PECAH

14 Safar 1431H
OLEH: JJ (http://www.joharapat.blogspot.com)

Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN. Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas. Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya. Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.

PEMUDA PAS BERSIAP SEDIA MENGHADAPI PILIHANRAYA

14 Safar 1431H
Email : Haris Akhlaken

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN GOPENG

Keputusan kes rayuan oleh Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkenaan status Menteri Besar Perak yang sah akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 09/02/2010 dikatakan akan menjadi penentu sama ada akan berlaku pilihanraya di peringkat negeri atau tidak.

Walaubagaimanapun, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) telah mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa. Sehubungan dengan itu jentera piliharaya pemuda di peringkat kawasan dan cawangan telah dipersiapkan dari semua segi termasuk dari segi tenaga kerja, jentera, kemahiran berpilihanraya dan sebagainya.

DPPKG telah mengadakan beberapa siri program di semua peringkat bagi memperlengkapan petugas pemuda bagi menghadapi pilihanraya dan hasil dari program-program tersebut jentera pilihanraya di semua UPU telah digerakkan dan sedang giat menjalankan aktiviti-aktivit mendekati pengundi khususnya golongan muda.

DPPKG juga akan melancarkan team cybertrooper yang terdiri dari blogger di peringkat cawangan yang akan berfungsi untuk menyampaikan maklumat disamping mendedahkan kepincangan dan kegagalan wakil rakyat dari BN menjalan tugas dan amanah kepada rakyat.
DPPKG juga meneruskan program-program kebajikan dan bertemu dengan masyarakat sekitar khususnya di dalam Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat . Respon yang diterima dari masyarakat setempat memperlihatkan betapa rakyat sudah bosan dengan janji-janji wakil rakyat dari Barisan Nasional yang gagal membela nasib mereka walaupun selama ini mereka menjadi pengundi setia kepada BN.

DPPKG juga telah berjaya meruntuhkan tembok pemisah di antara PAS dan masyarakat bukan Islam melalui pendekatan dialog dan juga pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat bukan Islam. Melalui culaan yang dilakukan oleh DPPKG di beberapa kawasan majoriti bukan Islam , memperlihatkan sokongan teguh dari pengundi bukan Islam terhadap PAS.

InsyaAllah, melalui usaha dan strategi yang telah diatur, DPPKG yakin DUN Sungai Rapat akan dapat ditawan oleh Pakatan Rakyat jika pilihanraya diadakan pada bila-bila masa.


Yang benar,

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng


Kalimah Allah: Sikap 'double standard' kerajaan Umno-BN

14 Safar 1431H
http://usahmadawang.blogspot.com/

Dalam menghadapi isu atau masalah berkaitan dengan hukum-hakam Islam, samada yang berkaitan dengan undang-undang pentadbiran Islam ataupun yang berbangkit dari keputusan Mahkamah Syariah, kerajaan UMNO/BN tidak pernah berpendirian tetap yang selari dengan tuntutan undang-undang pentadbiran Islam ataupun fatwa para mufti, apatah lagi dengan tuntutan syariat Islam.

Malah kerajaan sentiasa bersikap double-standard mengikut kepentingan politik semasa. Antara contoh isu/masalah berkenaan seperti undang-undang jenayah hudud, kumpulan anti-hadith, gejala riddah (murtad), perebutan jenazah muallaf dan perebutan anak (bawah umur) antara muallaf dengan pasangan asal bukan Islam.


Begitu juga dalam menangani isu yang berbangkit dari penguatkuasaan undang-undang mencegah maksiat yang sekali-sekala melibatkan orang-orang tertentu atau anak-anak mereka seperti tangkapan ke atas pengunjung kelab hiburan The Zouk di Ampang dan The Ship, sebuah restoran dan pub di Damansara Utama beberapa tahun yang lalu.

Mengenai undang-undang jenayah hudud yang dibuat oleh kerajaan PAS/Semangat 46 (APU) di negeri Kelantan pada tahun 1993 dan di negeri Terengganu pada tahun 2002, kerajaan UMNO/BN menentang habis-habisan sambil mendakwa ianya hudud PAS dan kerajaan UMNO/BN akan menyediakan hudud Islam yang sebenar (kononnya).

Namun apabila Kartika Sari Dewi Shukarno baru-baru ini (2009) dijatuhi hukuman 6 sebatan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, kerana disabitkan bersalah minum arak (beer) dan pesalah bersedia menerima hukuman sebat itu, kerajaan tidak dapat menerima hukuman sebat itu padahal undang-undang berkenaan dibuat oleh UMNO/BN yang memerintah di negeri Pahang.

Kalau itulah undang-undang hudud yang UMNO mendakwa sebagai hudud Islam, mengapa mereka menolaknya? Jawapannya kerana kepentingan politik UMNO melihat hukuman sebat di bawah undang-undang pentadbiran Islam boleh menimbulkan masalah terutama apabila ianya dilihat oleh rakyat, khasnya orang bukan Islam sebagai usaha UMNO hendak menegakkan undang-undang syariah Islam.

Itulah sebabnya Dato’ Seri Najib Tun Razak (DSNTR) terpaksa menyatakan pendirian kerajaan bahawa hukuman sebat di bawah undang-undang pentadbiran Islam akan dikaji semula. Kenapa “pejuang-pejuang Islam” UMNO dan badan-badan NGO yang mendokong perjuangan UMNO tidak membuat sebarang bantahan apalagi mengadakan demo?

Kabinet Langgar Perlembagaan Negara

Kerajaan UMNO/BN bukan sahaja bersikap double-standard bahkan pernah melakukan pencabulan terhadap perlembagaan dan mengenepikan keputusan penghakiman Mahkamah Syariah secara berterang-terangan.

Contohnya, apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan bahawa seorang muallaf, Muhammad Rayappan Abdullah disabitkan ketika meninggal adalah seorang Muslim dan jenazahnya hendaklah disempurnakan pengebumiannya secara Islam.

Majlis Agama Islam Selangor diberi kuasa menguruskan jenazah tersebut. Akan tetapi keluarga Allahyarham muallaf berkenaan mendakwa si mati telah kembali kepada agama asalnya (Kristian). Perkara ini dibawa ke Mahkamah Rayuan Syariah yang kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah itu walaupun keluarganya yang bukan Islam yang telah disapina untuk menghadiri mahkamah tidak mengendahkan sapina tersebut.

Keputusan hakim ini diketepikan oleh kerajaan apabila mesyuarat kabinet Abdullah Badawi (Islam Hadhari) mengarahkan Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai status agama saudara muallaf berkenaan. Keputusan yang dibuat, si mati kononnya telah balik kepada agama asalnya sebelum meninggal. Keputusan ini dibuat di luar mahkamah.

Tindakan kerajaan ini adalah juga mencabuli peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 121 (1A).

The Cabinet today discussed the Anthony Rayappan body tussle case and directed the Attorney-General to determine his religion. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, in confirming that the matter was discussed, said “if the AG's Chamber finds that he is not a Muslim, his body should be returned to his family”. (laporan akhbar The Sun)


Dalam kes perebutan anak di bawah umur di antara ibubapa anak tersebut apabila salah seorang memeluk agama Islam, kerajaan pimpinan DSNTR (1Malaysia) yang ketika itu (2009) baru kira-kira sebulan menjadi Perdana Menteri telah membuat satu keputusan pada 23 April 2009 dalam Mesyuarat Kabinetnya bahawa kanak-kanak di bawah umur akan kekal menganut agama asal ibu/bapanya ketika berkahwin sungguhpun salah satu pasangan (bahkan jika kedua-duanya pun) bertindak menukar agama (memeluk agama Islam).

Keputusan kabinet ini dibuat bagi mengatasi perebutan anak di antara ibu atau bapa yang memeluk Islam dengan pasangan yang bukan Islam yang kebetulan pada ketika itu kes muallaf Mohd Ridzuan Abdullah telah membawa anaknya yang di bawah umur memeluk Islam dan hak penjagaan ke atasnya dibuat oleh Mahkamah Syariah di Ipoh.

Kita tidak pernah mendengar sebarang bantahan dari “pejuang Islam” UMNO atau badan-badan NGO Islam yang sehaluan dengannya.

Penguatkuasaan Terpilih

Penguatkuasaan ke atas kegiatan maksiat dilakukan secara terpilih tetapi apabila sesekali diisukan oleh media arus perdana yang menjadi alat kerajaan UMNO/BN, maka mereka yang tertangkap dibebaskan atau ditarik balik saman yang telah difailkan untuk pendakwaan. Contohnya, kes hampir seratus orang pengunjung The Zouk yang telah ditahan oleh JAWI, kesemuanya dibebaskan disebabkan antara yang ditahan itu terdapat seorang artis dan anak orang kenamaan.

Di dalam kes tangkapan beberapa orang wanita Melayu Islam di Restoran dan Pub The Ship, kes itu mendapat liputan media besar-besaran. Kerajaan melihat isu ini boleh menimbulkan tanggapan negatif dan boleh menyebabkan bantahan dari pihak pengusaha pub, maka Exco kerajaan Selangor ketika itu mengarahkan pembebasan kesemua mereka yang ditahan bahkan pihak pentadbiran Islam di negeri Selangor diarah supaya memohon maaf kepada semua yang terlibat dengan tindakan penguatkuasa JAIS itu.

Tidak ada siapa pun yang membuat bantahan atas keputusan Exco itu, apalagi mengadakan demo di hadapan bangunan sekretariat kerajaan negeri Selangor.

Dalam isu kalimah ALLAH pada mulanya DSNTR berkata kerajaan tidak membenarkan sebarang demo sebagai bantahan atas keputusan mahkamah mengenai isu ini. Beliau meminta rakyat bertenang dan serahkan kepada kerajaan untuk menyelesaikannya.

Beberapa hari kemudian beliau mengatakan pula kerajaan tidak ada kuasa menghalang mereka yang melakukan demo dan menyatakan bahawa rakyat bebas menyatakan pendapat mereka. Akibat pendirian DSNTR yang flip-flop itu ada golongan yang mengambil kesempatan membakar gereja.
Itupun DSNTR teragak-agak untuk memberi amaran tidak seperti kebiasaannya apabila golongan yang dijadikan sasaran adalah dari pihak pembangkang. Bagaimanapun untuk menutupi sikap double-standardnya, DSNTR mengumumkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle yang dibakar di Ampang.

Sikap sepupunya Hishammuddin Tun Hussein Onn, Menteri Dalam Negeri tentu sahaja dua kali lima. Seperti dalam kes demo yang mengheret dan memijak-mijak kepala lembu di Shah Alam, maka dolak-daliknya dalam isu kalimah ALLAH tidak pernah berubah.

Akhirnya, beri amaran bahawa kerajaan akan gunakan ISA ke atas sesiapa sahaja yang boleh mengancam keselamatan negara atau mengganggu keharmonian hidup rakyat dengan memainkan isu kalimah ALLAH. Amaran umum seperti ini mengikut rekod kerajaan BN pada masa lalu, sudah tentu ditujukan kepada pembangkang.

Kerajaan terpaksa memanggil perwakilan dari kedutaan 96 buah negara di Kuala Lumpur untuk diberi taklimat di Putrajaya mengenai isu kalimah ALLAH ini. Ini menggambarkan betapa seriusnya kerajaan berusaha membetulkan persepsi dunia yang menganggap Malaysia sudah menjadi sebuah negara Islam yang menindas golongan minoriti bukan Muslim terutama penganut agama Kristian.

Akan tetapi tidak ada sebarang langkah pun yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN untuk membetulkan persepsi masyarakat antarabangsa yang menggambarkan Malaysia sudah mula menuju kepada amalan Islam ala-Taliban apabila JAWI menangkap pengunjung kelab The Zouk lima tahun dahulu. Kenapa? Jawapannya mudah, kerana kerajaan memang tidak pernah mempertahankan Akta Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan atau enakmen mana-mana negeri berkaitan dengan undang-undang pencegahan maksiat.

Lain halnya dengan isu kalimah ALLAH, kerajaan tetap mempertahankan perintah Kementerian Dalam Negeri walaupun telah dibatalkan oleh mahkamah kerana ianya mempunyai kepentingan politik yang boleh menonjolkan UMNO sebagai juara umat Islam.

UMNO/BN — Gone with the Wind

Rekod kerajaan UMNO sejak Perikatan hingga BN sekarang, tidak pernah mengambil langkah atau tindakan tegas menyelesaikan isu-isu yang melibatkan konflik atau pertentangan antara orang Islam dan bukan Islam seperti isu anak bukan Islam di bawah umur (18 tahun) memeluk Islam atau hak penjagaannya bagi ibubapa yang memeluk agama Islam.

Kerajaan sedia mengetahui bahawa peruntukan dalam undang-undang “The Law Reform (Marriage And Divorce) Act, 1976” boleh memberi ruang pertikaian di antara pasangan yang memeluk agama Islam dan yang kekal dalam agama asal ketika mereka berkahwin. Ini termasuk hak menuntut cerai, hak penjagaan anak dan yang lain-lain yang tidak mungkin dapat diselesaikan melainkan peruntukan dalam undang-undang berkenaan dibuat pindaan.

Ini bagi menjamin kepentingan kedua-dua pihak mengikut kepercayaan agama masing-masing yang diberi perlindungan oleh Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks cukup umur matang (18 tahun), ini juga boleh menimbulkan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam. Kerajaan perlu memindanya ataupun menetapkan khas umur baligh bagi memeluk agama Islam kepada 16 tahun.

Saya melihat tiada apa salahnya kerana kelayakan umur bagi Lesen Motor B2 pun 16 tahun. Bagi saya apa jua alasan dan hujah, dan apa jua harapan yang diletakkan kepada kerajaan UMNO/BN hanya akan menjadi debu-debu yang berterbangan bersama angin ibarat jodol sebuah novel, “Gone with the Wind” kerana kerajaan UMNO/BN tidak pernah konsisten, kecuali konsisten dalam flip-flopnya sejak diperintah oleh 6 orang Perdana Menterinya sehingga kini.

Harakahdaily.net/-

Pertemuan pemimpin semua agama juga ada di Meru

14 Safar 1431H
Ismail Hashim

MERU, KLANG 28 Jan: Ketika dua masjid di Petaling Jaya diletakkan dengan dua kepala babi hutan berbungkus plastik bersama wang tunai RM30, lain pula peristiwa bersejarah berlaku di Meru.

Di Dewan Meru, dekat sini, satu majlis antara pemimpin agama; Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh berjaya diadakan petang semalam dengan tuan rumahnya adalah Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman.

(GAMBAR: Adun PAS Meru, Dr Rani Osman ([membelakangkan kamera] berucap dalam majlis makan muhibbah antara agama di Dewan Meru)

Salah seorang dari hadirin dari kaum India sebelum majlis bermula menyatakan rasa gembiranya kepada Dr Rani kerana menurutnya, tidak pernah berlaku pertemuan seumpama itu sepanjang 50 tahun BN menang di kawasan itu.

Kehadiran nazir dan imam masjid, pastor gereja, sami kuil Hindu, wakil Hindu Sangam Malaysia cawangan Kapar, penganut Sikh dan wakil komuniti Cina memeriahkan suasana.

Dr Rani mengulangi keyakinannya yang acapkali disebutkan sebelum ini; Negara Malaysia akan aman makmur, harmoni dan sejahtera jika semua penganut agama kembali berpegang teguh kepada ajaran kitab agama masing-masing.

“Jika kita melihat orang India bergaduh sesama sendiri, orang Cina menjadi gengstar dan orang Melayu makan rasuah dan mengambil hak rakyat, itu bukan ajaran agama mereka.

(GAMBAR: Penganut agama Islam, Sikh, Hindu duduk semeja dalam majlis makan sambil mendengar ucapan dari Dr Rani)

“Kita mengajak semua pihak kembali mengambil ajaran agama mereka untuk mewujudkan sebuah Negara Malaysia yang bebas dari sebarang ancaman pertelingkahan antara kaum dan agama.

“Saya memberi jaminan untuk memastikan semua penduduk khususnya di Meru berada dalam keadaan baik dan selesa, kerjasama kita untuk duduk bersama dan berbincang serta menyuarakan pandangan merupakan agenda penting dan amat perlu,” tegasnya.

Sebaik Dr Rani dan Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam berucap, setiap wakil agama yang hadir mengambil peluang menyampaikan pandangan masing-masing.

Pengerusi Persatuan Hindu Sangam Cawangan Kapar, S. P. Manimaran, berkata, semua agama mempunyai ajaran masing-masing dan berharap semua penganut agama dapat laksanakan kehendak baik dari agama mereka.

“Kita berterima kasih kerana dapat hidup aman di dalam negara ini dan berharap suasana ini akan terus berkekalan sepanjang masa,” ujar wakil masyarakat Punjabi, Nachatar Singh.

Turut berucap adalah Wakil Masyarakat Cina beragama Buddha, Mr Thay dan Sami Kuil Sri Mahamuniiswarar, Nyanam Malayapan menyatakan rasa gembira dengan pertemuan itu.

Dua minggu lalu, Dr Rani dan rombongannya telah melawat serta mendapat sambutan dan kerjasama daripada dua gereja yang terletak di Klang dan di sana terjalin persefahaman lebih mantap dalam hubungan dua hala.


Harakahdaily.net/-

M JUSOFF TAIB: Demi nama Allah, hidup ISA

14 Safar 1431H
M Jusoff Taib

TAHNIAH kepada ISA. Hidup ISA! Demikianlah isu nama Allah yang membawa kepada beberapa tindakan mensabotaj emosi dan nafsu sesat bersandarkan keagamaan, dengan perbuatan liar dan sesat menghina rumah ibadat, akhirnya memberikan ‘relevan’ kepada ISA.

Dan negara kita tercinta ini, kekal relevan sebagai negara demokrasi yang berada dalam keadaan darurat. Jelaslah heboh penggunaan nama Allah akhirnya nampak menceriakan ISA. Ia diperlukan kerana negara kita Malaysia menjadi pelabuhan segala transit jenayah. Negara kita telah menjadi pengkalan pengganas asing.


Persoalan kenapa pengganas asing (sembilan dari 10 yang ditangkap) melakukan kerja-kerja jahat dengan mengambil kesempatan dari isu penggunaan nama Allah, mungkin dicari perlbagai alasan sebagai pelengkapnya.

Namun alhamdulillah, PAS yang mungkin jadi mangsa dalam isu nama Allah ini masih kelihatan istiqamah dalam sikap “Midle Way’ atau kalau diterjemah ke bahasa Islam ialah Al-Harakah Al-Wasothiyyah. Kita berdoa mudah-mudahan kesemua ahli jemaah PAS tetap teguh bersama kepimpinannya dalam beristiqamah dengan sikap sederhana dan berhati-hati.

Dan kita harap acara subversif ‘menghina tempat ibadat’ di Malaysia ini, jangan disangkut-pautkan dengan gerakan Islam atau Kristian, atau Hindu atau Budha. Biarlah masyarakat beragama nyata bersih dari sekalian fitnah. Maka marilah segala masyarakat agama dengan segala kepimpinannya bangkit bersama berikrar dan melaknat tindakan yang memudharatkan masyarakat beragama itu.

Dalam Islam memang tegas, segala perlakuan khianat –kecil atau besar – bukan merupakan amalan atau perbuatan yang boleh dianggap sebagai persembahan terhadap Allah. Perbuatan hina tidak boleh didasarkan kepada pembelaan terhadap Islam.

Dalam solat, pada bacaan tahiyyat, kita penganut agama Islam yang mulia mengakui kepada Allah “ At-Thoyyibaatu liLlaah “ – maknanya persembahan kita dalam amalan kepada Allah hanyalah yang baik-baik dan yang terbaik dari kemurnian hati kita. Cara menghina agama lain bukanlah cara memuliakan agama kita.

Hari ini kita telah melihat satu gambaran politik yang jelas, bahawa dalam kehebohan isu nama Allah, akhirnya ISA yang menang. Ia telah dijelmakan sebagai penyelamat kekacauan yang ditimbulkan oleh isu nama Allah. Dan Menteri KDN dalam kenyataannya bahawa beliau sedang berdepan dengan terorisme antarabangsa yang terlibat dalam keganasan di negara kita ini.

Jadi, anda yang ‘ummi’ dalam hal politik, akan mendapat satu hujah betapa ISA itu sangat berguna kepada kuasa tadbir negara yang dipegang oleh UMNO. Walau pun ia tidak relevan bagi Pakatan Rakyat, namun relevan terhadap agenda politik status quo.

Dan ISA mungkin lebih relevan menjelang PRU-13.

Ketika berbincang-bincang hal politik dengan rakan-rakan, mereka bertanya saya: Apakah saudara risau Pakatan Rakyat akan gagal pada 2013?

Saya katakan kepada rakan itu: “Saya tidak risau. Yang saya risau jika parti-parti seperti PAS, PKR dan DAP tidak ada kesatuan haluan politik bagi menentang Umno-BN. Itu bererti politik Malaysia tenggelam ke dalam sejarah.”

“Jadi, apa yang mungkin jadi kebimbangan saudara ?”

“Sejarah berulang. Mendaruratkan negara. Saudara harus belajar politik mendaruratkan negara sehingga ke Amerika Syarikat sekali pun. Itu kerja-kerja politik status quo yang sedang bangkrap pengaruh politiknya. Mereka akan pergunakan slogan ‘keselamatan negara’ demi keselamatan politik mereka.”

Saya telah membaca kenyataan Idris Ahmad dalam Harakahdaily hari ini, yang menyatakan penggunaan ISA itu membuktikan Malaysia adalah negara polis.

Tapi, apakah tidak boleh dikatakan negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang memiliki penguatkuasaan darurat yang tersembunyi?

Dalam buku kecil terbitan DBP tahun 1982 yang berjodol Undang-Undang Darurat oleh Mohd Salleh Abas, pada muka surat 24, bekas Ketua Hakim Negara itu menulis:

“Menurut Perkara 150 Fasal (3) darurat tamat apabila perisytiharan darurat ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong atau dibatalkan oleh Parlimen menerusi satu rumusan yang diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kita dapati daripada kelima-lima perisytiharan ini tidak ada satu pun yang ditarik balik atau dibatalkan. Adakah ini bermakna bahawa semua perisytiharan itu masih hidup dan berkuatkuasa? Jika demikian halnya maka Malaysia pada masa ini terletak di bawah lima darurat yang berjalan kuatkuasanya dengan serentak dengan tidak satu pun yang tamat?”

Deangan menulis secara bertanda soal begitu, Tun Mohd Salleh Abas seolah-olah meminta kepastian dari pihak lain. Ertinya Malaysia kita ini dalam kedudukan syubhat – sebelah kakinya bebas darurat, sebelah lagi berpijak kepada darurat !

Harakahdaily.net/-

Serang rumah ibadat: AMK gesa PM panggil sidang tergempar Parlimen

14 Safar 1431H

SHAH ALAM, 28 Jan: Angkatan Muda Keadilan Selangor menggesa rakyat agar tidak mudah terjebak dengan provokasi berikutan beberapa serangan sejak 3 minggu lepas ke atas gereja, surau dan masjid serta mencadangkan sidang Parlimen diadakan segera.

"Kita mahu agar perkara ini disiasat oleh suruhanjaya bebas kalangan pakar antarabangsa kerana perkara ini agak rumit dan sukar dirungkaikan," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut

Menurut Azli, AMK Selangor mengulangi kutukan keras terhadap serangan ke atas rumah-rumah ibadah sejak mutakhir ini yang dipercayai cubaan mewujudkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa.

"Kita berharap agar perkara ini tidak berterusan dan suatu tindakan konkrit dan pantas perlu untuk memastikan keharmonian dan semangat kasih sayang antara berbilang bangsa dan agama di negara ini terjamin," katanya.

Sehubungan itu, katanya, AMK Selangor bersama-sama dan menyokong penuh kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pemimpin muda gerakan belia Asean dari perikatan parti-parti utama Malaysia dan Indonesia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan keatas masjid di Petaling Jaya semalam.

Dalam apa yang dipanggil ‘Konsensus Manila’, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, Golkar, Gerindra dan Partai Bulan Bintang berkata serangan ini adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak yang mahu mencetuskan ketegangan agama.

AMK Selangor juga berharap tindakan proaktif Perdana Menteri khususnya untuk segera menyelesaikan perkara ini daripada berlanjutan dan berpanjangan.

"Kita mahu Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen untuk membahaskan isu tergempar ini kerana perkara ini cukup sensitif dan panas serta amat mendesak kerana melibatkan keselamatan dan keharmonian pelbagai bangsa di Malaysia," cadang beliau.

"Kita mahu hasil daripada sidang khas tergempar ini mampu membawa tindakan yang tepat dan pantas untuk menghentikan terus kejadian yang semakin menjadi-jadi ini," katanya.

Rakyat, katanya, menilai kepimpinan Perdana Menteri sama ada berupaya menyelesaikan isu panas ini atau sekadar membiarkan perkara ini berlanjutan yang menyebabkan imej dan nama negara kini semakin tercemar akibat kejadian serangan ke atas tempat ibadah ini.

Harakahdaily.net/-

Himpunan 10 ribu pemuda PAS Perak

14 Safar 1431H

IPOH, 28 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan untuk memperkatakan agenda Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak yang telah di rancang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2010 ini di Darul Taa’lim, Kubu Gajah, Selama, Larut.

Majlis akan bermula dengan perasmian oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak pada jam 10.00 pagi. Pengisian di sebelah pagi ialah persembahan pentas dan juga aturcara pertunjukan. Akan ada juga beberapa gerai pameran yang telah di jemput hadir selain gerai jualan dan juga bahagian derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DPPN Pk juga akan mengadakan majlis kenduri pemuda setelah kita berhenti berehat untuk makan tengahari dan bersolat Zohor jamaah. Pada sebelah petangnya kita akan mendengar beberapa ucapan pimpinan tertinggi kita. Antaranya ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga akan merasmikan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

DPPN Pk yakin dengan program tersebut akan membuktikan bahawa Pemuda PAS telah bersedia untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Ayuh Pemuda bersama kami, gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

DPPN Pk meminta supaya semua yang hadir, memakai baju berwarna hijau, simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran semua pada hari tersebut. Sekian terima kasih.

SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.


Harakahdaily.net/-

Pemuda PAS persoal daftar Puteri Umno di sekolah

14 Safar 1431H
Herman Samsudeen

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.

Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.


DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.

Jika Pihak Kementerian enggan bertindak, DPPWP mahu pihak Kerajaan memansuhkan larangan ke atas semua kakitangan awam, guru dan pelajar yang selama ini dilarang berpolitik.

Sewajarnya hak yang sama diberikan jika pihak Kerajaan benar-benar ikhlas dalam dasar yang direka mereka.

Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng telah dihalang untuk mengedarkan topeng muka H1N1 kepada pelajar.

Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Yb. Dr. Lo'Lo' Hj. Mohamad Ghazali yang dihalang menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di dalam kawasan Sekolah hingga terpaksa menyewa Hostel untuk program berkenaan.

Kuala Lumpur kini dikuasai oleh Pakatan yang memiliki 10 Kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional yang hanya ada 1 Kerusi. Tetapi kerana di Kuala Lumpur ini tiadanya Dewan Undangan Negeri maka, Umno dan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan mempergunakan sepenuhnya agensi Kerajaan yang ada termasuk Sekolah untuk kepentingan mereka dan melarang agensi berkenaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pakatan yang dipilih rakyat.

Lihat sahaja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Siapa dia di Parlimen? Dia hanya seorang Senator yang dilantik dari pintu belakang Pejabat Perdana Menteri, bukan wakil yang dipilih rakyat.

DPPWP bertegas agar Kerajaan memberikan layanan yang adil kepada semua wakil rakyat dan tidak memperkudakan sekolah dan agensi Kerajaan yang lain untuk meraikan 'wakil Rakyat Haram' di Kuala Lumpur.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuaan

Harakahdaily.net/-

WAN NIK WAN YUSSOF: Sokong Royalti Tolak Ehsan

14 Safar 1431H
Wan Nik Wan Yussof

Sepanjang minggu lepas, Negeri Kelantan tetap sarat dengan perkembangan isu semasa. Antara isu semasa yang berhawa panas dan mendapat liputan meluas media ialah tuntutan royalti minyak lawan bayaran wang ehsan, hubungan antara agama dan pendakwaan SPRM ke atas salah seorang bekas pegawai kanan Kerajaan Negeri.

Walau bagaimananpun, dari segi perbincangan umum dan terbuka nampaknya isu royalti minyak masih mendapat ranking tertinggi. Ia berikutan isu itu disentuh dan diulas oleh dua pemain utama – Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.


Namun, permulaan sentuhan yang mula memanaskan hawa adalah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menafikan hak Kerajaan Negeri di dalam pemberian wang ehsan mahupun royalti minyak. Penafian itu turut menyentuh soal integriti pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan apabila melahirkan kebimbangan wang itu tidak sampai kepada rakyat.

Begitu juga, penafian hak royali itu turut dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Atas sikap itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menganggap Mustapa sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu royalti minyak untuk negeri berkenaan.

Kenyataan Idris itu mungkin berasaskan kenyataan Mustapa yang menganggap tuntutan Kerajaan PAS Kelantan terhadap hasil minyak yang diperoleh di pelantar Bintang yang beroperasi sejak 1984 sebagai tidak berasas. Di samping, sebelumnya beliau juga menafikan hak Kerajaan Kelantan terhadap minyak yang diteroka di kawasan-kawasan bertindih atau dikenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia–Thailand.

Berikutan itu, pihak media telah mendapatkan reaksi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa lawatan di Kolej YIK Kok Lanas. Menurut Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, kenyataan dari pemimpin UMNO (merujuk kepada Dr Awang Adek ) adalah membayangkan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pandai mentadbir dan dijadikan alasan untuk tidak menyalurkan wang ihsan kepada kerajaan Negeri.

Hakikatnya, menurut Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bahawa pemimpin yang mentadbir negeri hari ini adalah yang diberi mandat oleh rakyat hampir 20 tahun lalu terbukti lebih ‘pandai’ mengurus harta rakyat berbanding Kerajaan Pusat.

Menurutnya, Kelantan jauh berwibawa berbanding pimpinan mereka (BN) yang terbukti telah mengamalkan dasar rasuah, berbanding pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang sentiasa bersikap telus.

Tuan Guru mengemukakan contoh; beberapa bangunan yang dibuat oleh kerajaan BN khususnya di Terengganu (merujuk kepada tadium) dan Perak (jambatan gantung Kuala Dipang) didapati runtuh.

Jambatan, masjid dan sebagainya terjadi sampai runtuh adalah akibat tidak pandai mengurus di samping boleh jadi berlakunya amalan rasuah.

Contoh khusus, seperti mana perbelanjaan projek sebuah jambatan dibina oleh pihak BN di Kampung Beris Jambu yang panjang ‘sejengkal’ bernilai RM12 juta melebihi harga sepatutnya.

Jika dibandingkan dengan harga jambatan yang dibina oleh Kerajaan PAS di Kelantan di Panchor berdekatan rumah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar, labih pajang dan jauh lebih rendah hanya RM9 juta sahaja.

Sehubungan itu, realiti fakta pentadbiran pincang kerajaan BN dapat dipamerkan dengan beberapa contoh lagi; betapa kes dihadapi kerajaan Kelantan sekarang berhubung dengan keputusan mahkamah dalam kes tuntutan Timbermine berjumlah RM800 juta juga adalah warisan pentadbiran pincang kerajaan BN ketika itu yang tidak pandai mengurus krisis, menyebabkan Negeri Kelantan menanggung beban.

Demikian pula jika diimbau kepada permulaan Kepimpinan Ulamak menerajui pentadbrian negeri pada 1990 dulu, banyak beban tertanggung akibat tidak pandai mengurustadbir atau governance yang lemah kerajaan BN sebelumnya.

Antaranya beban hutang dengan kerajaan Pusat mencecah RM760 juta, kemudahan asas yang terabai, ketirisan dalam amalan tender balak, kegagalan pelaburan pembangunan tanah di Lojing dan masalah penerokaan haram tanah dan pembalakan haram secara meluas.

Dalam konteks Kelantan, demikianlah rekod prestasi pentadbiran kerajaan BN. Jika dibuat penelitian kepada rekod pentadbiran BN di negeri-negeri lain pula, boleh jadi lebih banyak kepincangan yang boleh dipaparkan.

Misalnya, di Pahang sahaja berlaku beberapa pendedahan berhubung salah urus sumber alam hutan dan tanah tinggi. Antaranya, pendedahan aktiviti pembalakan haram di sekitar Rompin, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang pernah merekodkan lebih 200 kesalahan perhutanan dalam satu tahun, pernah berlaku saman pihak pembalak kepada kerajaan negeri, dan pencemaran serta penggondolan di Cameron Highland. Belum lagi dinilai dari segi keberkesanan pembangunan pelbagai agensi pelaksana.

Apapun penilaian dan persepsi yang cuba dibina di sebalik perkembangan isu di Kelantan, pihak pemimpin BN dilihat mengutamakan motif politik. Oleh itu, setiap tindakannya adalah cuba untuk memenangi hati rakyat dengan apa cara sekalipun.

Maka, dalam kes royalti lawan ehsan, rakyat dijadikan alasan untuk tidak melayani tuntutan Negeri Kelantan. Namun, pihak BN di Kelantan sekarang ini dilihat terdesak untuk menegakkan fakta yang songsang sehingga terpaksa menyeleweng maksud perjanjian antara Petronas dengan Negeri Kelantan yang membenarkan Kerajaan Negeri dibayar wang tunai sejumlah lima peratus daripada hasil minyak.

Rakyat Kelantan sudah cekap membaca nilai wang ehsan yang akan diterima rakyat jika pihak pemimpin BN menguruskan perbelanjaan. Sudah ramai mula bercakap, ”jika wang ehsan diberi kepada JPP, hakikatnya orang Umno yang akan dapat”.

Malah ada pula yang menterjemahkan, ”di sebalik projek akan berlaku agihan wang politik”. Misalnya, peruntukan kepada seorang ahli parlimen BN berjumlah RM1 juta, maka boleh difahami hanya RM500 ribu yang sampai kepada rakyat, RM500 ribu lagi adalah terlekat dalam poket pemimpin Umno.

Walaupun pemimpin Umno menafikan, tetapi itulah persepsi awam dan gambar yang terpampang di mata rakyat. Benarlah apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, ”Umno bertuhankan wang, maka matlamatnya adalah wang.” Mungkin rakyat Kelantan cukup memahami firasat tersirat daripada ungkapan itu.

Justeru itu, secara simboliknya perhimpunan solat hajat (28 Januari) menghimpunkan puluhan ribu rakyat adalah jawapan secara objektif hakikat sokongan rakyat yang menolak tindakan mempolitikkan wang hasil minyak. Dan hasrat rakyat mahukan royalti bukannya ehsan.

Maka, tindakan dan usaha serta perjuangan kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz sedang bergerak dilandasan yang betul. Sebaliknya pula, gerakan politik songsang Datuk Seri Mustapa sudah tergelincir daripada kehendak dan aspirasi rakyat.

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik
Menteri Besar Kelantan.

Harakahdaily.net/-

Pemuda Pakatan dan BN sepakat bantah serangan

14 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Pemuda semua parti politik di negara ini mengambil kata sepakat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat.

Dalam satu kenyataan bersama yang luar biasa dari parti politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) ini, mereka menyifatkan sebagai suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah kenyataan penuh mereka:-

KENYATAAN BERSAMA PEMUDA BARISAN NASIONAL DAN PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Kami, barisan kepimpinan sayap pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat. Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi.

Sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan. Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia.

Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.

Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan. Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan.

Kami sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa. Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara.

Pemuda Barisan Nasional Pemuda Pakatan Rakyat
Pemuda UMNO Angkatan Muda Keadilan
Pemuda MCA Democratic Action Party Socialist
Pemuda MIC Youth
Pemuda Gerakan Dewan Pemuda PAS
Pemuda PPP
Pemuda PBB
Pemuda SUPP
Pemuda SPDP
Pemuda PRS
Pemuda PBS
Pemuda UPKO
Pemuda PBRS
Pemuda LDP

Harakahdaily.net/-

Zambry bermain dengan perang haram - Nizar

14 Safar 1431H
Selena Tay

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berkata, pihak yang bermain dengan perang saraf (mind games) sebenarnya adalah Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

"Dia bukan sahaja bermain dengan mind games (perang saraf) bahkan juga perang haram (illegal games)," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seruan Datuk Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar BN Perak, agar Pakatan Rakyat di Perak menghentikan perang saraf dengan kenyataan mengatakan ‘Don’t Play Mind Games’.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Nizar berkata bahawa yang bermain ‘mind games’ ialah Datuk Zambry. Bukan setakat itu, dia yang juga sedang bermain ‘illegal games’.

Sejak kerajaan Pakatan Rakyat yang sah digulingkan oleh BN pada 5hb Februari 2009 sehinggalah tarikh keputusan Mahkamah pada 9hb Februari 2010 nanti, jawatan Menteri Besar Negeri Perak telah dikosongkan iaitu tiada siapa pun yang memegang jawatan ini.

“Yang bermain ‘mind games’ sebenarnya ialah Datuk Zambry Abdul Kadir dan EXCOnya yang haram itu,” kata Nizar dengan sinisnya.

Chang Lih Kang, ADUN Teja pula berasa hairan dengan kenyataan Zambry dan berpendapat mungkin Zambry dengan tiba-tiba telah berasa gelisah menunggu keputusan mahkamah pada 9 Februari nanti.

Chang berpendapat bahawa jika perkara ini sudah jelas dan berpihak kepada Datuk Zambry, maka keputusan Mahkamah akan sudah diberi pada 5hb November 2009 yang lalu iaitu ketika mahkamah itu bersidang.
Oleh itu, beliau berasa mungkin keputusan akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar. Namun ini adalah jangkaan beliau sahaja.

“Kami tidak bermain apa-apa game pun, mungkin Datuk Zambry berasa bimbang dan resah akan keputusan yang diberi oleh mahkamah nanti, oleh itu beliau membuat kenyataan sedemikian,” ujar Chang lagi.

Menurutnya, Pakatan telah bersiap sedia untuk Pilihanraya di negeri Perak sejak rampasan kuasa oleh BN pada Februari tahun lalu.

Namun demikian, kami berasa tidaklah senang untuk mendapat kemenangan disebabkan oleh tambahan banyak nama dalam senarai Daftar Pengundi yang disemak oleh pihak Pakatan Rakyat pada September 2009. Kami akan menyemak dengan teliti nama-nama yang baru ini," kata Chang lagi.

Menurut Chang, mungkin nama-nama yang baru ini adalah yang mungkin akan menyokong dan mengundi BN.

Jika begitu BN mungkin boleh menang di kawasan dimana Adun Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu, katanya.

"Bukan senang untuk Pakatan Rakyat memenangi kembali Negeri Perak. Pertempuran dijangka sengit dan 50% peluang kemenangan sebelum September 2009 telah turun,” sambungnya lagi.

Sementara itu, Lim Kit Siang, anggota Parlimen Ipoh Timur, ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semakin dekat dengan tarikh keputusan, maka semakin hangatlah perang saikologi (psychological warfare) yang dilancarkan oleh pihak BN.

Harakahdaily.net/-

Ariffahmi serah tugas CEO PMBK

14 Safar 1431H
Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 28 Jan: Isu membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang tadi, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

Isu membabitkan Ariffahmi timbul ekoran wujud dakwaan berlaku penyelewengan sehingga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malayasia (SPRM) membuka fail siasatan.

Kesnya tersebar kepada umum ekoran sebuah blog milik bekas pegawai PMBK yang mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Ketika ditemui beliau memberitahu telah menerajui agensi korporat milik kerajaan negeri itu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama lima tahun dua bulan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.

“Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.

Pada majlis itu anak-anak syarikat PMBK menyampaikan cenderahati kepada Ariffahmi sebagai tanda ingatan.

Hadir sama Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat, Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah dan pegurus-pengurus anak syarikat di bawah PMBK.

Ir Mustafa pula melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.

“Saya berharap mendapat kerjasama semua agensi kerajaan dan syarikat-syarikat anak bagi melancarkan lagi pentadbiran PMBK.

“Terima kasih juga kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui syarikat besar seperti PMBK,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul ketika berucap ringkas pada majlis tersebut turut melahirkan rasa sedih dan menghargai sumbangan Ariffahmi sepanjang berkhidmat di PMBK.

Harakahdaily.net/-

Ku Li: Kelantan berhak dapat royalti minyak

14 Safar 1431H
M Faqih

(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak)

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Harakahdaily.net/-

Pro-Aspirasi kuasai semula UM

14 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.

Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.

Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.

Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.

Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.

Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.

Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.

Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.

Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.

Harakahdaily.net/-

DUN Perak bubar sebelum 9 Februari ?

14 Safar 1431H.

Saya jangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum 9 Feb iaitu sebelum mahkamah mengumumkan keputusan penghakimannya. Kalau nak sebut tarikh pula,saya jangkakan pada mana-mana hari antara 1 hingg 7 Feb. Ini ramalan peribadi saya berdasarkan maklumat yang saya terima dan juga mengambil kira perkembangan terkini politik di Perak.

Sementara itu saya juga jangkakan pada 9 Feb, panel hakim akan mengumumkan NIzar sebagai pemenang nya, namun dalam keadaaan yang saya katakan diatas iaitu, DUN Perak telah dibubarkan.

Berdasarkan pengamatan saya sepanjang penghujahan kedua belah pihak Nizar dan Zambry pada 5 Nov tahun lepas, sesunggunhya sangat mustahil dan agak kurang masuk akal kalau hakim masih menyebelahi Zambry, artinya Nizar tetap akan diumumkan sebagai pemenang.

Oleh itu saya kira waktu sekarang tidak ada yang lebih utama melainkan menggerakkan seluruh organ parti unuk menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN tersebut. Jentera piluhanraya Pakatan Rakyat telah dan mesti digerakkan semaksima mungkin.

Kalaupun ianya meleset dan tidak berlaku dalam masa terdekat, namun saya ingatkan bahawa PRU ke 13 sudahpun tidak berapa lama lagi. Malah ada yang menjangkakan sekitar setahun dari sekarang.

Doakan sesuatu yang terbaik berlaku di Perak demi keadilan dan kemamuran yang telah terhakis akibat dari pelanggaran demokrasi dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Sama-sama kita tunggu dan lihat, benarkah ramalan saya diatas ?

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

29 Januari 2010

PIDATO MALAM INI.




Nik Aziz Kutuk Perbuatan Lontar Kepala Babi

13 Safar 1431H


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk tindakan pihak yang melontar kepala babi hutan di dua masjid di Lembah Klang semalam.

Beliau berkata, semua agama tidak boleh menerima perbuatan seumpama itu kerana ia bukan budaya rakyat negara ini.

"Perbuatan mereka yang cuba membakar dan melemparkan sesuatu yang haram dari segi agama di rumah ibadat adalah perbuatan tidak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis meraikan ketua-ketua agama yang diadakan di sini hari ini..

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian dua bungkusan kepala babi di lontar ke dalam kawasan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan dua lagi di Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing turut mengutuk perbuatan tersebut.

"Walaupun tidak diketahui apakah agenda yang tersirat di sebalik perbuatan itu, namun ia tetap dikutuk oleh semua penganut agama," katanya.

Nik Aziz rai ketua-ketua penganut Agama

13 Safar 1431H

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut Agama di Kota Bharu, hari ini. Perjumpaan itu turut dihadiri Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing. -- foto BERNAMA

Penduduk jatuh dari titi usang.

13 Safar 1431H
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG: Kes seorang penduduk jatuh dari atas titi kayu sementara selebar semeter sepanjang 3 meter ganti jambatan runtuh menyeberangi anak sungai di Kampung Ulu Chepor dekat sini minggu lalu wajar menjadi peringatan supaya jambatan baru dibina segera.

Sekiranya titi sempit itu masih digunakan, dibimbangi akan berlaku kes lain yang lebih teruk lagi daripada kes yang nyaris menyebabkan wanita terbabit cedera apabila mangsa yang menaiki sebuah motorsikal terjatuh dari atasnya.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Ruhul Ain Othman, 40, yang dalam perjalanan pulang dari kedai kerana membeli barangan dapur dengan menonggang motorsikal bersendirian terus terjatuh ke dalam anak Sungai Chepor, tetapi bernasib baik kerana motorsikalnya hanya tumbang di atas titi berkenaan.

Ketika ditemui dalam tinjauan petang semalam, Ruhul Air berkata, dia juga bernasib baik apabila terjatuh ke bahagian hulu anak sungai, sambil menjangka dia mungkin akan tercedera sekiranya terjatuh ke sebelah kanan arah pulangnya yang masih terdapat batu-batu tapak binaan jambatan asalnya.

"Ketika sampai di tengah-tengah titi itu saya gagal mengawal motorsikal dan terus tumbang dan kalau motorsikal juga jatuh ke dalam sungai mungkin saya akan berada di bawahnya, begitu juga kalau saya terjatuh ke sebelah kanan mungkin saya akan kena batu.

"Saya bernasib baik kerana jatuh atas pasir dan tidak cedera, tapi saya masih trauma dan berasa takut untuk menonggang motorsikal melalui atas titi itu," katanya.

Ruhul Ain berkata, memadai hanya dia yang menjadi mangsa titi sempit yang dibina penduduk untuk sementara menanti jambatan baru dibina itu, tidak mahu ada mangsa lain selepasnya.

Seorang Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia 4B kampung itu, Haris Mohd Bakri, 23, berkata asalnya yang dibina daripada besi dan dikonkrit roboh akibat banjir besar November lalu.

Katanya, oleh kerana jambatan itu juga digunakan oleh lebih 30 pekebun kecil di Kampung Chepor, yang berulang alik antara rumah dan ladang mereka setiap hari, penduduk telah membina titi kayu yang boleh untuk laluan pejalan kaki dan penonggang motorsikal saja.

"Titi itu juga digunakan oleh pekebun-pekebun kecil yang membawa motorsikal sarat dengan getah sekerap dari ladang mereka setiap hari, selain menjadi laluan penduduk ke kedai dan sebagainya.

"Pihak berkenaan telah beberapa kali datang melihat keadaan titi itu dan ada pihak memberi jaminan pembinaan jambatan baru akan bermula Januari tahun ini, tetapi sampai sekarang masih terbiar begitu," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Lenggong, Razman Zakaria yang menziarahi mangsa dan meninjau keadaan titi kayu itu, berkata sepatutnya jambatan yang runtuh akibat banjir itu sudah diganti jambatan baru.

Katanya, kerosakan-kerosakan kemudahan awam seperti jambatan akibat banjir dan sebagainya, ada peruntukan khas yang boleh disegerakan.

"Pihak berkuasa wajar menyegerakan pembinaan jambatan baru kerana jambatan itu digunakan oleh orang ramai, termasuk lebih 30 penoreh.

"Jangan sampai ada kes terbaru yang lebih teruk baru hendak dibina jambatan yang lebih kukuh," katanya.





Harga Proton Waja Di Arab Saudi

13 Safar 1431H
Email : BADRUL HISHAM HJ. AHMAD FUAD

1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!


Malaysia Government suppose to protect their people instead of cheating their hard earnings..!!

Ketika manusia berlutut di depan neraka

12 Safar 1431H
http://akhisalman.blogspot.com

Pada hari kiamat semua umat akan duduk berlutut. Mereka akan diberikan kitab amalan mereka: Allah menyalin semua yang kita akan lakukan didunia di dalam kitab untuk membalas segala perbuatan kita. Firman Allah swt:

وَتَرَى كُلَّ أُمَّةٍ جَاثِيَةً كُلُّ أُمَّةٍ تُدْعَى إِلَى كِتَابِهَا الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ


Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.


هَذَا كِتَابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِالْحَقِّ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".

Ayat 28 - 29 surah al-Jathiah.

Ibnu kathir berkata:

Semua manusia duduk berlutut kerana terlampau terkejut dengan kedatangan neraka yang ditarik malaikat. Ketika berbunyinya hembusan nafas neraka, semuanya terduduk berlutut. Nabi ibrahim pun sama dan berkata "Diriku , diriku , diriku. Aku hanya meminta padamu untuk diriku sahaja. "

Sebab apa manusia semua terduduk berlutut ? ini sebab kedatangan neraka yang ditarik oleh jutaan malaikat. Firman Allah swt:

وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan pada hari itu didatangkan neraka Jahannam; dan pada hari itu manusia akan ingat amalannya yang lepas, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya." (23 : al-Fajr)

Jutaan Malaikat yang menarik neraka seperti mana yang diceritakan oleh baginda:

يؤتي بجهنم يومئذ لها سبعون ألف زمام مع كل زمام سبعون ألف ملك يجرونها

" Pada hari kiamat neraka jahanam aka di datangkan oleh para malaikat. Ia mempunyai 70 ribu tali penarik. Setiap tali akan ada 70 ribu malaikat yang menariknya."

Hadis sahih Muslim.

Aaaaaaaaaaaah... begitu dahsyat sekali neraka jahannam. Patutla semua , sehingga para Nabi pun terduduk. Manusia bukan sahaja terduduk. Malahan mereka menyesal diatas kecuaian yang mereka lakukan di dunia. Lihatlah sambungan ayat tadi. Tuhan berfirman :

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

(setelah didatangkan neraka) Dia berkata: "Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini"

ayat 24 : al-Fajr

Seorang sahabat Nabi saw yang bernama Muhammad bin Abi 'Amirah berkata:

"Kalulah seorang hamba Allah itu merebahkan wajahnya ke bumi sejak ia dilahirkan sehingga dia mati dalam melakukan ketaatan nescaya dia tetap akan menghina dirinya pada hari kiamat dan berharap akan kembali ke dunia untuk menambahkan amalan dan pahala."

Hadis Mauquf dgn sanad sahih riwayat Imam Ahmad.

Dalam ayat 23 surah al-Fajr diatas tuhan menyatakan bahawa ketika neraka jahannam dibawa oleh malaikat barulah manusia teringat untuk beramal, tetapi tuhan jawab:

وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى

"Dan apa gunanya manusia baru teringat ketika itu." (23 : al-Fajr)

Tuhan telah memberi manusia peluang yang cukup di dunia tetapi manusia tidak menggunakannnya , maka terimalah akibatnya pada hari kiamat. Firman Allah swt:

وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحاً غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ

Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka) nescaya kami akan mengerjakan amal yang saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan(tuhan berkata)". Dan bukankah Kami telah memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan ? maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun. (37 : al-Fatir)

Jadi hujjah Allah kepada ahli neraka ada dua:

Pertama: Allah sudah memberi umur dan masa yang cukup tetapi manusia sibuk dengan kepentingan dunia. Amalan agama pun diniatkan untuk dunia. Jadi setiap detik yang kita lalui ini amatlah berharga.

Kedua: Para pemberi peringatan dikalangan Rasulullah saw dan para ulama sudah memberi peringatan tetapi kita tidak mahu mendengarnya. Kita malas untuk ke majlis ilmu.

Pada ketika manusia berlutut di depan neraka , setiap manusia hanya memikirkan tentang dirinya sahaja. Manusia tidak memikirkan hal keadaan orang lain. Ibu bapanya, sanak saudara , rakan taulan, kekasih hati dan lain-lain. Semuanya sibuk dengan diri masing-masing. Firman Allah swt:

يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ .وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ . وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ . لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

"pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapaknya, dari istri dan anak-anaknya. Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. " (33-37 : Abasa)

KESIMPULAN

Marilakah kita sama2 menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Tuhan bertanya bila hati kita hendak khusyuk dan diri kita hendak tunduk dengan ajaran tuhan. Firman Allah swt:

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." (16 : al-Hadid)

MARILAH KITA KEMBALI KEPADA TAAT DAN JAUH DARI MAKSIAT ZAHIR DAN BATIN. TAAT ITU KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT SERTA MAKSIAT ITU MEMBAWA KEKECEWAAN DUNIA AKHIRAT

rujukan: Tafsir Ibnu kathir dan Ahwal Yaumil Qiamah oleh ibnu kathir