14 Januari 2010

Adun BN perlu jelaskan tajaan tunai haji

27 Muharram 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 12 Jan: Kebiasaan orang kampung terpaksa menyimpan bertahun-tahun untuk mengumpul wang sebanyak RM16,000 di Tabung Haji bagi membolehkan mengerjakan ibadat haji.

Lebih mengharukan lagi apabila ada bakal haji yang sudah mencukupi jumlah tersebut masih tidak dapat menunaikan fardu haji kerana nama tidak disenaraikan.

Itulah kebiasaan yang kita dengar susah payah orang kampung untuk menunaikan rukun Islam kelima.

Namun lain pula bagi pemimpin Umno apabila dapat menunaikan haji dengan mudah tanpa perlu menunggu menggenapkan simpanan RM16,000.

Tahun lepas difahamkan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Mat dikatakan mendapat keistimewaan tersebut yang dibiayai Tabung Haji.

“Saya minta penjelasan Datuk Alwi, saya difahamkan beliau ke Makkah sekali dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan 20 orang VVIP yang mana tambang pun disediakan Tabung Haji,” dakwa Adun Salor, Datuk Husam Musa.

Beliau meminta Alwi yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan menjelaskan berhubung tajaannya ke Makkah sebelum gemar mencari kesalahan orang lain.

Semalam sebuah akhbar tempatan melaporkan Adun Kok Lanas mendakwa mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek bernilai RM516 yang diberikan kepada enam pihak termasuk Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Ariffahmi Abdul Rahman.

Dalam kenyataan tersebut Alwi meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tidak wajar Alwi membangkitkan isu kek kerana ia dianggap menjadi kelaziman dalam dunia korporat.

“Sekiranya Alwi menyibuk diri ingin menjelaskan isu kek PMBK, pemergiannya ke Makkah dengan tajaan Tabung Haji juga perlu diberi penjelaskan kerana orang ramai hendak tahu.

“Kenapa Tabung Haji taja beliau, adakah ia dibolehkan,” ujarnya.

Harakahdaily.net/-

3 ulasan:

yes berkata...

Saya juga nak penjelasan tentang hadiah package haji RM 65,000 x 4 pada Nik Aziz. Betul, Nik Aziz tak jadi pergi tetapi adakah itu hadiah, atau cubaan untuk rasuah. (Bebudi dahulu nanti masa akan datang minta habuan)

Pada orang Pas ( termasuk saya ) sekali kena tipu = kita bodoh, lebih dari sekali kena tipu = itu bangang namanya.

Budak Pencen berkata...

YB Alwi sepatutnya tidak timbulkan isu remeh
yg nilainya hanya rm 600.Tok Guru sudah tentu
tidak minta,malah makan pun belum tahu.Kalau YB
orang berseh,mengapa tidak tolak tawaran naik
haji olih Tabong Haji.Atau ianya bolih kerana
ia anak Syarikat kerajaan?

Tanpa Nama berkata...

nnt klu ada org nk belanja mkn kepok pn jgn makan ye tok guru nnt jd bahn kes SPRM...