14 Januari 2010

Jawatan: Nik Aziz serah kepada Nik Abduh

27 Muharram 1431H
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 13 Jan: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan kepada anaknya, Nik Mohamad Abduh, untuk mengekalkan jawatan dalam agensi kerajaan atau sebaliknya, memandangkan beliau sudah aqil baligh.

Menurutnya, keputusan itu tidak perlu dibincangkan dengannya memandangkan Nik Abduh sudah dewasa.

Katanya, lagipun anaknya itu sebenarnya meminati perniagaan, jadi tindakan itu (melepaskan jawatan) begitu wajar memandangkan minatnya dalam bidang berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Nik Abduh yang akan meletakkan dua jawatan yang dilantik melalui lantikan politik termasuk sebagai Pengerusi Binaraya Sdn Bhd yang dijangka tampat kontraknya tahun hadapan.

Katanya lagi, beliau tidak berhasrat untuk menghalang tindakan anaknya itu memandangkan setiap manusia mempunyai minat yang berbeza.

“Anak saya ni macam-macam ada (pegang jawatan), pegawai kerajaan ada, guru, ada yang minat berniaga, macam saya ni minat bercucuk tanam,” ujarnya.

Isnin lepas, walaupun masih dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Nik Abduh tidak hadir untuk majlis angkat sumpah dan menerima jawatan.

Harakahdaily.Net/-

8 ulasan:

Unknown berkata...

Buatlah apa pun yg difikirkan perlu dan baik utk jemaah...
Musuh tetap mencari dan ada saja mehnah utk memburukkan keadaan dan kerajaan yg ada sekarang...
dah adat menjadi musuh..mmg akan memberikan masalah..cuma kita perlu bijak menghadapi permasalahan..

Sheikh Sambal berkata...

letak jer jawatan....drpd terbuka kpd fitnah lbh baik berundur...kang tah hapa-hapa lagi ditulis dek kickdafella!!

baei berkata...

Untuk masa akan datang, anak atau menantu pemimpin jangan dilantik untuk negeri berkenaan kerana ialah boleh mengundang fitnah. biar negeri lain yang mengambilnya. Kerja untuk Islam tidak perlu berpaut kepada tempat asalnya.

princeman_ berkata...

tetap dengan pendirian,,tegakkan Islam..pergi jahanam sekular

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah akhirnya.... tamat satu episod duka di Kelantan moga negeri Kelantan diberi rahmat oleh Allah......

Tanpa Nama berkata...

Tapi UM-NO tetap intai kita orang yang berjuang ini..kena jaga-jaga dan hati-hati....salam

Tanpa Nama berkata...

cdgkan nik abduh beri tumpuan penuh pada sek tahfiz nikmatillah,pelajar2 terbiar tanpa kawalan dan disiplin yg teratur..kesian budak2 tu..

Tanpa Nama berkata...

Eloklah lepas jawatan..skrg sure dah cukup modal untuk berniaga.

Tak payah bergantung pada bapak lagi