10 Januari 2010

Bakar gereja, di mana polis?

23 Muharram 1431H
Tok Pepijat

Sirah Nabawiyyah adalah mutiara perjalanan mukmin. Ketika Rasulullah menghantar bala Tenteranya 3,000 orang menuju Mu'tah untuk menghadapi Tentera Rom yang menganut Kristian seramai 200,000, baginda memberi beberapa pesanan. Antaranya :

1) Jangan membunuh wanita, orang tua dan kanak-kanak.

2) Jangan tebang pokok dan merobohkan bangunan.

3) Jangan menganggu paderi-paderi di Gereja mereka.

Itulah pesanan Rasulullah di saat menuju medan perang.

Kini, kita di Malaysia berada dalam zon aman, tenteram dan harmoni. Mengapa perlu mengebom Gereja ? Adakah ini ajaran yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya.

Insiden membakar 3 gereja semalam benar-benar memalukan kita sebagai Umat Islam. Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran puak-puak perkauman. Versinya sama seperti peristiwa pijak kepala lembu. Dulu mereka menghina agama Hindu. Kini menghina ugama Kristian.

Puak-puak perkauman tiada modal berhujah. Modal mereka hanya "ISA", pijak kepala lembu dan kini bakar gereja.

Pelik kita melihat aksi polis. Jika demo BERSIH dan GMI anti ISA tempoh hari, polis dengan kekuatan SB, FRU dan ribuan anggota "celik mata" 24 jam pantau pergerakkan demo dengan membuat roadblock sekitar ibukota beberapa hari sebelum demo.

Tapi reaksi polis dalam kes ini tidak begitu proaktif. Bermula tiada tindakan tegas ketika puak perkauman pijak kepala lembu kemudian diraikan oleh Menteri Polis Hishamudin di Putrajaya lepas itu baru didakwa.

Begitu juga aksi demo semasa bantah penggunaan Kelimah ALLAH di perkarangan luar Masjid Sultan Salehudin. Ada yang melaung "bakar gereja". Mana anggota polis? Tiada tangkapan. Bahkan perhimpunan itu tiada permit polis.

Sepatutnya, pihak polis sudah membuat persiapan mengawal gereja apabila terdapat ancaman membuat demo seluruh negara. Janganlah polis hanya bertindak cepat jika yang mengancam parti pemerintah UMNO seperti demo BERSIH dan GMI.

Itulah yang rakyat nampak sekarang. Polis hanya jaga parti pemerintah.

Harakahdaily.net/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

islam hadhari
malaysia bestari
najib bahagia bersama isteri

MIBU BULAN. berkata...

Aku nak habak kat hampa......
Aku adalah pesara Polis dan aku tau apa yang Polis buat.....
So.... Cuma aku nak bagitau.... Sebilangan Polis adalah " PENCACAI BN "....

Tanpa Nama berkata...

Polis makan gaji buta....
Tapi tak semua polis.....
kebanyakkannya........

Tanpa Nama berkata...

ooi aku pun polis gak, aku tak makan gaji buta , aku cuma makan rasuah buta aje. hangpa gak yang bagi.aku lepas yang bagi aku makan. aku acah aje tangkap orang. kalau huluq aku lepaih la.
polis 1 malaysia

Tanpa Nama berkata...

kih kih gatai gusi lak tok wan.hi hih he he lawak lawak.polis la ni bukan macam zaman tok wan ngaji sekolah darjah tiga tahun 1960 dulu. time tu polis pimpin kami lintas jalan, depa digambarkan sedemikian dalam buku teks TANGGA BACAAN. Buku tu dikarang oleh cikgu lulusan Maktab perguruan Tanjung Malim tauuu!! Ada lagi ka buku tu cu haa?Kalau ada suruh DBP ulang cetak dan tabur satu negara khsnya di kem kem polis, he he...biak depa banding tengok ,perangai serta tingkahlaku depa la ni, ada murni ka tarak murni, ada boleh dijadikan teladan ka atau leh dibuat sempadan...hih hih hih..bye bye dari tok wan pencen polis ...ala latokkk