10 Januari 2010

Pakatan kutuk serangan ke atas gereja

23 Muharram 1431H

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pakatan Rakyat mengutuk keras tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang tiga gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi.

Demikian kenyataan pemimpin tertinggi Pakatan yang dikeluarkan petang ini. Kenyataan itu ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Pakatan.

KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

8 JANUARI 2010

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini.

Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan.

Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.

YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Harakahdaily.net/-

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tak heran dengan 13 MAY IN THE MAKING..PASAL BEKAS KETUA PERIKATAN @ UMNO(SKARANG) PUN PERNAH BUAT KERJA MACAM NI...DIAORANG DAH TAKDE MODAL LAGI MACAMANA NAK CARI ALASAN UNTUK MENAHAN PEMIMPIN PR YG SEJAK DUA MENJAK NI MENDAPAT SOKONGAN PADU DARI RAKYAT..AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA BERDOA AGAR MEREKA2 YG KUNUNNYE JADI PEMERINTAH@HERO DILAKNAT OLIH ALLAH S.W.T.DI DUNIA DAN AKHIRAT....AMIN

Tanpa Nama berkata...

Kegagalan 1malaysia
cuba tanya geng kepala lembu
kot kot depa tahu sape punya kerja

Tanpa Nama berkata...

kesal betul peristiwa ini terjadi di Malaysia ni.perbuatan ni harus dikutuk.

azman kamarul berkata...

Apapun semua telah terjadi, yang bersalah boleh terlepas kerana dilindungi tetapi di akhirat kelak tiada tempat untuk menyembunyikan diri..
cuma yang saya gusarkan peristiwa ini seolah-olah seperti membawa kepada peristiwa operasi lalang di zaman diktatorship mahathir dulu...seolah-olah macam nak jadi begitu...

Tanpa Nama berkata...

Maka berbondong bondonglah orang Pas pergi mententramkan mereka yang terlibat. Kesah Keroni dan kerajaan anak menantu pun di lupakan buat masa ini.