15 Januari 2010

China Perlu Berusaha Gigih Menjayakan Usaha Mencegah Rasuah

28 Muharram 1431H

Presiden Hu Jintao menegaskan, kerajaan perlu berusaha mendorong pembangunan parti yang bersih dan terus membanteras rasuah. Media massa berpendapat, China perlu berusaha gigih untuk menjayakan usaha mencegah rasuah dalam jangka masa panjang.

Akhbar Harian Undang-Undang menganalisis bahawa kerajaan perlu mengadakan inovasi terhadap sistem pencegahan rasuah ekoran jumlah pegawai yang terlibat dengan rasuah kian bertambah.

Menurut Hu Jintao, kerajaan perlu membentuk sistem pencegahan rasuah yang saintifik dan lengkap danmenjamin kedudukan yang sama bagi rakyat di sisi undang-undang tanpa keistimewaan khas. Kenyataan tersebut memperlihatkan keazaman kerajaan untuk menjayakan usaha membanteras gejala rasuah.

Sidang Pleno ke-5 Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Parti Komunis China ke-17 tertutup di Beijing hari ini.

CRI/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita pula dgn berbagai keistimewaan khas untuk penerima rasuah tertentu...
Orang boleh kenapa kita tidak?

david ahmad muniandy berkata...

umum dalam siaran berita secara langsung memang kata nak mencegah rasuah lepas itu orang asing baca tepuk tangan kata very good we must follow, lepas habis siaran berita dalam tv atau akhbar lepas beberapa hari berlaku balik makan rasuah seperti pak lah umumkan mesti mencegah rasuah, bagi aku mana-mana tempat lebih kurang sama bukan hanya negara malaysia sahaja makan rasuah.
orang buat baik apabila mendekati dengan orang ramai sebab dapat pujian dari orang ramai itu hanya dari segi luaran sahaja, tetapi dalaman macam taik.

Tanpa Nama berkata...

SPRM boleh bantu rasuah