28 Muharram 1431H
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 14 Jan: Jika polis boleh ‘dipermain’ oleh seorang pelajar berumur 19 tahun, sudah tentu Umno lebih dahsyat lagi menipu dan memperalatkan polis untuk kepentingan politik yang tersepit, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas tindakan polis menahan seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menulis dalam Facebook kononnya dia membakar gereja dan kemudian melepaskannya kerana pelajar itu mengaku beliau hanya "main-main", beliau bimbang "kes pembakaran gereja akan jadi macam kes enjin jet hilang".
"Setahun empat bulan polis ambil masa untuk siasat baru dapat tangkap dan dakwa. Itu pun sarjan dengan prebet sahaja. Yang di atas terlepas, yang lagi atas hilang terbang bersama enjin jet," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mempersoalkan kenyataaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis yang mendakwa mereka sudah mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian pengeboman dan pembakaran gereja yang berulang-ulang sejak Jumaat lalu.
"Bila saya membuat kenyataan mempersoalkan kenyataan mereka yang sangat meragukan dengan penghujahan mudah di mana saya berkata, kalau dah kenal pasti apa yang susah sangat hendak membuat tangkapan, mereka mendakwa pula bahawa mereka perlu mendapat maklumat yang tepat dan terperinci sebelum membuat sabarang tangkapan kononnya untuk mengelak ada yang mempersoalkan tindakan penangkapan.
"Tiba-tiba dilaporkan seorang (pelajar kolej) telah ditahan polis selepas dia mengaku dalam (laman) Facebooknya bahawa dia melakukan pembakaran gereja. Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas menyatakan dia sengaja buat pengakuan main-main," katanya.
Mahfuz mempersoalkan bagaimana polis boleh bertindak dan menangkap pelajar itu tanpa penelitian yang rapi terlebih dahulu sedangkan suspek yang sudah dikenal pasti polis belum ditangkap dengan alasan tidak mahu penangkapan dipersoalkan.
"Mana ada orang yang bakar lepas itu dia bagi tahu pada polis dia yang bakar. Tak masuk akal langsung. Setahu saya mana ada orang nak mengaku kata dia yang bakar. Bawa pertuduhan ke mahkamah pun dia tak mengaku," katanya.
Beliau berkata, tindakan polis yang "sekejap (menyatakan) kena siasat dan teliti dahulu, sekejap terus tangkap" menyebabkan orang ramai mempersoalkan kebijaksanaan polis.
Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai "nasib rakyat Malaysia bila keadilan, ketenteraman dan keamanan diperdagangkan oleh pedagang-pedagang politik Umno.
Harakahdaily.net/-

5 ulasan:
Gempar – Skandal UMNO – Klik sini
Ini lagi gempar..
klik sini<-- Penipuan Najib & DBKL
nanti akan keluar hasil siasatan UMNO tak terlibat???
keadilan tak berlaku selagi najib dan BN perintah malaysia
Salam,
Pada pendapat aku, rakyat Malaysia sekarang terutama generasi muda 30-an dan 20-an bukanlah generasi yang BODOH...
Mereka mendapat maklumat dari pelbagai sumber dan memproses data yang mereka perolehi dan mengambil kesimpulan yang betol tehadap apa yg berlaku sekarang.
Mereka bukanlah seperti sesetengah generasi terdahulu Melayu yang seperti Lembu di cucuk hidung...apa yang di nyatakan oleh pemerintah atau Media Pengampu (yang macam Hamman dan Qarun pengampu Firaun zaman Nabi Musa as dahulu)semuanya betol dan benar...
UMNO atau PEKEMBARaSUAH sekarang di pimpin oleh rata2 pemimpin yang lambat bertindak(kerana dalam kepala duk fikir pasal duit/saham/projek sahaja) dan lemah daya berfikir dan dah terbantut kebijaksanaannya.
Jadi apa saja yg dibuat SEMUANYA TAK MENJADI...
SAMA MCM DALAM FILEM P.RAMLEE "TAK JALAN JUGAK JARUM AKU" KATA TUAN DIREKTOR AHMAD NISFU DALAM MUSANG BERJANGGUT.
DAN MENTERI2 KITA PON SAMA MCM DALAM FILEM ITU,
PATUT SEMUANYA KENA PENCEN JAGA CUCU KAT RUMAH.
SEKARANG NI, KALAU DENGAR KOMEN MENTERI2 DALAM APA JUGA ISU....
AKU CUKUP MENYAMPAH SEBAB...
MEREKA BERCAKAP BAGI KEPENTINGAN DIRI DAN POKET MEREKA SAHAJA...
MEREKA BERCAKAP UNTUK MENCARI PUBLISITI DAN NAK JADI POPULAR SAHAJA TANPA BERFIKIR ADAKAH IANYA BAIK UNTUK SELURUH RAKYAT...
MEREKA BERCAKAP DAN BERI KOMEN BODOH2... DAN SELALUNYA TAK MENJAWAB APA YG DI TANYA... TAPI BUAT KENYATAAN BODOH...
KEBANYAKANNYA TIADA NILAI BERITA DAN BIASANYA WARTAWAN AKAN MENGULAS SUAPAYA KENYATAAN MENTERI TIDAK DI TERTAWAKAN RAKYAT...
BILA DAH TERLALU RAMAI PENGAMPU, MAKA NEGARA KITA AKAN MENJADI SEPERTI CERITA INGGERIS
" RAJA YANG BERPAKAIAN BARU (PADAHAL RAJA TELANJANG) HAHAHA
Catat Ulasan