11 Safar 1431H
Ahmad Baei Jaafar
Berdasarkan berita tv semalam, iaitu hasil daripada Kerajaan Kelantan menolak cadangan kerajaan pusat untuk melantik wakil kerajaan dalam jawatankuasa perundingan wang ihsan, rakyat Kelantan menggesa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertimbangkan semula penolakan itu.
Saya mendengar dengan penuh teliti kata-kata beberapa orang yang ditemubual bagi menyokong berita tersebut. Kata mereka, Menteri Besar patut pertimbangkan semula penolokan itu demi rakyat. "Rakyat miskin perlukan wang ihsan itu, dia dah ada gaji tak mengapalah," kata seorang wanita 60-an.
"Ketepikan soal politik, sebab wang ihsan ini akan diberi sama rata kepada rakyat tanpa mengira parti Pas atau Umno," kata seorang lelaki 60-an.
Ada juga yang berkata, wang ihsan untuk rakyat Kelantan kenapa pula hendak disekat. Kata-kata ini sudah tentu merujuk kepada tindakan kerajaan Kelantan itu sebagai menyekat kemasukan wang ihsan.
Saya tidak pasti sama ada ucapan itu sudah diset oleh wartawan atau idea mereka sendiri. Kalau ucapan itu datang daripada mereka sendiri, adalah mereka mewakili seluruh rakyat Kelantan. Hal ini kerana mengikut laporan berita tv itu pandangan tersebut sebagai mewakili hampir keseluruhan rakyat Kelantan.
Kalau jawapan itu sudah diset begitu, berita ini secara tidak langsung mendedahkan ketidakcerdikan orang Kelantan kerana jawapan itu menunjukkan mereka sendiri tidak tahu hakikat wang ihsan. Lebih malang lagi kalau jawapan itu diajar oleh orang politik, maka rakyat menjadi mangsa politik mereka. Sepatutnya mereka dijelaskan terlebih dahulu konsep wang ihsan dan bagaimana akan diagihkan.
Saya percaya ramai lagi yang ditemubual, tetapi jawapan mereka mungkin tidak mahu dipimpin maka sebab itu suara mereka tidak disiarkan. Orang Kelantan yang saya kenal, mereka bijak berfikir maka tidak mungkin akan memberi jawapan seperti di atas. Sebaliknya mereka akan melihat isu yang diperbincangkan.
Dijelaskan di sini, wang ihsan seperti yang dijanjikan Kerajaan Pusat tetap akan sampai ke negeri Kelantan sama ada dipersetujui Kerajaan Kelantan atau tidak. Kemudian penubuhan jawatankuasa perundingan wang ihsan sama ada disertai oleh Kerajaan Kelantan atau tidak, wang ihsan akan tetap sampai ke Kelantan.
Pada saya Kerajaan Kelantan menolak tawaran itu mungkin kerana dua sebab ; pertama walaupun kerajaan menyertainya wang ihsan akan disalurkan seperti yang dirancang oleh kerajaan pusat; kedua dengan menyertai jawatan kuasa itu bererti kerajaan negeri menerima konsep wang ihsan tajaan kerajaan pusat. Ini bermakna, rancangan saman kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat terpaksa dihentikan.
Sebenarnya, wang ihsan akan diberikan kepada Ketua Bahagian Umno seluruh Kelantan. Merekalah yang akan mengagihkan wang itu mengikut perancangan yang ada. Namun wang itu tidaklah diberi kepada individu sebaliknya melalui projek Kerajaan Pusat.
Berdasarkan itu, rakyat Kelantan sama ada yang bercakap dalam tv atau yang mendengarnya tetap tidak akan mendapat wang ihsan. Maknanya sama ada kerajaan Kelantan bersetuju atau tidak, rakyat Kelantan tidak akan merasai wang itu kecuali dalam bentuk projek seperti jalan, bangunan dewan dan sebagainya.
Dalam hal ini rakyat Kelantan yang bercakap dalam tv itu harus diberitahu hakikat wang ihsan ini dan perbezaannya dengan wang royalti yang diminta oleh Kerajaan Kelantan. Jika kerajaan memperolehi royalti, wang itu akan dimasukkan dalam tabung negeri. Maka kerajaan negeri akan menggunakan wang itu untuk projek kerajaan negeri secara lebih tersusun.
Saya melihat isu ini berlanjutan hanya kerana mainan politik yang tidak bijak. Kerajaan pusat boleh terus menggunakan istilah wang ihsan tetapi konsepnya perlu diubah iaitu wang itu hendak dimasukkan dalam tabung kerajaan negeri. Dengan cara ini kerajaan pusat akan lebih dilihat mementingkan rakyat daripada politik sesuai dengan falsafahnya, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
Saya yakin kalau Kerajaan Pusat sanggup berbuat begitu, seluruh rakyat Malaysia akan hormat dan bangga terhadap Perdana Menteri dan pada masa yang sama Kerajaan Kelantan akan hentikan usaha menyaman Kerajaan Pusat. Hal ini kerana wang ihsan dan royalti adalah sama.

16 ulasan:
nak tahu knp?sbab rakyat yg ditemuramah tu dah kena beli. apa ke bngong nya dia,bleh kata kerajaan kelantan nak sekat wang ehsan tu,dia xfhm2 lg ke.krajaan kelantan tolak pemberian wang ehsan kpd kelantan.sini kena fhm molek yg kena temuramah tu.bila tolak,bukan bermakna ptis tu xsmpai ke demo.pitis tu smpai,cuma nak bagi ke demo tu bukan krajaan negeri.tp JPP.tahu gapo dio JPP.JPP nila BN.tok guru ghoyat tolak pitis ehsan sbab ia tdak terkandung dlm perjanjian petronas.ni pun kena fhm molek.yg ada adalah ROYALTI.dgr molek2 ROYALTI.bila royalti kena salur ko Krajaan negeri.ini kena la fhm mangkuk oiii yg tubik TV tu.pasal xstuju nge krajaan negeri sbab tolak pitis ehsan,ni bukan masalah nyo mangkok oiii,PAS tolak pun pitis tu tetap sampi ke demo yg tubik TV tuu.yg PAS nak tolak adlah cara bgaimana pemberian pitis tu.ini la kena fhm molek.spatut dulu lg dan bagi pitis ni,nape baru skrg terhegeh-hegeh nak bagi. sbab kena desak nge rakyat baru nak bg atau rasa kesian ke klate mcm tu sbab tu nama ehsan.klu mcm tu bg ke perlis sama.dia pun nak jugak raso pitis tu.oooo...perlis xbleh,sbab negeri xda minyak.klu mcm tu klate bleh sbab ada minyak la.bukan krn ehsan.kpd rakyat yg tubik tv tu,selepas subuh hari jumaat,kawe mintak demo g pulau melaka,jupo kecek nge tok guru sendir.guano tok guru xse pitis ehsan tu.xpelu la tubik tv ghoyat 1 malaya kato krajaan negri tolak pitis tu.bila tolak pitis xsampai ko rakyat.krajaan negeri tolak ko xtolak ko pitis tu TTTTEEEEETAPPPPPP bleh ke demo.xyoh rusing la.xsoh la dok jaja kato kerajaan negeri aniayo rakyat.sdangkan krajaan negeri susoh payoh dok ikhtiar mintak pitis minyak tu.buke utk dio,utk rakyat. kpd yg tubik tv tu kawe nak tanyo la sikit.KLU DEMO KIJO BLEH PITIS GAJI,DEMO BAGI KE KAWE.BIAR KAWE TENTU BELANJA DEMO.BEREHHHHH
usaha mendidik pemahaman rakyat kelantan perlu diperhebat lagi.
jangan kerana ada 2-3 rakyat kelantan yang tidak faham atau mungkin telah dimanipulasikan maka keseluruhan rakyat kelantan akan mengalami kedengkalan yang sama.
saya kenal ramai orang kelantan. bukan sahaja penyokong pas, malah ramai penyokong Tok Pa juga.
mereka, tidak lah bodoh seperti itu.
Kawan sokong Royalti hak kerajaan Negeri.Hak Rakyat
Jangan marahkan rakyat bodoh, jika dah berpuloh tahun memerentah, rakyatnya masih bodoh,bermakna gurunya (kerajaan nya ) telah tidak berjaya menjana minda rakyatnya. Siapakah yang lebih bodoh>
rakyat kelate muak bena2 doh denga maine politik puok2 umno.. hok kawe tahu pasal umno ni.. barang naik, rasuah, perompak duit rakyat, zalim, hipokrit, isteri tidak bertudung, x amik berat soal agama.. soal wang ehsan ni.. harap rakyat semuo masok la nga permaine politik set2 iblis ni.. PRU-13 ni.. jange dup wi muko lagi ko set2 ni.. baik di kelate mahupun di negeri2 lain.. bukennyo xdop jalan lain selain dari sokong umno bn ni.. PAS ado, keAdilan ado.. pah.. renung2kan dan selamat beramal.. ;)
jangan tertipu macam perjumpaan Pas dengan IKIM
UMNO nak perdayakan Pas dan kemudian mereka keluar kenyataan kerajaan pas kelantan sokong pembahagian ikut cara mereka
kerajaan UMNO putrajaya nak jadikan TGNA dan kerajaan Pas kelantan barua mereka sahaja
janganlah percaya kerajaan Bn najib, paklah pun tak percaya
Helah UMNO nak tipu TGNA, dan rakyat kelantan serta malaysia
nanti yang dibincang lain, UMNO keluar kenyataan lain, orang beriman tak jatuh dua kali dalam satu lubang
kalau UMNO boleh dipercayai rakyat kelantan dah mewah sejak BN perintah kelantan dulu
dah berpuluh tahun BN perintah Terengganu, rakyat terengganu tak hidup senang, takkan rakyat kelantan mudah ditipu
Cuba cek Matlat'un tak cerdik hak keluar tv tu,oghe kampong Dato Pa ko oghe kampong Dato Awang.Nak cakap wang ehsan/wang royalti,gheti ko gapo dia.Kalu tak paham malam jumaat ni,gi la kat Stadium Sultan Mohamed,Ku li nak cerita gapo dia royalti hak Kerajaan Kelantan pejuang tu.Ambo nak ghoyat ko oghe hok cakap dalam tv tu,Ku Li lah hak sain perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Kelantan yang menyebut Kerajaan Kelantan akan dapat royalti
dari hasil minyak yg dikeluarkan dlm kawasan
pesisir Negeri Kelantan.Tak dak sebut wang ehsan(sedekah)dan JPP(Jabatan Pengagih Pendapatan)ketua2 Bahagian,KPPM,PPM dll.
Jangan cayo sangat tv3 suku dan tv9 suku....dua-dua pengampu. Carilah orang yang cerdik sikit kalau nak temuramah..jangan cari yang senget sebelah...rosak orang ramai.Kalau begitulah caranya, tidak profesional dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Kelantan Terengganu sebelah menyebelah saja. Majoriti orang Kelantan bukan tak tahu apa cerita wang ehsan di Terengganu dulu tu.
Lagi pun wang ehsan tu "sedekah". Federal tak perlu minta izin kerajaan negeri pun.
TAPI royalti tu hak kerajaan negeri mengikut kontrak. Walaupun dah bayar wang ehsan, royalti tetap kena bayar!
Catat Ulasan