Sepanjang hari semalam sehingga larut malam saya masih menerima panggilan dan sms bertanyakan mengenai berita yang didakwa disiarkan dalam berita di TV 3 mengenai pegawai Khas kepada MB Rakyat Perak, DS. Nizar yang dikatkan dengan siasatan SPRM yang hangat diperkatakan sekarang.
Secara kebetulan berita kelmarin juga dihangatkan dengan surat yang diterima oleh DS. Nizar mengenai tarikh 9 Februari yang akan memutuskan keputusan perbicaraaan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November tahun lepas.
Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada DS.Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM , individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Setelah diadakan pemeriksaan kembali kepada nama yang terlibat, ianya adalah seorang yang tidak dikenali oleh kami. Semacam satu penyamaran dan suatu yang serius yang saya kira akan disusuli oleh DS.Nizar sendiri untuk membuat penafian secara tegas dalam kes ini.
Penyamaran adalah sesuatu yang salah dan melanggar hukum negara. Dalam Islam menyamar menjadi adalah salah apalagi dengan tujuan untuk menfitnah orang lain. Kerja menyamar adalah kerja Iblis dan Syaitan dan dia boleh menyamar menjadi siapa sahaja selagi diizinkan oleh Allah.
Tetapi hanya satu sahaja yang tidak boleh ditiru oleh Iblis iaitu menyamar menjadi Rasulullah ,suara atau batang tubuh Nabi.
Kerana itu saya mengambil sikap sangat berhati-hati dalam soal penyamaran ini, juga saya nasihatkan kepada semua rakan ADUN Pakatan Rakyat Perak supaya berjaga-jaga dan berhati-hati dengan usaha sedemikian yang ada kaitan dengan penyamaran di atas.
Kalau ianya adalah provokasi dan konspirasi pihak tertentu dan satu agenda yang terancang, ianya adalah sesuatu yang malang kerana mereka yang bukan menyamar, malah terang lagi bersuluh melakukan rasuah tidak disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM.

5 ulasan:
semoga dsn dapat menerajui kembali perak,
http://klatehartanah.blogspot.com/
Salam,
PERAK SEMASA DATO' SERI NIZAR DI BERI AMANAH MEMERINTAH TERASA NEGERI PERAK DALAM KEADAAN AMAN DAN SEGALANYA TERATUR...SEGALA MASALAH RAKYAT YANG DI CIPTA SEMASA DIPERINTAH OLEH BE END CUBA DI ATASI DENGAN SEGALA IKHTIAR DAN PENUH AMANAH.
TAPI SEJAK DI PERINTAH OLEH ZAMRI, NEGERI PERAK HURU HARA DARI SEGI PENTADBIRAN DAN IMEJ NYA.
NAK BUAT MACAMANA, MANDAT YANG DITERIMA OLEH ZAMRI HASIL DARI 3 KATAK LOMPAT YANG MANA 2 DARIPADANYA ADA REKOD MORAL YANG SANGAT DAHSYAT.
yang rasuah UMNO dan kerajaan BN, SPRM tangkap yang lain, nak tunjuk hero kat kerajaan BN
SPRM hero dikalangan penyamun
ubn akan buat apa cara sekalipun untuk memerintah. UBN bukan tahu halal haram.
Catat Ulasan