27 Januari 2010

Nizar akan ambil tindakan undang-undang terhadap TV3, TV9

11 Safar 1431H
http://misabah.blogspot.com

Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah.

Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NIZAR BELI 4 BUAH TOYOTA HILUX - benarkah dakwaan pemilik blog http://taipingmali.blogspot.com/ ini? Jika tak benar apa kata saman sekali mamat ni.

Tanpa Nama berkata...

saman kerajaan pembohong BN juga

Tanpa Nama berkata...

selagi sokong BN mampus rakyat

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana media massa nak bebas BN/UMNO yang perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

Selagi UMNO perintah malaysia, selagi itu rakyat diperbodohkan

Tanpa Nama berkata...

amat jelik kuncu-kuncu 'Be End' mempertahankan ketuanya. Wahai Rakyat lihatlah petualang demokrasi membentuk kerajaan. Media dan apa saja egensi awam dan swasta diguna habis untuk memutar fokus rakyat terhadap isu-isu yang belum tejawaB OLEH mereka seperti pembunuhan altantuya, enjin jet tentera, pembunuhan pegawai khas exco selangor, rasuah di Lembaga Pelabuhan Kelang Pastikan jika ada fitnah sebegini pasti ada agenda besar lagi akan menyusul!!

Tanpa Nama berkata...

media elektronik sekarang buat kenyataan main ikut sedap hati mak bapak diorang je, tak ke terlintas dibenak hati depa berasa berdosa dengan berita-berita yang tidak benar berunsur fitnah yang disiarkan untuk tontonan rakyat malaysia. Kalau iye pun nak jadi pro UMNO-BN, jangan le sampai berita-berita pembohong pun nak disiarkan.

Tanpa Nama berkata...

jangan hanya buat gimik politik, terus saman saja

Tanpa Nama berkata...

saman saja TV yang ada kepentingan dengan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Buang masa saja berdebat dengan mereka, terus saman saja

Tanpa Nama berkata...

dah banyak kali TV anti kebenaran ni buat liputan bohong sesuai dengan kerajaan UMNO penipu

Tanpa Nama berkata...

kalau tak tipu TV yang ada kepentingan dengan UMNO dan BN mana boleh hidup dan cari makan di malaysia

Tanpa Nama berkata...

sama bagi banyak sikit aih biar bankrup TV3 dan TV9 ni. suka buat fitnah sangat TV macai UMNO betoi tak

Tanpa Nama berkata...

media penipu sentiasa mendapat tempat dihati kerajaan BN, tak macam media blog yang lebih tepat dan telus

Tanpa Nama berkata...

salam to all..

jangan lupa saman sekali kaki pegampu tu.farid anak ridzuan tu.poyo je lebih.

Tanpa Nama berkata...

Saya Khamis dari Melaka ingin sangat bertanya pada YB Anuar ada kah benar semasa berlakunya kemalangan YAB IR nizar tempoh hari kerana sedang bertalipon. Kerana saya pernah diberi tahu olih anak perampuan saya semasa ia pergi untuk mendapatkan lesen memandu disalah satu pusat belajar memandu di melaka.Semasa taklimat disampaikan olih salah seorang tenaga pengajar disitu telah menayatakan pada pelatih2 baru yang mengikuti taklimat itu ada menayatakan bahwa YAB Datok seri Nizar sedang bertlipon dan akhirnya kemalangan terjadi. Persolan nya adakah pekara ini benar atau ia ingin memburuk YAB DS Nizar..Sekian inginkan penjelasan.T/Kaseh.

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=N0MF3D1tVXI&feature=related